Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Posted: 16 Apr 2013 02:02 PM PDT Pertahan status Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan Kuala Lumpur: Seperti dijangka pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei dan ratu terjun Pandelela Rinong dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2012 sekali gus mempertahankan trofi yang dimenangi pada 2011 di majlis Anugerah Sukan Negara 2012, malam tadi. Baru memperoleh cahaya mata sulungnya Jumaat lalu, Chong Wei yang menyumbang pingat perak keduanya di Olimpik London menewaskan enam atlet lain yang turut tercalon termasuk jaguh bina badan Sazali Abdul Samad, Muhammad Syafiq Ridhwan Abdul Malek (boling), Leong Tze Wai (karate), Khairul Anuar Muhamad (memanah), Yu Peng Kean (lawan pedang) dan Bryan Nickson Lomas (terjun). Tuah anak saya "Kelahiran anak lelaki diharap menjadi tuah buat saya terutama menjelang Kejohanan Dunia, tahun ini. "Anugerah ini juga diharap menjadi dorongan untuk saya cipta lebih banyak kejayaan," kata Chong Wei yang memenangi anugerah berprestij ini buat kali keempat (2005, 2008, 2011 dan 2012), sekali gus menyamai rekod kemenangan jurulatihnya, Rashid Sidek. "Walaupun saya menang atau tidak, saya tetap akan buat yang terbaik dalam kejohanan yang disertai," kata Pandelela. Dia menewaskan juara dunia skuasy tujuh kali Nicol David, Nur Suryani Mohamed Taibi (menembak), Esther Cheah (boling), Chai Fong Ying (wushu), Fatehah Mustapa (berbasikal) dan Quzandria Nur Muhamad Fathil (ekuestrian) yang turut tercalon. Senarai Pemenang Anugerah Sukan Negara 2012 |
Skuad Penyu idam aksi final Piala FA Posted: 16 Apr 2013 02:01 PM PDT Kuala Terengganu: Terengganu melangkah ke separuh akhir Piala FA dengan bergaya apabila mudah menjinakkan Negeri Sembilan 3-0 dalam pertemuan suku akhir kedua sekali gus mara dengan agregat 6-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, petang semalam. Tuan rumah yang turun berbekalkan kelebihan dua gol selepas menang 3-1 di Paroi, berada di depan menerusi pemain sayap, Ashari Shamsuddin pada minit ke-24.
Sasar ke final Penyerang dari Cameroon itu yang jelas menjadi duri dalam daging kepada barisan pelawat bimbingan Divaldo Alves melengkapkan kemenangan bergaya skuad Penyu pada minit ke-70 apabila menyempurnakan sepakan penalti selepas Fauzi Nan menjatuhkannya. Pengendali Terengganu, E Elavarasan berkata, biarpun turun dengan bekalan dua jaringan, tetapi anak buahnya beraksi dengan penuh semangat. Katanya, kejayaan pasukan itu sedikit sebanyak mengubat duka kekalahan kepada Johor Darul Takzim (JDT) 1-0 Sabtu lalu.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |