Berita Harian: Ratu
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Ratu |
Posted: 21 Apr 2013 05:37 AM PDT Terus unggul 15 tahun sebagai duta SK-II Biar ramai pendatang baru hadir dalam bidang seni, pesona selebriti nan satu ini terus diingini. Walaupun sudah lama tidak merakamkan album baru, cuma sesekali muncul berlakon drama dan menyanyi pada acara hiburan tetap mewarnai kehidupannya sebagai sebagai anak seni. Tahun ini pula genap 15 tahun usia Fauziah Latiff atau Jee, menggalas tanggungjawab sebagai duta jenama tersohor dari Jepun, SK-II. Biarpun hayat duta untuk negara lain hanya 'bertahan' setahun dua, tetapi figura ini amat menakjubkan.
Paling ketara, mengenai ibu kepada, Jeffri Joaquim Indot, 14, dan Jeremy Jay Indot, 12, kemulusan kulit wajah dimilikinya. Aktif aktiviti luar Ketika sesi fotografi ini berlangsung, Jee baru saja pulang daripada aktiviti senggang kegemarannya, iaitu menyelam skuba, di Pulau Mabul, Sabah.
"Sejak remaja lagi sukakan aktiviti luar dan lasak. Selam skuba, jungle hicking antara kerap saya lakukan. Produk menawarkan rumusan perlindungan dan memelihara kulit amat mustahak. Saya tidak perlu risau kalau kulit 'terbakar' kesan aktiviti luar kerana saya yakin dengan yang ini," katanya. Jee tidak gusar mengenai produk meletakkan 'sesuai untuk remaja atau sesuai untuk wanita matang', lantaran kulit sihat serta tidak punyai banyak masalah. Temu bual bersama Jee berlangsung sempena sambutan ulang tahun jenama SK-II selama 15 tahun memasuki pasaran tempatan, 9 April lalu dan pintanya, 'hanya berkisar mengenai SK-II'. Jaga kesihatan kulit sejak remaja "Sejak remaja suka aktiviti luar dan lasak seperti selam skuba dan jungle hicking. Produk menawarkan rumusan perlindungan dan memelihara kulit amat mustahak untuk saya," katanya. Jee tidak gusar mengenai produk meletakkan 'sesuai untuk remaja atau wanita matang', lantaran kulit sihat dan tiada banyak masalah. Temu bual bersama Jee berlangsung sempena sambutan ulang tahun jenama SK-II selama 15 tahun memasuki pasaran tempatan, 9 April lalu dan pintanya, 'hanya berkisar mengenai SK-II'. Menginjak angka 42 tahun, ketika wanita sebaya 'bertarung' dengan masalah garis halus dan rona kulit tidak sekata, menerusi pelbagai cara seperti rawatan kosmetik, Jee boleh berbangga kerana tidak perlu 'bersusah payah' dalam regim penjagaan wajah. "Segala-galanya kerana saya menjaga kesihatan kulit sejak remaja. Inilah hasilnya," katanya yang turut menyatakan antara pelbagai produk SK-II, beliau sangat menggemari FTE dan tabir suria. Tidak berbelah bahagi Menyingkap pembabitan dengan jenama itu, tuah menyebelahi Jee apabila didekati jenama itu dan selepas mencuba untuk tempoh beberapa minggu dapat merasai perubahan pada struktur kulit wajahnya. "Kepercayaan terhadap SK-II tidak berbelah bahagi, malah sanggup menolak undangan menjadi duta produk lain," katanya. Mengenai rutin penjagaan wajah, katanya beliau akan pastikan wajah dibersihkan sebelum tidur. Bersolek tipis pada hari biasa, bersenam dan pengambilan vitamin termasuk kalsium sudah diamalkan sejak dulu. "Sebagai artis terpaksa memakai alat solek hingga berjam-jam lamanya dan apabila ada masa terluang, biarkan wajah bebas daripada palitan solekan," katanya. Penyanyi 'Teratai Layu Di Tasik Madu' dan 'Gubahan Rindu Puisi Syahdu', berkata sungguhpun segala-galanya kelihatan mudah dilaksanakan tetapi mengakui mendapatkan kulit sihat perlu bermula dengan disiplin dan kesungguhan. "Menggunakan produk mahal tidak membawa makna jika benar-benar berusaha dengan menjaga diet seimbang dan bersenam. Lebih utama apa yang diberikan Allah ini, kita perlu menjaganya sebaik mungkin," katanya. INFO Panduan pilih produk:
|
Posted: 21 Apr 2013 05:34 AM PDT Sekretariat khas Wanita BN, Juwita prihatin isu kebajikan, pertingkat taraf hidup Senyum ceria, dan sorak riang, sudah cukup menggambarkan kegembiraan ibu tunggal, menerima pengumuman Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak mengenai pemberian Kad Diskaun Pengguna yang membolehkan mereka menerima potongan harga sehingga 50 peratus bagi belian barang keperluan di 2,170 premis perniagaan seluruh negara termasuk Kedai Rakyat 1Malaysia. Inisiatif itu sudah pasti dapat meringankan beban golongan berkenaan, khususnya yang berpendapatan rendah dan perlu menanggung keluarga ramai.
Memberi reaksi berkenaan pengumuman itu, Pengerusi Biro Keusahawan Wanita Umno, Datuk Maznah Hamid berkata, sungguhpun rata-rata ibu tunggal, bersyukur dengan 'perkhabaran gembira' itu tetapi wanita perlu mempunyai inisiatif untuk meningkatkan diri sendiri dengan mengutip ilmu keusahawanan dan kemahiran diri untuk dijadikan aset dalam memperoleh pendapatan. "Walaupun rata-rata daripada kita khususnya wanita bersyukur dengan bantuan dan kemudahan diberikan kerajaan, tetapi pada hemat saya, wanita perlu mempunyai usaha sendiri untuk mempertingkatkan ekonomi keluarga dengan menuntut ilmu keusahawan. Ia boleh bermula dari bawah. "Sebelum berjaya seperti hari ini, saya juga bermula daripada pengetahuan asas saja. Apa yang wanita perlu lakukan sebagai permulaan ialah kenali kebolehan dan minat, lalu tukarkan ia menjadi sumber pendapatan. Seperti menjahit labuci, pada peringkat awal mereka boleh belajar teknik jahitan, mana tahu, pada masa depan kesungguhan serta ilmu itu boleh 'ditukarkan' dalam bentuk buka kelas jahitan kepada orang lain pula," katanya. Pada masa sama, Maznah mengingatkan, ibu tunggal juga mempunyai tanggungjawab 'membantu' kerajaan, khususnya dalam Pilihan raya Ke-13 iaitu memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pemimpin supaya usaha mengekalkan pembangunan dan pembangunan di negara ini dapat diteruskan.
"Seperti dikatakan PM, di Selangor saja ada lebih 125,000 ibu tunggal tetapi apa yang dijanjikan kerajaan Selangor gagal dilunaskan. Justeru, wanita termasuk ibu tunggal, perlulah bijak menilai mana yang lebih mengotakan janji," katanya. Keprihatinan pemimpin Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, keinginan ibu tunggal ini boleh dipenuhi hanya menerusi BN dan membantu kemenangan BN pada hari mengundi 5 Mei nanti. Katanya, Najib sememangnya amat prihatin terhadap wanita dan ibu tunggal khususnya. Malah, sebelum terbentuknya Juwita, Najib sendiri bertanya kepadanya apakah masalah yang dihadapi ibu tunggal dan menyuarakan hasrat hatinya bertemu dengan wakil ibu tunggal ini. "Keprihatinan Najib terhadap masalah rakyat sememangnya mengagumkan. Dengan jumlah ibu tunggal hari ini yang sudah hampir mencecah 900,000 orang, membuktikan kebajikan mereka ini tidak boleh diketepikan, suara mereka perlu didengari oleh pihak atasan. "Antara masalah yang dikenal pasti sering membelenggu ibu tunggal ialah kesukaran mendapatkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR). Mereka juga mahukan bantuan guaman untuk kes-kes syariah kerana ada antara mereka yang 'bergantung tidak bertali'," katanya. Shahrizat berkata, golongan ini juga memerlukan geran permulaan untuk memulakan perniagaan demi menyara keluarga bagi mendapatkan rezeki yang halal. "Mereka tidak mengharapkan simpati dan belas kasihan semata-mata sebaliknya peluang dan ruang memperbaiki ekonomi diri menerusi pelbagai cara antara kemahiran dan kemudahan membuka perniagaan sendiri bantuan serta kemudahan disalurkan kerajaan," katanya. Tegas Shahrizat, dalam usaha menyampaikan permasalahan itulah timbulnya usaha untuk mewujudkan Jalinan Wanita Ibu Tunggal Malaysia (Juwita). Ia adalah sekretariat khas Wanita BN bagi menyediakan saluran persatuan ibu tunggal mengemukakan aduan atau isu berhubung kebajikan golongan terbabit. Ada berpuluh-puluh persatuan di bawah Juwita yang akan mewakili suara perjuangan ibu tunggal. Shahrizat yang juga Penaung Juwita berkata, ibu tunggal jangan risau, sebaik saja BN menang, segala bantuan yang dijanjikan dalam Aku Janji BN akan ditepati. Lebih banyak peluang Realitinya, BN menerusi manifestonya amat diyakini janjinya. Antara peruntukan untuk wanita ialah turut menyediakan lebih banyak peluang perniagaan dan ruang bagi menambah pendapatan untuk wanita supaya mereka lebih berkeupayaan untuk berdikari. Selain itu lebih banyak insentif akan diwujudkan termasuk bekerja dari rumah, dengan penekanan yang lebih besar kepada golongan ibu tunggal. Pada majlis itu, selain kad diskaun, Najib turut mengumumkan komited memperkenalkan insurans berkelompok, bantuan guaman dan kuota khas dalam projek perumahan rakyat (PPR) terhadap ibu tunggal sekiranya diberi mandat besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Majlis berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di ibu negara dihadiri lebih 13,000 ibu tunggal itu turut dihadiri Datin Seri Rosmah Mansor dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan, Datuk Melati Ali. Sebelum ini pun, kerajaan sudah banyak membantu ibu tunggal yang digerakkan dari peringkat daerah hingga negara, termasuk menyediakan bantuan perniagaan di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN). Malah, Manifesto BN dirangka secara menyeluruh bagi memastikan tiada satu golongan pun termasuk ibu tunggal tercicir daripada proses transformasi negara. INFO :
Manifesto BN (Wanita):
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Ratu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |