{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Rampasan dadah dipercayai motif pembunuhan

Posted: 26 Apr 2013 04:52 PM PDT

Putrajaya: Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (Pekastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharudin Ibrahim, 58, mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Presint 3 di sini, jam 8.15 pagi semalam.

Mangsa yang duduk di bahagian depan penumpang kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak dekat oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa menghala ke Lebuh Wawasan di sini.

Kejadian berlaku ketika kereta mangsa yang dibawa pemandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan, apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal tiba-tiba muncul dari belakang dan melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa.

Mangsa yang cedera parah di leher dan kepala disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya (HPJ) jam 9.20 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, sebaik melihat mangsa cedera parah ditembak, pemandunya membawanya terus ke Unit Kecemasan HPJ tetapi disahkan meninggal dunia setengah jam kemudian.

Chin Wah berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari rumah anaknya di Dengkil menuju ke pejabat beliau di Putrajaya.

Beliau berkata, siasatan mendapati Shaharuddin ditembak menggunakan pistol automatik dan polis masih menyiasat punca dan motif sebenar kejadian selain meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasat.
Sementara itu, sumber memberitahu BH, pembunuhan Shaharuddin dipercayai ada kaitan dengan beberapa kes rampasan dadah oleh KDRM sejak awal tahun ini antaranya 73 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM14 juta yang cuba diseludup ke negara ini melalui kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari India pada 15 Mac lalu.

Katanya, mangsa yang disifatkan pegawai yang jujur, amanah dan beretika dianggap ancaman besar oleh sindiket penyeludupan bahan larangan ke negara ini.

Menurutnya, sebaik mengetuai Bahagian Cukai Dalam Negeri (CDN) import/eksport dalam Perkhidmatan Teknik (PERTEK), Shaharuddin menerima pelbagai ancaman termasuk ugutan bunuh.

"Berikutan penguatkuasaan undang-undang yang begitu ketat, kumpulan atau sindiket tempatan dan antarabangsa yang menyeludup dadah, rokok, mercun, minuman keras dan senjata api mulai berasa terancam.

"Bukan hanya ancaman daripada sindiket, kumpulan yang cuba menyeludup masuk barang yang tidak diisytiharkan atau lari dari cukai turut mengancam nyawa setiap kakitangan KDRM," katanya semalam.

Sebelum dilantik Timbalan Ketua Pengarah KDRM pada 18 Ogos 2011, Allahyarham yang juga anak kelahiran Rantau, Negeri Sembilan adalah Pengarah KDRM Kelantan.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini.

Najib arah siasat segera kes tembakan

Posted: 26 Apr 2013 04:08 PM PDT

Ipoh: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengutuk sekeras-kerasnya kejadian menembak mati Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri, Datuk Shaharuddin Ibrahim dan mengarahkan siasatan segera dilakukan.

Serentak itu, Najib mengarahkan polis supaya memberkas dalang yang bertanggungjawab membunuh mangsa dengan kejam dalam kejadian yang dianggap begitu menyedihkan dan mengejutkan negara kerana berlaku di Putrajaya yang menjadi pusat pentadbiran negara serta membabitkan penjawat awam yang sedang menjalankan tugas.

Saya kutuk perbuatan itu sekeras-kerasnya dan berharap polis siasat segera dan cari serta berkas mereka yang bertanggungjawab.

Penjawat awam dalam negara kita mesti diberi perlindungan, terutama mereka yang berani melakukan tanggungjawab demi kepentingan negara, katanya ketika berucap pada majlis di Markas Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Hulu Kinta dekat sini, semalam.

Najib berkata, beliau percaya pembunuhan itu dilakukan terhadap penjawat awam yang mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak tertentu yang tidak senang dengan tindakan tegas dilakukan mangsa serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham selain menzahirkan rasa sedih atas kejadian yang amat tidak diduga itu.

Saya berasa amat sedih dan dukacita di atas kejadian tragis yang menimpa Allahyarham, katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat