Felda palong - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
Felda palong - Google Blog Search |
2000 warga <b>Felda Palong</b> 2 sambut Tian Chua - ar risalah الــرســالـة Posted: 29 Mar 2013 04:17 PM PDT Kehadiran dan kebangkitan penduduk Felda ini merupakan satu suasana yang sangat ngeri buat Umno dan Barisan Nasional. PETALING JAYA: Hampir 2,000 warga Felda hadir pada majlis ceramah perdana di gagasan Felda Palong 2, Bahau, Negeri Sembilan semalam bagi menyatakan sokongan padu kepada penceramah utama Ahli Parlimen Batu dari PKR, Tian Chua. Ceramah berkisar 'genre' isu Lahad Datu yang turut menampilkan Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) dan juga Ustaz Noor Azman Mohamad dianjurkan oleh PKR dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan. Pengarah propaganda SAMM Edy Noor Redzuan dalam satu kenyataannya hari ini berkata, kehadiran dan kebangkitan penduduk Felda ini merupakan satu suasana yang sangat ngeri buat Umno dan Barisan Nasional (BN). "Walaupun terdapat ura-ura akan berlaku serangan dari pihak NGO pro-Umno berikutan antara penceramahnya ialah Tian Chua, namun di atas persediaan yang sangat rapi oleh SAMM dan warga setempat maka keadaan terkawal sepanjang program. "Keselamatan hadirin adalah menjadi keutamaan. Malah aktivis Umno setempat yang turut hadir mendengar ceramah menyatakan kekesalannya di atas sebarang gangguan dan menyifatkan ia sebagai pengacau dari luar," katanya. Beliau menjelaskan rata-rata rakyat yang hadir ingin mendengar sendiri penjelasan Tian Chua berhubung isu Lahad Datu di mana kenyataan beliau telah dimanipulasi media yang berat sebelah. Jelaslah betapa rakyat hari ini semakin celik untuk menilai sesuatu perkara dari pelbagai sumber, bukan dari satu sumber semata-mata. Debat polisi Sementara itu, dalam perkembangan lain, Edy Noor berkata pihaknya menolak tawaran 10 minit Kementerian Penerangan untuk Pakatan Rakyat membentangkan manisfesto pilihan raya. "Tawaran 10 minit berbentuk rakaman di atas nama 'transformasi' kononnya memulihkan demokrasi adalah sebenarnya memberi gambaran jelas sejauh mana keikhlasan kerajaan yang memerintah. "Sudahlah masa yang diberi 10 minit itu jauh dari mencukupi, ditayangkan pula dalam bentuk rakaman yang menjadikan tayangan tersebut boleh diedit dan dimanipulasi mengikut acuan media milik kerajaan," katanya. Ujar beliau, "BN umumnya telah berkempen dan berpropaganda sepanjang penggal melalui media arus perdana. Di sebelah pihak lagi, Pakatan Rakyat terpaksa jelajah seluruh negara menyampai maklumat dalam bentuk ceramah demi menepis segala tohmahan yang dilempar." Beliau percaya ceramah tidak perlu diadakan jika media perdana benar-benar bertindak adil dengan memberi ruang sama rata. |
<b>felda palong</b> timur - Google Blog Search | WARGA FELDA Posted: 23 Mar 2013 11:27 AM PDT Cerita semalam - Sabtu (11.6.2011) Aku menghadiri majlis perkahwinan member baik masa belajar kat poly merlimau tahun (2004 - 2006). Seronok giler dah lama tak jumpa member2 lama. Bukan senang nak jumpa kalo tak ada majlis macam nie. Kalo nak buat satu perjumpaan memang susah la masing2 dah ada carier dan family. Majlis perkahwinan di Felda Palong Timur (1) Segamat Johor. First time aku pergi ke sini. Aku pergi konvoi dengan member semua dalam 5 biji kete 3 dari melaka, 1 klang dan 1 lagi KL. Berkumpul di air panas gadek dan of coz ler aku dan en suami mengetuai rombongan kak minah nie hehehe. Jeng-jeng..cantikkan pelamin member aku nie.. buat kat luar jer kawasan rumah die besar..senang semua orang boleh tengok. kalo zaman dulu2 kena buat dalam uma. skang tak lagi dah up2date. hah!!!! tu die..berseri pengantin..cantik sangat Pn Siti Bazura..Kuning Diraja lagi, tema pilihan..Nilah kali pertama aku tengok ko bersolek..sebab masa belajar sampai keje susah nak tgk ko pakai gincu hehe. Cantik beb.. Congrat's dear akhirnya disatukan dengan orang yang dicintai. Jejaka macho yang hadir.. terima kasih yer semua sebab sudi menunggu kami sampai 2 jam sehingga pengantin bersanding..Aku ingat kan bersanding jam 1 petang..sebab kat Melaka mcm tu, nie bersanding jam 3 petang jenguh kami menunggu baizura. tapi demi sahabat kami tunggu jugaklah. Tengok kami berebut nak bergambar dengan Aziq. Member seusia aku dah ada anak dah..aku sendiri pun tak sempat nak tengok masa baby ari tu.. nie dah 7 bulan. Bila pulak turn aku..sabar menunggu =( Ceria wajah masing2 maklum ler dah lama tak jumpa, ada jer gosip dan cerita menarik. Semua kisah dulu2 keluar . Teringat plak kenangan manis dan pahit masa student dulu..seronoknya... Kebetulan pulak abang cameraman (sipis jer sebelah kanan tu) jurufoto sebelah lelaki masa aku kawin dulu. Die pun dah macam ingat2 lupa.. Yerlah bukan aku artis pun die nak ingat hahaha~~ Bila aku tegur baru die ingat tu pun die cakap muka aku dah lain..uwaaaaa makin tua ke cantik bang luper nak tanya. Bergambar jap dengan pengantin masa tengah makan. Sebab kiter orang nak balik nie..ermm..sebelum balik sempat aku cium pengantin dan bisik kat telinga
Soalan ni jugak lah yg korang aju kat aku masa kawinkan. So aku balas balik pada kawan2 yer..Jumpa lagi kawan2 i luv u alls so much. Semoga persahabatan kita akan kekal hingga ke akhir hayat. Pada kawan2 yang lain yang tidak dapat hadir kita jumpa di lain hari~~ |
You are subscribed to email updates from Felda palong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |