Berita Harian: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Mutakhir |
PRU13: Muhyiddin tempelak slogan ‘tukar’ yang dilaungkan pembangkang Posted: 21 Apr 2013 02:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak slogan "tukar" yang dilaungkan pembangkang dengan mengatakan kerajaan Barisan Nasional yang ada pada hari ini adalah sebuah kerajaan tua. "Mereka kata kerajaan yang ada pada hari ini dah lama sangat, dah lebih 57 tahun.. orang biasa yang masuk 57 tahun pun dah pencen. Oleh sebab itu, mereka perkenalkan slogan "tukar" atau "ubah".
|
PRU13: Calon PAS di Parlimen Besut akui peluang menang tipis Posted: 21 Apr 2013 02:23 AM PDT BESUT: Calon PAS bagi kerusi Parlimen Besut, Riduan Mohamad Nor mengakui peluangnya untuk menang di kerusi itu sangat tipis kerana menentang orang kuat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Idris Jusoh. Bagaimanapun, Riduan, 42, berkata, beliau akan tetap berusaha sedaya-upaya untuk memenangi hati pengundi di kawasan kubu kuat BN itu.
Sementara itu, Idris yang juga bekas Menteri Besar Terengganu, berkata rakyat di daerah berkenaan lebih tahu siapa yang layak memimpin dan memperjuangkan kepentingan mereka. Rakyat dapat melihat sendiri sumbangan BN di kawasan ini dan terserah kepada mereka untuk memutuskan siapa dan apa yang mereka mahu pada masa depan, katanya. Idris yang juga Ketua UMNO Besut dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat pernah berkhidmat peringkat kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan. - BERNAMA
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |