{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Dunia

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Dunia


Bom kerap diguna puak militan

Posted: 17 Apr 2013 03:32 PM PDT

Kaherah: Bom buatan sendiri yang dihasilkan daripada periuk tekanan, dalam kejadian pengeboman ketika Maraton Boston adalah senjata kerap digunakan militan di Afghanistan, India dan Pakistan.

Cawangan al-Qaeda di Yaman pernah menyiarkan manual secara online mengenai cara membuatnya, menggesa anggota jihad bertindak sendiri melakukan serangan.

Presiden Barack Obama kelmarin, menggariskan penyiasat tidak tahu sama ada pengeboman berganda sehari sebelum itu yang meragut tiga nyawa dan mencederakan lebih 170 lagi dilakukan pertubuhan antarabangsa, kumpulan tempatan atau individu jahat. Tiada pihak mendakwa bertanggungjawab.

Periuk tekanan bahan asas bom

Individu yang diberi taklimat mengenai siasatan memberitahu The Associated Press bahan letupan yang dibina daripada periuk tekanan dan disumbat dengan logam, paku dan gegelang besi boleh menyebabkan kematian ramai.

"Kemudahan menghasilkan bom dan kuasa kuat yang dihasilkan menjadikan ia menarik kepada militan, terutama di Asia Selatan," kata penganalisis.

Ia digunakan dalam rancangan pengeboman oleh militan di Barat, termasuk pelan seorang tentera Amerika Syarikat meletupkan restoran yang kerap dikunjungi di luar Fort Hood di Texas.
Satu daripada tiga peranti digunakan dalam cubaan mengebom Times Square pada Mei 2010 adalah periuk tekanan, menurut laporan perisikan Biro Siasatan Persekutuan dan Keselamatan Dalam Negara yang dikeluarkan pada Julai 2010.

Cawangan al-Qaeda di Yaman memberikan maklumat bagaimana membina bom periuk tekanan dalam isu pertama Inspire, majalah online 2010, bertajuk 'Bagaimana membina bom di dapur ibu anda.'

"Periuk tekanan adalah kaedah berkesan membina bom," menurut artikel itu, menggambarkan cara memenuhkan periuk dengan serpihan tajam dan serbuk senjata dan mencipta peletup menggunakan filamen mentol lampu dan jam. - AP

Enggan runding dengan AS

Posted: 17 Apr 2013 03:30 PM PDT

Pyongyang mahu Washington tarik aset tentera, henti latihan

Pyongyang: Korea Utara tidak berhasrat mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat kecuali ia menamatkan permusuhan terhadap negara itu.

Kenyataan itu, yang dikeluarkan oleh Pemerintah Agung Tentera Rakyat Korea Utara menyatakan ia akan meningkatkan serangan balas tentera kecuali Amerika berhenti mengadakan latihan ketenteraan di semenanjung Korea dan menarik balik semua aset tentera yang diperlukan untuk mengancam Korea Utara dengan serangan nuklear.

Kelmarin, Korea Utara membidas negara jirannya berhubung bantahan kecil di Seoul yang menyaksikan penunjuk perasan membakar patung pemimpin Korea Utara, berkata ia tidak akan mengadakan rundingan dengan Korea Selatan kecuali ia meminta maaf kerana tindakan anti-Korea Utara yang kecil dan besar, sambil memberi amaran ia akan membalas dendam pada bila-bila masa.

Ancaman tindakan

Kritikan pedas baru itu, yang termasuk ancaman tindakan balas dendam, menyusul bantahan Isnin lalu oleh kira-kira 250 orang di Seoul, yang menyaksikan patung Kim Il Sung, mendiang anak lelaki dan penggantinya, Kim Jong Il, dibakar.

Kritikan dibuat ketika Korea Utara bersedia mengadakan ujian peluru berpandu jarak sederhana dan juga ketika rejim itu meraikan hari kedua perayaan menghormati ulang tahun kelahiran pemimpin pertamanya, Kim Il Sung, pada 15 April lalu. - AP

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat