felda keratong - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda keratong - Google Blog Search |
RAKYAT MARHAEN: PRU13 : Warga <b>Felda Keratong</b> tak sabar nak <b>...</b> Posted: 05 Apr 2013 07:30 AM PDT ROMPIN: Penduduk Felda Keratong yang ditemui semalam sangat teruja dengan pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin. Rata-rata penduduk yang ditemui Harakahdaily meluahkan rasa gembira dengan berita pengumuman itu yang didakwa dinanti sudah lama. Ditanya apakah sebab mereka begitu gembira, mereka berkata 'kami sudah tidak sabar mahu mengundi untuk membuat perubahan". Abdul Aziz Musrani, 49, seorang pesara kerajaan menyeru agar penduduk felda memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) supaya pembaharuan dapat dilakukan. "Sebagai penduduk di Keratong saya mengharapkan agar seluruh penduduk menyokong Pakatan Rakyat supaya kita dapat mengalahkan Barisan Nasional. "Saya akan bertemu dengan kawan-kawan untuk sama-sama mengambil peluang terbaik ini memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk pembaharuan yang lebih baik," kata beliau yang ditemui pada siri jelajah Treler Negara Berkebajikan di Bandar Tun Razak di sini. Tomirim Mohd Fadzil, 66, pula menjelaskan keluarganya kini mahu membuat perubahan untuk masa depan yang lebih baik khususnya soal bebanan hidup yang tinggi yang terpaksa ditanggung mereka sedangkan pemimpin negara terus mengaut hasil negara. Selain itu katanya, beliau melahirkan rasa kecewa berhubung bantuan pendidikan kepada anak-anaknya, sehingga beliau terpaksa berkerja keras menampung kos pengajian mereka. "Saya menyambut baik manifesto Pakatan Rakyat yang mahu memberi pendidikan percuma kepada seluruh rakyat, inilah impian yang kami nantikan selama ini. "Rata-rata penduduk di sini tidak mendapat bantuan pendidikan, kami mahukan jaminan masa depan kepada anak kami sehinggakan terpaksa mengeluarkan duit sendiri bagi memastikan masa depan mereka lebih baik," katannya. Sementara itu, Mohd Khairul Azuad, 25, melahirkan rasa teruja untuk mengundi buat kali pertama dalam hidupnya pada PRU13 ini. Malah katanya lagi, generasi muda tidak perlu takut untuk membuat perubahan, memilih kerajaan yang lebih baik. "Generasi muda sekarang ini sudah boleh menilai sesebuah kerajaan, mana yang baik dan mana yang banyak melakukan penyelewengan. "Saya yakin peluang ini akan diambil oleh kesemua generasi muda dan ia bukan satu kesalahan kalau kita membuat perubahan," jelasnya. Dalam pada itu, seorang pengundi wanita yang sempat ditemui merasakan pengumuman pembubaran parlimen semalam merupakan satu rahmat untuk membuat pilihan menukar kerajaan. Norsiah Sekak, 57, berkata wanita felda wajib berubah dan perlu keluar dari takuk lama dan jangan biarkan BN terus memerah keringat rakyat untuk kepentingan pemimpin mereka sendiri. "Kami dari golongan wanita mahu kerajaan yang ada sekarang ini ditukar kerana tidak sanggup bersongkong dengan penyelewengan mereka. "Saya pasti jika Pakatan Rakyat memerintah ia akan menjadi sebuah kerajaan yang lebih baik dari BN, tidak salah untuk kita mencuba dalam mencari kelainan jika itu terbaik untuk rakyat," jelasnya. Beliau yang berharap agar wanita-wanita felda tidak menonton berita di televisyen mulai hari ini hinggalah hari mengundi untuk mengelakkan mereka terus terpengaruh dengan berita sebelah pihak. |
<b>felda keratong</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA Posted: 16 Mar 2013 12:00 AM PDT ROMPIN: Kecewa dan marah dengan aktiviti judi yang berleluasa di kawasan mereka, seramai 200 penduduk sekitar gugusan Keratong berhimpun membantah selepas Solat Jumaat di masjid Felda Keratong 2 di sini kelmarin. Mereka kesal dan merasa tercabar, kerana empat pusat judi itu terus dibiarkan beroperasi sejak lebih setahun lalu walaupun laporan polis telah dibuat, memorandum kepada Jabatan Agama Islam Daerah telah dihantar serta pendedahan media telah tersiar. Lebih mengecewakan, salah satu pusat judi berkenaan hanya terletak sekitar satu kilometer dari rumah keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam Datuk Mohamad Sahfri Ab. Aziz yang juga merupakan Exco Agama kerajaan negeri. Perhimpunan aman sekitar setengah jam itu diisi dengan pidato penduduk, bacaan doa oleh imam masjid dan pelbagai sepanduk ditunjukkan oleh penduduk. Seorang penduduk Keratong 2, Muhamad Mohd Yasin, 66, (gambar kanan) ketika ditemui berkata, letih mereka mendidik anak-anak menjadi baik tetapi musnah apabila wujudnya pusat judi. "Kami dengar dulu pusat judi hanya ada di bandar, tapi sekarang dah ada kat kampung kami, bukan satu malah ada empat. Pelanggannya 100 peratus Melayu, Islam termasuk anak-anak kami dan peneroka sendiri. "Sudahlah judi itu haram, perniagaan itu juga haram kerana premis tak berlesen pula. Anak-anak muda ramai dah rosak akhlak sekali gus mengancam keselamatan penduduk akibat meningkatnya gejala sosial seperti kecurian," katanya. Beliau turut kesal kerana pihak pentadbiran Felda seolah-olah buat-buat tidak nampak sedangkan ada yang terletak di dalam kewasan rizab Felda. Anak peneroka Felda Keratong 2, Mohd Nordin Saad, 32, terkilan kerana kedai judi aktif dalam kawasan Melayu itu sudah buat laporan polis, hantar memorandum ke pejabat agama dan sudah didedahkan akhbar, tetapi bukannya ditutup malah ditambah dua lagi. "Kedai dimiliki orang tempatan, disewa kepada bukan Melayu untuk menjalankan kerja terkutuk itu dengan berselindung di sebalik cafe siber untuk mengaburi pihak berkuasa. Beroperasi dari pukul 10 malam hingga lima pagi. "Memang tak hormati kesucian Islam langsung, malam maulid rasul baru inipun mereka beroperasi seperti biasa," ujarnya. Tambahnya, seolah-olah ada 'kuasa yang kuat' mempertahankan mereka sehingga tidak berani diusik. Justeru Mohd Nordin, sebagai generasi kedua Felda berharap semua pihak tidak 'bermain wayang' dan berharap diambil tindakan segera. Din Abu Bakar Muhammad, 50 (gambar kiri), dari Keratong 5, pula bimbang jika isu judi yang makin membiak ini tidak diambil serius, akan mendapat kutukan dan bala Allah. "Apa lagi ramai yang bercerita pusat-pusat judi itu mendapat perlindungan pihak tertentu supaya tidak diganggu. "Saya seru semua pihak seperti polis, Felda, JKKR dan Exco perlu tegas tangani pusat judi ini. Ini perhimpunan kali pertama, kalau lepas ini tak tutup juga kami penduduk berhasrat untuk berhimpun di hadapan pejabat wakil rakyat. "Adun kami Exco agama, anak peneroka sini. Salah satu pusat judi itu hanya satu kilometer saja dari rumah keluarganya. Jadi wakil rakyat tidak boleh memekakkan telinga apa lagi beliau merupakan Exco agama," tegasnya. Sementara itu Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin, Shukri Ahmad, yang turut berucap dalam perhimpunan berkenaan, berkata bahana judi menjadi ancaman besar kepada penduduk Keratong dan sekitarnya dan wajar dinyahkan dari kawasan itu dengan apa cara sekalipun. "Atas desakan penduduk PAS sudah beberapa kali membuat laporan di Balai Polis Bandar Tun Razak kerana wujud kebimbangan di kalangan penduduk di mana sejak judi beroperasi telah meningkat gejala sosial curi motosikal, lembu, buah sawit dan juga pecah rumah. "Gejala sosial ini tidak boleh dipandang sebelah mata kerana menjadi barah memusnahkan masyarakat Islam dan memecahkan istitusi keluarga. Orang main judi tak pernah kaya, yang kaya taukenya yang bukan Islam itu," ujarnya. Justeru beliau menyeru semua pihak tanpa mengira fahaman politik, bersatu membanteras larangan Allah itu.-HD |
You are subscribed to email updates from felda keratong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |