{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


PRU13: 100 sepanduk, kain rentang BN di Jementah dirosakkan

Posted: 22 Apr 2013 03:25 AM PDT

SEGAMAT: Kira-kira 100 kain rentang dan sepanduk Barisan Nasional (BN) yang dipasang malam tadi di sekitar pekan Jementah, didapati telah dirosakkan sekumpulan individu tidak bertanggungjawab.

Pengerusi MCA Bahagian Jementah, Ng Jun Foh, berkata insiden itu disedari kira-kira 7 pagi ini semasa anggota parti sedang membuat persiapan lawatan kempen penyandang kerusi Parlimen Segamat Datuk Seri Dr S. Subramaniam ke kawasan itu.

"Ini adalah sikap yang paling teruk dan tidak bertanggungjawab. Tidak kira siapa yang melakukannya, kita anggap mereka memang sengaja mahu mensabotaj kempen BN," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ng berkata ini adalah kali kedua kain rentang dan sepanduk BN disabotaj dan kali pertama berlaku dua minggu lepas dan pihaknya akan membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan menurutnya siasatan sedang dijalankan.

Subramaniam ketika ditemui semasa lawatan kempen itu berkata tindakan mensabotaj bahan kempen adalah melanggar kod etika berkempen mengikut Akta Suruhanjaya Pilihan Raya dan boleh dikenakan tindakan. - BERNAMA

PRU13: Pemimpin Wanita DAP Negeri Sembilan umum sokong BN

Posted: 22 Apr 2013 03:20 AM PDT

SEREMBAN: Timbalan Ketua Wanita DAP Negeri Sembilan, K.Sarojadevi adalah antara 20 anggota DAP di negeri itu yang mengumumkan keluar parti dan menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum kali ini.

Sarojadevi berkata mereka bukan sahaja akan mengundi BN pada hari pengundian 5 Mei ini tetapi turut berkempen membantu calon BN.

Kami bertindak keluar parti kerana kecewa dengan pemimpin tertinggi DAP yang tidak ikhlas dalam perjuangan, ditambah lagi dengan pelbagai isu terutama berkaitan pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat yang mencalar imej DAP, katanya pada sidang media di sini hari ini.

"Ini sangat memalukan," katanya lagi yang mengumumkan keluar parti semalam.

Hari ini pemimpin beberapa cawangan di sini antaranya Pengerusi DAP cawangan Taman Tuanku Jaafar S. Palaniyandi dan Timbalan Setiausaha cawangan Ladang Paroi P. Jeganath mengumumkan keluar parti dan menyatakan sokongan kepada BN.

Mengulas lanjut, Sarojadevi berkata mereka mahu menyokong BN kerana tertarik dengan manifesto BN yang menjanjikan pelbagai manfaat kepada kaum India berbanding manifesto pembangkang yang langsung tidak menyentuh kebajikan kaum itu.

Katanya lebih ramai anggota DAP di Negeri Sembilan dijangka meninggalkan parti itu dan menyokong BN.
"Saya juga ingin berpesan kepada mana-mana anggota parti DAP untuk tidak lagi percaya kepada parti itu, tetapi saya tidak mahu paksa mereka terpulang kepada mereka untuk berfikir," katanya.

Beliau juga berikrar untuk menggunakan pengalamannya selama 24 tahun bersama DAP untuk berkempen dari rumah ke rumah bagi membantu memenangkan calon BN.
- BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat