Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Posted: 22 Apr 2013 02:46 PM PDT Kuala Lumpur: Esok, harus menjadi satu detik debaran buat Datuk K Rajagobal dalam kerjaya bola sepak. Pada hari berkenaan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal memutuskan sama ada ketua jurulatihkebangsaan itu harus dihukum atau sebaliknya kerana melanggar Artikel 88. Turut akan dibicarakan adalah mengenai dua pemain Selangor yang terbabit dalam pergaduhan pada 25 Januari lalu.
Peluang bela diri "Pada perbicaraan itu, Rajagobal akan diberi peluang membela diri selepas menjawab surat pertuduhan sebagai tidak bersalah. Kita akan menilai kesnya berdasarkan bukti-bukti dikemukakan. Rajagobal yang didakwa mengkritik majikannya dengan menyalahkan kehadiran ramai penyerang import sebagai punca ketiadaan penyerang semula jadi negara, berdepan kemungkinan digantung enam bulan dan denda RM8,000 sekiranya didapati bersalah.
Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini. |
Posted: 22 Apr 2013 02:45 PM PDT London: Baik dan buruk semuanya ada pada Luis Suarez, dan diperlihatkannya kelmarin apabila menggigit lengan tonggak pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic sebelum meledak gol penyamaan pasukannya ketika seri 2-2 pada perlawanan itu. Pengadil, Kevin Friend tidak melihat kejadian yang berlaku pada minit ke-66 itu ketika kedua-dua pemain itu berebut bola dalam kawasan penalti ketika Liverpool ketinggalan 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris itu.
Mohon maaf Persatuan Bola Sepak England (FA) mengesahkan akan membuat siasatan terhadap kejadian itu, bermula dengan berbincang dengan Friend untuk mengetahui sama ada pengadil itu menyaksikannya atau tidak. Bagaimanapun, Suarez melalui laman Twitter miliknya tampil meminta maaf, manakala pengurus Liverpool, Brendan Rodgers dan Pengarah Urusan kelab, Ian Ayre jelas mengecam tindakan itu. "Saya amat menyesal dan mahu meminta maaf terhadap tingkah laku saya pada perlawanan menentang Chelsea," kata Suarez. "Saya sudah mengeluarkan kenyataan memohon maaf dan cuba menghu-bungi Branislav Ivanovic untuk bercakap dengannya secara peribadi."
Memalukan Rodgers pula berkata: "Selepas melihat video insiden itu dan bercakap dengan Luis, tindakannya itu tidak boleh diterima dan saya sudah tegaskan kepadanya." Pengurus sementara Chelsea, Rafa Benitez enggan mengulas kejadian itu namun tindakan Suarez itu turut mendapat kritikan daripada bekas kapten The Reds, Graeme Souness. "Saya tidak pasti apa nak kata mengenainya," kata Souness. "Memalukan. Dia membuatkan dirinya jadi sukar untuk terus kekal di Liverpool. Paling penting adalah menjaga nama baik kelab kerana Liverpool terkenal di seluruh dunia dan ramai yang bercakap perkara ini dalam tempoh yang lama." -Reuters |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |