{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Hip

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Hip


Emma, Zizan memang rapat

Posted: 22 Apr 2013 03:11 PM PDT

Hadiah telefon pintar iPhone 5 yang diberikan seorang gadis misteri kepada Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, Zizan Razak, pada majlis hari lahirnya yang ke-29 minggu lalu tiba-tiba menjadi topik hangat.

Ketika ditanya kepada jejaka itu, siapakah gerangan wanita yang memberikan hadiah istimewa berkenaan, Zizan mengunci mulut.

Begitupun, tidak lama kemudian muncul cerita kononnya pelakon baru, Emma Maembong, ialah insan yang menghulurkan telefon genggam berkenaan kepadanya.

Emma ketika dihubungi hanya mampu ketawa saat ditanya mengenai hubungan istimewa yang dikatakan terjalin antara dirinya dengan Zizan. Seperti dijangka, dia yang kini menjalani penggambaran filem Usop Wilcha Melawan Werewolf menafikan dakwaan berkenaan.

Mengakui rapat dengan Zizan, namun kata Emma, ia tidak bermakna mereka mempunyai hubungan istimewa. Jelasnya, mereka akrab kerana masing-masing bernaung di bawah syarikat pengurusan yang sama, Wire Fame Sdn Bhd.

Saya bukan Rohani dimaksudkan Zizan

Minggu lalu, Zizan difahamkan menulis status di telefon pintar Blackberry yang berbunyi I Love You Rohani. Pada masa yang sama, Emma dikatakan turut memuat naik status yang seakan-akan membalas kenyataan pihak di sana.
Ditanya mengenai status telefon pintar itu, Emma sekali lagi tertawa. Gadis ini terus berdolak dalih mengatakan dia tidak menulis sebarang status yang membayangkan mengenai hubungannya dengan pelakon komedi itu.

Dia juga tidak mengaku Rohani yang dimaksudkan ialah dirinya sekalipun ia mempunyai persamaan dengan nama sebenarnya, iaitu Fatimah Rohani.

Saya tidak rasa itu saya, mungkin ia sekadar kebetulan. Saya juga tidak menulis sebarang status menunjukkan seolah-olah kami bercinta. Saya bukan hanya rapat dengan Zizan, tetapi semua artis yang bernaung di bawah Wire Fame termasuk Johan dan Kaka.

Pelik juga, bagaimana boleh timbul dakwaan mengatakan kami bercinta? Sebelum ini orang kaitkan saya dengan Johan hanya disebabkan mereka melihat saya mesra dengan pelakon itu. Kini saya dikaitkan pula dengan Zizan.

Saya masih solo, manakala hubungan dengan teman lelaki lama sudah pun berakhir, tetapi kami masih berhubung. Saya tidak memilih kawan, sebaliknya selesa bersahabat dengan sesiapa saja, katanya yang mengaku sempat berkenalan dengan ibu Zizan ketika majlis hari jadi temannya itu.

Namun Emma memohon perkenalan dengan wanita itu tidak disalah erti. Tegasnya, ia hanya perkenalan biasa, sebagai menghormati orang tua sahabatnya. Emma juga mengharapkan keakrabannya dengan mana-mana lelaki selepas ini tidak disalah tafsir oleh peminat.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat