{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Hip

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Hip


Kekalutan Afgan

Posted: 19 Apr 2013 08:54 AM PDT

Pernah dirawat di hospital ekoran berdepan tekanan luar biasa ketika awal bergelar menyanyi

Menyita perhatian khalayak lewat alunan indahnya dalam Terima Kasih Cinta, Sadis dan Pada-Mu Ku Bersujud, ternyata ia bukan hal yang mudah untuk ditangani jejaka berusia 23 tahun ini.

Kabur dalam mentafsir perhatian luar biasa yang tiba-tiba diberikan, Afgan masih terkesan dengan paparan mengenai dirinya yang sengaja disensasikan oleh segelintir media hingga menimbulkan pelbagai tanda tanda dalam mindanya.

Daripada jejaka yang pemalu, Afgan berusaha mengikis sifat itu lalu cuba berdamai dengan dirinya dan menerima kenyataan harga sebuah populariti itu terlalu mahal malah menuntut pengorbanan besar.

Akur dirinya memerlukan masa yang lama untuk memahami percaturan media, Afgan yang bertandang ke Kuala Lumpur, baru-baru ini dalam rangka promosi album ketiganya, L1ve To Love berkata, pernah pada satu peringkat dia terpaksa menerima rawatan di rumah sakit kerana terlalu tertekan.

"Dulu saya terlalu memikirkan mengapa hal itu dan ini terjadi hingga akhirnya tekanan yang dialami memberi impak buruk kepada diri.

"Saya seolah-olah membiarkan diri larut dalam emosi yang jika gagal dibendung akan membuat saya tewas dan mengalah kepada situasi.

"Mungkin kerana bermula pada usia terlalu muda, saya memerlukan masa untuk memahami dan menelan segala perkara yang kurang senang mengenai diri diperkatakan.
"Dalam kekalutan itu, saya meraih kekuatan apabila bertemu penyanyi yang jauh lebih berpengalaman ketika menjayakan persembahan pentas.

"Nasihat dan tunjuk ajar mereka membuka mata saya supaya menerima kenyataan ini," katanya yang pernah dua minggu dimasukkan ke hospital kerana tertekan.

Matang dalam menyusun bicara, Afgan mengakui, berada pada kedudukannya hari ini mendedahkan dirinya kepada pelbagai persepsi hingga ruang peribadinya turut menjadi korban.

Meskipun ada ketika dia buntu mencari jalan penyelesaian, Afgan atau nama lengkapnya, Afgansyah Reza bersyukur kerana dia tidak sendirian ketika berdepan situasi itu.

"Saya bertuah ketika berdepan dugaan besar, keluarga sentiasa di sisi untuk memberi kata semangat dan membantu mengatasi semua itu.

"Keluarga terlalu mengambil berat, terutama ibu yang terlebih dulu memahami perit jerih dalam bidang ini. Perlahan-lahan perasaan malu itu terhakis, malah saya semakin yakin untuk berdepan dengan peminat," katanya.

Tidak kesal

Ketika ramai melihat jalan yang diukirnya terlalu pantas dan mudah, hakikatnya Afgan juga pernah merasai getir pada permulaan cuba meraih kepercayaan umum.

Awal kemunculannya, tidak ramai yang mempercayai bakatnya malah kehadirannya seperti tidak diendahkan. Afgan tidak kesal biarpun ketika itu, persembahan yang dijayakannya hanya sekadar di ruang kecil.

Semua itu katanya, adalah pengalaman paling berharga yang sentiasa mengingatkan dirinya supaya tidak pantas berbangga dengan pencapaian yang diperoleh.

Kejayaan katanya, bukan tiket untuk mendabik dada atau menganggap dirinya yang terbaik kerana Afgan sedar, dia juga pernah berada di bawah.

"Saya bermula dari bawah, berusaha keras memperkenalkan bakat untuk diterima. Justeru saya mengerti bagaimana rasanya mendaki perlahan-lahan ke puncak. "Barangkali kerana itu, ketika ramai menabur pujian saya pula berperang dengan diri supaya terus kekal merendah diri dan menghormati orang lain," katanya.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Azean Irdawaty kritikal

Posted: 19 Apr 2013 08:52 AM PDT

Aktres veteran perlu jalani pembedahan buang tumor

Kuala Lumpur: Aktres veteran, Azean Irdawaty, 63, kini dalam keadaan kritikal dan perlu menjalani pembedahan bagi membuang tumor yang semakin merebak pada selaput perlindungan otaknya, Isnin ini.

Anak sulungnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, berkata kesihatan ibunya semakin merosot sejak dua bulan lalu, selepas terputus bekalan ubat berikutan kehabisan wang simpanan.

"Beberapa bulan kebelakangan ini mama boleh bergerak hasil pengambilan ubat berkenaan. Walaupun harganya mahal, RM9,000 sebulan, banyak perubahan dapat dilihat, malah mama mula bergerak dan agak cergas berbanding sebelumnya.

Tumor sebelah kiri otak

"Namun, disebabkan situasi kewangan tidak mengizinkan, kami tidak lagi dapat membeli ubat terbabit. Kesannya, tubuh mama semakin lemah, mudah letih, hilang selera makan, apatah lagi selepas tumor menyerang sebelah kiri otaknya.

"Sepatutnya dia menjalani pembedahan semalam (18 April), tetapi terpaksa ditunda ke Isnin ini berikutan kes kecemasan lain. Kami dimaklumkan pembedahan kali ini berisiko tinggi," katanya ketika dihubungi, semalam.

Seniwati yang sudah membintangi lebih 20 filem dan pernah merakamkan album itu dibawa keluarganya ke Hospital Sg Buloh, Isnin lalu, selepas tubuhnya semakin lemah.
Kesan sel mati

"Sebelum ini walaupun terlantar sakit, mama masih mampu melakukan pergerakan ringan. Apabila menekan butang telefon bimbit pun tidak larat, kami membawanya menjalani imbasan dan dari situ, doktor mengesan sel mati pada bahagian otaknya disebabkan serangan tumor," katanya.

Khaeryll atau Benjy, 35, berkata, buat masa ini doktor menasihatkan hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat bagi mengelakkan ibunya terdedah kepada jangkitan penyakit lain.

"Kami tiga beradik bersama ayah bergilir menjaga mama sejak dia dimasukkan ke hospital. Dia kini dalam pemantauan sebelum menjalani pembedahan. Mama masih lemah malah percakapannya juga kurang jelas," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat