{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Dunia

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Dunia


Tweet palsu penggodam

Posted: 25 Apr 2013 02:32 PM PDT

San Francisco: Kewibawaan Twitter, media sosial yang digunakan berjuta-juta orang di seluruh dunia, kini diragui selepas diceroboh sekumpulan penggodam.

Selasa lalu, tindakan penggodam menyiarkan tweet palsu menggunakan akaun Associated Press (AP) menyebabkan bursa saham Dow Jones hilang 145 mata.

Media sosial dikritik

Ia berlaku seminggu selepas banyak media sosial termasuk Twitter dikritik kerana mengedarkan berita tidak benar mengenai identiti pengebom Maraton Boston.
Isu dari segi keselamatan itu diungkitkan selepas akaun AP itu digunakan untuk menyatakan beberapa letupan berlaku di Rumah Putih yang mencederakan Presiden Barack Obama.

Selain AP, akaun Twitter yang digodam termasuk Radio Awam Nasional, program 60 Minutes CBS dan Reuters News Tweet mengenai kecederaan Obama menyebabkan kerugian AS$136.5 bilion (RM410 bilion) bursa saham berkenaan.

Penyiaran mesej palsu semakin kerap. Ia menyebabkan kita makin khuatir. Pertubuhan media perlu desak Twitter pertingkat sistem keselamatan webnya, kata Robert Quigley, pensyarah kewartawanan mengenai media sosial di Universiti Texas.
Twitter enggan ulas

Twitter enggan memberi ulasan kepada laporan AP ini.

Meskipun agensi berita itu mendedahkan seorang pekerjanya mungkin secara tidak sengaja memberi kod laluan kepada penggodam, pakar menyalahkan Twitter kerana tidak melaksanakan teknik dua kali pengesahan.

Pendekatan itu diamalkan Google dan Microsoft bagi menyekat pencerobohan.
Profesor kewartawanan di Universiti Arizona State, Dan Gillmor, berkata kes godam itu menjejaskan laman web berita.
REUTERS

Segera bincang tuntutan pulau

Posted: 25 Apr 2013 02:31 PM PDT

Bandar Seri Begawan: Pemimpin ASEAN semalam menggesa supaya rundingan segera diadakan dengan China bagi membincangkan pertikaian tuntutan wilayah di Laut China Selatan supaya keganasan dapat dielakkan di situ.

Sepuluh anggota ASEAN menamatkan sidang dua hari di Brunei dengan menyiarkan kenyataan pengerusi menekankan pentingnya keamanan, kestabilan dan keselamatan maritim di rantau itu khususnya Kepulauan Spratly.

Pemimpin Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, selaku tuan rumah memberitahu wartawan selepas sidang bahawa mereka mahu segera berunding dengan China bertujuan menamatkan ketegangan di situ.

Semua orang berminat menyelesaikannya secara aman selain menyuarakan kebimbangan pertikaian meningkat dalam isu berkenaan, kata Presiden Filipina, Benigno Aquino.

Satu lagi perkara penting dalam sidang kali ini ialah rancangan membentuk satu pasaran tunggal ASEAN diberi nama Kawasan ekonomi ASEAN menjelang 2015, membabitkan lebih 600 juta penduduk.

ASEAN risau

Bagaimanapun, isu Laut China Selatan menjadi tumpuan ketika negara ASEAN yang tertentu semakin risau dengan sikap agresif China di situ.
China menuntut hak di seluruh Laut China Selatan yang dipercayai menyimpan banyak sumber minyak dan gas selain antara laluan perkapalan tersibuk di dunia serta memiliki sumber laut yang banyak.

Anggota ASEAN yang membuat tuntutan termasuk Filipina, Vietnam, Malaysia dan Brunei.

Tuntutan bertindih itu sudah berlanjutan beberapa dekad dan menjadikan kawasan berkenaan berkemungkinan menjadi kawasan konflik.

Tentera laut China dan Vietnam bertempur pada 1974 dan 1988 untuk menguasai beberapa pulau menyebabkan puluhan askar maut.

Ketegangan meningkat semula beberapa tahun lalu selepas China semakin agresif menggunakan taktik diplomatik dan tentera untuk kembali menunjukkan kawasan itu milknya.

Antara tindakan itu termasuk menduduki sebuah beting dekat pulau utama Filipina, tahun lalu dan menempatkan beberapa kapalnya 80 kilometer dari pantai Malaysia, bulan lalu.
AFP

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat