{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


PRU13: Najib berucap melalui telefon, tidak mahu hampa rakyat di Taun Gusi

Posted: 23 Apr 2013 03:10 AM PDT

Kota Belud: Datuk Seri Najib Razak yang tidak dapat hadir ke majlis bersama rakyat di Dewan Datuk Musbah, Taun Gusi, dekat sini, tetap tidak menghampakan ribuan orang ramai yang menunggunya apabila menyampaikan ucapan menerusi telefon.

Perdana Menteri tidak dapat menghadiri majlis berkenaan selepas helikopter dinaikinya tidak dapat berlepas dari Kimanis akibat cuaca buruk.

Beliau kemudian berucap menerusi telefon yang diletakkan di pembesar suara kira-kira lima minit bagi menjelaskan kepada rakyat berhubung perkara itu.

Dalak ucapannya, Najib turut meminta rakyat Kota Belud supaya terus menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), sekali gus menjadikan daerah ini kekal kubu kuat BN.

Yang 'come' di Kelantan diteruskan - Mustapa

Posted: 23 Apr 2013 02:54 AM PDT

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan usaha dan perkara baik sedia ada di Kelantan, malah meningkatkannya dari semasa ke semasa, jika menang di Kelantan, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Apa yang "come" (baik) di Kelantan, akan kita teruskan. Tidak benar bila kita menang akan banyak maksiat, banyak judi. Ini tidak benar belaka," katanya kepada pemberita selepas majlis makan tengah hari bersama penjawat Awam Anak-Anak Kelantan di Putrajaya, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Majlis yang dihadiri hampir 1,000 anak negeri Kelantan itu, disertai Pengerusi Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat dan penyandang kerusi Parlimen Putrajaya yang juga Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Mustapa berkata perubahan yang cuba dibawa oleh BN adalah ke arah kebaikan, dengan nasib rakyat lebih terbela menerusi kemudahan yang lebih baik.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata segala kepakaran yang ada akan digunakan bagi membawa Kelantan setanding negeri-negeri lain, dari segi kemajuan dan pembangunan.

Pada masa ini banyak perancangan tidak dapat dilakukan berikutan wujud pergeseran antara kerajaan negeri dan pusat, katanya.

Mustapa turut meminta pengundi membuat pertimbangan sewajarnya dalam memilih kerajaan yang akan memerintah negara bagi memastikan kemajuan yang sedang diusahakan dapat diteruskan.
"Kita sudah berada pada kedudukan yang baik, kita dah banyak lakukan perubahan, maka tak perlu untuk ubah kerajaan (pusat) yang ada," katanya. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat