Berita Harian: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Mutakhir |
PRU13: Pas tak mungkin dapat laksana hudud tanpa majoriti - Tun M Posted: 25 Apr 2013 03:11 AM PDT KUALA NERANG: PAS tidak mungkin dapat melaksanakan hukum Hudud kerana parti itu tidak akan mampu menguasai majoriti kerusi Parlimen untuk meminda perlembagaan negara, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata bagi meminda perlembagaan, PAS perlu memperoleh sokongan dua pertiga kerusi Parlimen dan ia pasti tidak akan tercapai kerana parti itu hanya bertanding 70 kerusi Parlimen daripada keseluruhan 222 kerusi.
"Untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud, ini semua temberang, cakap bohong. Orang yang menipu, suka berbohong tak boleh jadi kerajaan," katanya kepada pemberita pada Program Himpunan Rakyat Padang Terap Bersama Calon Barisan Nasional di Padang Awam Padang Terap, di sini hari ini. Beliau berkata pakatan pembangkang juga tidak layak mentadbir negara kerana pemimpin-pemimpin mereka sering bercanggah pendapat. "Kalau kita tengok Datuk Seri Najib cakap semua sokong, Cina, Melayu, India, Iban dan Kadazan. Tapi bila satu pihak mereka (pembangkang) kata sesuatu benda, yang lain semua bantah. "Mereka bertanding, PKR lawan PAS, mana boleh ada kerjasama, kalau tak dak kerjasama macam mana nak bentuk kerajaan bersekutu?," kata Mahathir.
Mahathir berkata budaya itu mungkin ditiru dari negara yang kerajaannya bersifat kuku besi dan perkara seumpama itu tidak seharusnya berlaku di sini kerana Malaysia ada pilihan raya umum setiap lima tahun. "Dia tak tau nak jawab apa yang kita kata, dia guna kekerasan, cuba nak bunuh orang, orang Malaysia tak bunuh orang, ini budaya orang luar," katanya merujuk kepada mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan perkara itu. Dalam kejadian pada 10.15 malam itu seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan akibat terkena bahan letupan yang diletakkan pada jarak kira-kira 10 meter dari bahagian belakang pentas ucapan. - BERNAMA |
PRU13: Letupan cubaan pihak tertentu cemarkan pilihan raya - Hishammuddin Posted: 25 Apr 2013 03:04 AM PDT KLUANG: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak menolak kemungkinan kejadian letupan di Nibong Tebal, Pulau Pinang dilakukan pihak tertentu yang cuba mencemarkan proses Pilihan Raya Umum ke-13 dengan membawa masuk keganasan atas nama politik. Katanya, perbuatan itu adalah serius dan boleh mencetuskan ketegangan tatkala rakyat sedang bersedia membuang undi pada 5 Mei ini.
Hishammuddin mengulas kejadian letupan bom di kawasan ceramah berhampiran bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Nibong Tebal, di sini malam kelmarin yang turut mencederakan seorang pekerja keselamatan. Beliau juga tidak menolak kemungkinan pembangkang akan memutar belit isu itu dengan menganggap kejadian sebagai sandiwara UMNO. "Inilah taktik pembangkang, mereka akan kaitan apa sahaja yang berlaku dengan Umno," kata Naib Presiden UMNO itu yang mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong pada pilihan raya umum ini. Hishammuddin turut meminta masyarakat menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa bagi mengesan sebarang kejadian tidak diingini.
- BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |