{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Pakatan ranap

Posted: 21 Apr 2013 08:23 PM PDT

Tidak boleh beri kepercayaan untuk urus tadbir negara

Pekan: Pakatan parti pembangkang sudah ranap sejak hari penamaan kelmarin kerana berbalah dalam menentukan calon masing-masing, kata Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, rakyat perlu menolak pembangkang kerana jika diberi peluang memerintah, mereka akan meranapkan masa depan negara.

"Nama sahaja pakatan rakyat, tetapi tidak boleh berpakat. Pakatan rakyat di mana pakatannya sudah ranap. Ini belum lagi nak mengendalikan sebuah kerajaan.

Tidak sepakat

"Dalam pembangkang, waktu pilihan raya hakikatnya mereka tidak boleh berpakat... kalau tidak ada sesuatu gabungan yang bersatu dan suara yang satu, matlamat yang satu dan falsafah yang satu, maknanya ranap negara kita kalau kita beri kepercayaan kepada mereka.

"Sebaliknya, (rakyat) teruslah beri kepercayaan kepada BN... lebih-lebih lagi puak sana (pembangkang) sudah tak boleh pakai lagi sebab bila malam hari penamaan calon dah berbalah sama dia kerana ada kawasan PAS letak calon dan PKR pun letak calon," katanya ketika merasmikan Projek Sentuhan Kasih FELDA Chini Timur 2 dan Kompleks Perumahan Kakitangan FELDA, di sini, semalam.

Najib juga berkata, rakyat tidak boleh memberi kepercayaan kepada pakatan seumpama itu untuk mengurus tadbir negara yang sedang mengalami perubahan besar menerusi dasar transformasi oleh BN.
Katanya, rakyat hendaklah terus memberi kepercayaan kepada BN yang turut melaksanakan perubahan membawa masa depan negara dan taraf hidup rakyat yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Perdana Menteri berkata, rakyat perlu sedar bahawa pakatan pembangkang sehingga kini tidak melakukan sesuatu untuk meyakinkan rakyat.

"Adakah mereka ini boleh dipercayai untuk membawa negara kita kepada keadaan lebih baik. Percayalah jika mereka kata nak ubah kepada perubahan... BN pun nak ubah kepada perubahan tapi yang bezanya kita berubah daripada dalam," katanya.

5 maut nahas 3 motosikal, kereta

Posted: 21 Apr 2013 08:17 PM PDT

Shah Alam: Lima maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 10.5 Lebuhraya Persekutuan, awal pagi semalam.

Mangsa ialah Muhammad Faridzuan Mohd Aziz, 21; Amirul Faiq Zainuddin, 22; Syahmie Farid Izzat Samsudin Shah, 21: Wilson Lee Yong Seng, 22, dan M Kalaychelven, 50.

Kejadian berlaku jam 3 pagi apabila penunggang motosikal, Muhammad Faridzuan dan Amirul Faiq yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan motosikal, dirempuh sebuah kereta jenis Honda City.

Kereta hilang kawalan

Kereta yang dipandu Yong Seng dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh mangsa.

Rempuhan menyebabkan kereta terbalik beberapa kali dan Yong Seng terhumban keluar kira-kira 50 meter daripada keretanya. Yong Seng, Muhammad Faridzuan dan Amirul Faiq mati di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan kaki.

Berita lanjut dapatkan BH hari ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat