Utusan Online - Timur
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Timur |
Posted: 02 May 2014 11:28 AM PDT Ahmad Said KUALA TERENGGANU 2 Mei - Kerajaan negeri akan menambah jumlah insentif daripada RM1,000 kepada RM1,200 kepada pelajar tingkatan enam atas di negeri ini yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, usaha itu bagi membantu para pelajar membuat persediaan secukupnya sebelum menghadapi peperiksaan selain sebagai galakan mencapai keputusan cemerlang dalam STPM. Pada masa sama, kata beliau, kerajaan negeri juga akan menganjurkan kursus motivasi dan sebagainya kepada para pelajar berkenaan tidak lama lagi. Beliau bagaimanapun belum memutuskan lokasi dan bila kursus tiga hari dua malam itu akan diadakan. Mesyuarat Exco Kerajaan negeri hari ini (semalam) memutuskan kerajaan akan adakan kursus untuk para pelajar yang bakal menduduki STPM tahun ini. Kursus tiga hari dua malam ini sebagai motivasi untuk persediaan pelajar hadapi peperiksaan dan dulu kita beri (insentif) RM1,000 tapi sekarang kita tambah kepada RM1,200 seorang," katanya. Ahmad menyatakan demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan negeri di sini kelmarin. Katanya, selain itu, para pelajar tingkatan enam bawah juga berpeluang mengikuti kursus motivasi tiga hari dua malam pada musim cuti persekolahan akhir tahun nanti sebagai persiapan menghadapi STPM tahun depan. Pada majlis itu, Ahmad bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu turut menerima cek zakat perniagaan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM1,381,624.38 yang diserahkan oleh Pengurus Besar TNB negeri, Ir. Saharenam Mukhtar. Yang turut hadir ialah Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Datuk Mohd. Rozali Salleh. |
Bomba didik Orang Asli cegah kebakaran, jaga keselamatan Posted: 02 May 2014 11:28 AM PDT GUA MUSANG 2 Mei - Seramai 500 orang penduduk Orang Asli di empat buah kampung sekitar Kuala Betis diberi pendedahan mengenai cara pencegahan kebakaran dan menjaga keselamatan, di sini, semalam. Ketua Zon 2 Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Che Rusli Che Sulaiman berkata, program turun padang sebegini amat penting bagi mendedahkan ilmu pencegahan kebakaran kepada penduduk di kawasan tersebut. Beliau berkata, sebelum ini, masyarakat di situ tidak pernah mendapat pendedahan mengenai ilmu tersebut kerana mereka tinggal di kawasan pedalaman. Jika berlaku kebakaran, kebanyakan mereka tidak mengetahui cara terbaik untuk menangani perkara tersebut. Tujuan kami menjelajah perkampungan mereka adalah untuk memberi pendedahan keselamatan jika berlaku kebakaran di kawasan ini," katanya ketika ditemui di sini semalam. Empat buah kampung yang terlibat ialah Kampung Jenuk, Merlong, Lambok dan Sri Galas. Che Rusli berkata, dengan adanya pendedahan tersebut, penduduk di kawasan itu dapat bertindak lebih awal bagi memadamkan kebakaran kerana faktor jarak yang mungkin menyebabkan anggota bomba lewat tiba. Program ini dilaksanakan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang. Di samping pendedahan itu, pihak bomba juga telah mengagihkan risalah mengenai kebombaan kepada mereka sebagai panduan dan rujukan," katanya. |
Posted: 02 May 2014 11:28 AM PDT CHE Suza Che Hitam (kanan) melepaskan peserta program kayuhan basikal Funride Offroad MySihat sejauh 40 kilometer bermula dari Puteri Food Court hingga ke Bandar Baru Bukit Mentok di Kemaman, Terengganu, kelmarin. - UTUSAN/Mukhatar A. Rahman KEMAMAN 2 Mei - Seramai 71 peserta daripada pelbagai kelab basikal daerah Kemaman di sini menyertai program kayuhan basikal Funride Offroad MySihat yang bertujuan membudayakan serta mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Daerah Kemaman, Wan Mohd. Rosmadi Wan Embong berkata, program yang dianjurkan dengan kerjasama Geng Gohek Kemaman dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bandar Baru Bukit Mentok itu merupakan kayuhan terbesar diadakan di daerah ini. Menurutnya, kayuhan sejauh kira-kira 40 kilometer itu bermula dari Puteri Food Court dan berakhir di Bandar Baru Bukit Mentok dekat sini. Tujuan program ini diadakan untuk menyihatkan warga Kemaman terutama sekali generasi muda. Program ini akan diadakan setiap minggu dan kita mengalu-alukan penyertaan lebih ramai ahli kelab berbasikal untuk turut serta dalam kayuhan selepas ini," katanya kepada pemberita selepas upacara pelepasan peserta kayuhan itu di sini semalam. Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Che Suza Che Hitam dan Pengerusi JKKK Bandar Baru Bukit Mentok, Zolkifli Mohamed. Kayuhan bermula dari pukul 7.30 pagi dan berakhir pukul 11 pagi dengan melibatkan laluan antaranya Kampung Binjai, Kampung Paman, Zoo Bukit Takal sebelum meneruskan perjalanan ke Bandar Baru Bukit Mentok. Menurut Wan Mohd. Rosmadi, selain itu, para peserta juga berpeluang menyertai kayuhan kecil pada setiap malam Selasa. Katanya, pada setiap Rabu pukul 5 petang pula, aktiviti senamrobik akan diadakan di Puteri Food Court. Program ini merupakan program Mysihat yang diadakan selama setahun di komuniti Bandar Baru Bukit Mentok," katanya. Sementara itu, Che Suza menyokong penuh program Mysihat yang dianjurkan itu selaras bagi meningkatkan kesedaran dan menangani masalah kesihatan yang membelenggu masyarakat. Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan sentiasa memberi sokongan dan membantu komuniti Bandar Baru Bukit Mentok memandangkan kawasan penempatan itu adalah anak angkat kepada PDRM dalam membantu membanteras jenayah. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |