{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


UMK-UNHBV Turki jalin kerjasama

Posted: 13 May 2014 11:57 AM PDT

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my

Raduan Che Ros (belakang enam dari kiri) dan Filiz Kilic (tujuh dari kiri) bersama sebahagian daripada mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) selepas memeterai MoU di antara UMK dengan Univeristi Nevsehir Haci Bektas Veli, Turki di Bachok Kelantan, baru-baru ini.

BACHOK 13 Mei - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menjalinkan kerjasama dengan Universiti Nevsehir Haci Bektas Veli (UNHBV), Turki untuk program pertukaran pelajar dan menerokai budaya serta warisan antara kedua-dua negara.

Perjanjian persefahaman (MoU) di antara kedua-dua universiti itu telah dimeterai dalam satu majlis yang dihadiri lebih 1,000 mahasiswa di UMK Kampus Bachok di sini baru-baru ini.

UMK diwakili oleh Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Ros manakala Rektor UNHBV, Prof. Dr. Filiz Kilic mewakili universiti tersebut.

Sementara itu, Raduan berkata, seni warisan negara akan dipromosikan ke Turki menerusi pertukaran pelajar bagi pengajian lanjutan doktor falsafah di universiti itu dalam tempoh yang terdekat.

UMK akan mengambil peluang ini bagi mempromosikan seni warisan negara yang menjadi sebahagian jurusan pengajian di sini untuk dikomersialkan di peringkat antarabangsa terutama di UNHBV atau Turki yang menjadi hub seni warisan dunia.

Bukan itu sahaja, kita juga akan menjalinkan kerjasama dengan rangkaian universiti lain seperti di Indonesia, Thailand, Belanda dan India," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Raduan berkata, pada masa yang sama, pengurusan UNHBV turut bersetuju untuk menawarkan tajaan biasiswa bagi membuka peluang kepada warga UMK menerokai ilmu-ilmu yang berkaitan seni warisan dan kreatif dengan lebih mendalam.

Secara lisannya saya telah memohon kepada rektor universiti ini untuk membawa sekumpulan pelajar mengadakan lawatan sambil belajar ke kampus mereka bagi mendapatkan informasi yang lebih tepat.

Pada masa yang sama, UMK turut menawarkan tempat pengajian dalam seni warisan dan kreatif kepada warga universiti berkenaan bagi memenuhi konsep kerjasama dua hala dalam skop pendidikan dan penyelidikan," katanya.

500 pendidik, komuniti adakan solat hajat

Posted: 13 May 2014 11:57 AM PDT

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my

Ab. Aziz Abdullah (tiga kiri) bersama Ismail Ghazali (dua kiri) meninjau tapak senamrobik di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh, Kelantan, semalam. -utusan/Torek Sulong

PASIR PUTEH 13 Mei - Lebih 500 warga pendidik dan komuniti setempat akan mengadakan solat hajat perdana sempena sambutan Hari Guru negeri Kelantan di Masjid Seri Aman, dekat sini pada 22 Mei ini.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Ab. Aziz Abdullah berkata, solat hajat itu khusus diadakan bagi memohon keberkatan dalam meningkatkan perkhidmatan pendidikan berasaskan aspirasi dan keperluan semasa negara.

Beliau berkata, ia melibatkan semua pentadbir dan guru sekolah rendah dan menengah di negeri Kelantan.

Majlis itu juga bertujuan merapatkan hubungan silaturahim di antara guru seluruh Kelantan dengan menjadikan masjid yang berhampiran dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Puteh sebagai tempat pertemuan dan bermunajat memohon keberkatan Allah terhadap segala usaha mendidik yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Saya selaku Pengerusi jawatankuasa pengelola sambutan Hari Guru juga turut mengalu-alukan kedatangan semua pesara guru yang mempunyai kelapangan untuk turut bersama-sama dalam majlis ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau persediaan tempat bagi aktiviti Minggu Kecergasan dan Senamrobik Perayaan Hari Guru di PPD Pasir Puteh, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh, Ismail Ghazali.

Sementara itu, Ab. Aziz berkata, Minggu Kecergasan dan Senamrobik peringkat JPN akan dilancarkan di PPD Pasir Puteh oleh Pengarah Pendidikan, Husain Awang pada 20 Mei ini.

Kita menyasarkan lebih 1,000 warga pendidik menjalankan aktiviti senamrobik secara beramai-ramai di samping berpeluang mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma dari Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Puteh.

Minggu kecergasan itu akan diteruskan di semua PPD seluruh negeri selepas ia dilancarkan dalam usaha memupuk galakan kepada warga pendidik mementingkan kesihatan diri sendiri yang menjadi teras kepada kecerdasan minda dan memiliki keupayaan dalam melaksanakan tugasan harian," katanya.

Tambahnya, kemuncak sambutan Hari Guru peringkat negeri ini akan diadakan di Sekolah Menengah Sains (SMS) Pasir Puteh dekat sini pada 25 Mei ini yang akan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Program Mesra Siswa Perdana jadi acara tahunan

Posted: 13 May 2014 11:57 AM PDT

Annuar Musa (tengah) bersama sebahagian pelajar semasa majlis penutup Program Mesra Siswa Perdana Parlimen Ketereh 2014 di SMK Melor, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

KOTA BHARU 13 Mei - Pusat Khidmat Amal dan Aktiviti Masyarakat Parlimen Ketereh (Khadam) akan menjadikan Program Mesra Siswa Perdana sebagai acara tahunan bermula tahun ini.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan tersebut dibuat berdasarkan kejayaan program berkenaan yang diadakan selama lima hari bermula 7 April lalu.

Beliau berkata, program itu dilihat memberi kesan positif kepada pelajar serta masyarakat di 11 buah kampung yang terlibat.

Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah dilaksanakan termasuk membaiki kira-kira 20 buah rumah serta tujuh buah masjid dan membaik pulih jambatan.

Selain itu, pelajar-pelajar dan juga komuniti setempat turut bersama-sama melakukan kerja-kerja seperti membina tiga buah wakaf Rukun Tetangga (RT), memperelokkan enam buah tanah perkuburan dan menurap serta memasang lampu jalan di sekitar kampung terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penutup Program Mesra Siswa Perdana Parlimen Ketereh 2014 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor di sini baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut, seramai 800 pelajar daripada 12 institusi pengajian tinggi awam dan swasta telah menjayakan program berkenaan.

Annuar berkata, melalui program itu, ia juga telah mengeratkan hubungan kira-kira 15,000 penduduk kampung yang terbabit tanpa mengira fahaman politik.

Saya cukup teruja dengan kejayaan program ini kerana ia telah berjaya mewujudkan satu komuniti yang saling bekerjasama di antara satu sama lain.

Program sebegini diharap dapat dilaksanakan dalam skala yang lebih besar di masa akan datang," katanya.

Sementara itu, seorang pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ahmad Shahir Arif Abdullah, 20, berkata, penganjuran program sedemikian cukup memberi manfaat kepadanya dan juga rakan-rakan yang lain.

Dengan menyertai program ini, banyak ilmu yang saya peroleh selain dapat mengenali budaya serta kehidupan di kampung," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat