{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


3 menteri gugur

Posted: 16 Apr 2013 04:07 PM PDT

  • Seorang lagi menteri, MB Perlis tak bertanding
  • 4 timbalan menteri tak dicalon
  • Kuala Lumpur: Empat menteri serta empat timbalan menteri sah tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) selepas Barisan Nasional (BN) negeri menamakan calon mereka semalam.Tiga menteri yang digugurkan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

    Undur diri

    Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pula membuat keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum lalu.

    Timbalan Menteri yang digugurkan ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan; Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Jelaing Mersat; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu.
    Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu tidak akan mempertahankan DUN Bintong, manakala Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berpindah ke kerusi Parlimen Gelang Patah bagi menentang pemimpin DAP, Lim Kit Siang manakala Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula bertanding di Parlimen Bukit Katil.

    Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berpindah ke kerusi DUN Permas, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir pula berpindah ke DUN Ayer Hitam manakala Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron dipertaruhkan di DUN Sungai Udang.

    Perpindahan kerusi tiga Ahli Parlimen itu menguatkan lagi spekulasi bahawa tiga pemimpin terbabit adalah calon Menteri Besar dan Ketua Menteri jika BN berjaya memenangi negeri berkenaan.

    Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BN mencalonkan 33 peratus muka baru di kerusi Parlimen dan 49 peratus muka baru bagi kerusi DUN dan menamakan barisan calon BN kali ini pasukan transformasi BN.

    Najib berkata, langkah BN meletakkan muka baru pada pilihan raya kali ini bertujuan memenuhi kehendak dan harapan pengundi yang mahu melihat BN bersedia melakukan perubahan dan pembaharuan secara menyeluruh.

    Pertandingan tumpuan

    Sementara itu, PRU kali ini juga menyaksikan pertandingan sengit di beberapa kawasan Parlimen membabitkan nama besar dalam arena politik tanah air dan bakal menjadi tumpuan rakyat.

    Pertandingan tumpuan antaranya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon BN yang juga bekas Pengarah PRU PAS Pulau Pinang, Dr Mazlan Ismail (Permatang Pauh); Abdul Ghani dan Kit Siang (Gelang Patah); Tan Sri Isa Samad dan penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin (Jempol); calon rakan BN, Datuk Zulkifli Noordin dan Khalid Samad (Shah Alam); Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai); Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Husam Musa (Putrajaya).

    Antara calon yang diberi kepercayaan bertanding semula walaupun kalah pada pilihan raya lalu ialah Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa di Parlimen Ketereh manakala Datuk Othman Abdul yang dua kali PRU tidak bertanding dipertaruhkan di Parlimen Pendang.

    Pikul amanah berat pastikan kemenangan BN: Abdul Ghani

    Posted: 16 Apr 2013 04:02 PM PDT

    Johor Bahru: "Saya bertanding di Gelang Patah bagi memenuhi amanah memenangkan Barisan Nasional (BN), bukan bertujuan menguburkan kerjaya politik sesiapa," kata Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

    Abdul Ghani berkata, beliau menyedari kerusi Parlimen Gelang Patah yang ditandinginya menjadi tumpuan ramai kerana bakal berentap dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

    "Saya terima amanah diberikan parti dan kebetulan bakal berdepan Kit Siang. Saya sedia menghadapi cabarannya kerana bertanding bukan untuk benam atau kuburkan sesiapa pun, tetapi untuk kemenangan BN, walaupun ini tanggungjawab yang berat.
    Saya sedia menghadapi cabarannya kerana bertanding bukan untuk benam atau kuburkan sesiapa pun, tetapi untuk kemenangan BN, walaupun berat" Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor

    "Saya dengan rendah hati menawarkan diri untuk berkhidmat kepada masyarakat Gelang Patah berbekalkan pengalaman selama 18 tahun di Johor," katanya selepas majlis pelancaran manifesto dan pengumuman calon BN Johor di sini, semalam.

    Calon di tiga DUN diumum kemudian

    Mengulas lanjut calon BN yang bakal bertanding di Johor, Abdul Ghani berkata, calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senai, Pekan Nanas dan Tanjung Piai akan diumumkan, tidak lama lagi.

    "Tiga kerusi ini membabitkan MCA dan kita masih tunggu keputusan muktamad pucuk pimpinan. Ada perkembangan terkini yang perlu dilihat semula demi mencari calon yang paling sesuai," katanya.
    Mengulas fokus kempen BN Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Abdul Ghani berkata, parti akan menumpukan segala usaha bagi memastikan kemenangan BN.
    Beliau juga meminta seluruh kepemimpinan dan ahli komponen BN Johor merapatkan barisan dan menunjukkan kesetiaan demi memastikan kemenangan besar parti.

    "Penting bagi ahli parti kekal setia walaupun siapa juga dicalonkan bertanding pada PRU-13 ini. Saya yakin ahli komponen BN tidak tergamak memperjudikan masa depan Johor dengan memberi peluang kepada pembangkang hanya kerana tidak dicalonkan.

    "Inilah masanya, ahli parti menunjukkan kesetiaan mereka kepada parti dan berganding bahu memastikan kemenangan BN," katanya.

    Mengulas kemungkinan wujud unsur sabotaj dari kalangan pemimpin yang tidak dicalonkan, Abdul Ghani berkata, BN Johor yakin dapat menangani masalah itu.
    "Insya-Allah tiada. Kalau ada pun unsur sebegitu, BN negeri yakin dapat menanganinya. Ahli parti sedar betapa kesetiaan serta kekukuhan parti amat penting bagi memastikan kemenangan BN. Inilah kekuatan BN Johor," katanya.

    Leave a Reply

    Raja Alias

    Segamat

    Kuantan

    G. Musang

    Trolak

    J. Bahru

    Terengganu

    Mempaga

    A. Setar

    Jengka

    Sahabat