Felda palong - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
Felda palong - Google Blog Search |
SAMM: 2,000 warga <b>Felda Palong</b> sambut Tian Chua, bukti fitnah <b>...</b> Posted: 28 Mar 2013 10:09 PM PDT Penganjuran ceramah yang berkisar 'genre' isu Lahad Datu tersebut menampilkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Penyelaras SAMM, Chegubard dan ustaz Noor Azman Mohamad, dihadiri hampir 2000 penduduk Felda. Ini merupakan satu suasana yang sangat ngeri buat Umno dan Barisan Nasional apabila melihat penduduk Felda bangkit untuk sekurang-kurangnya hadir mendengar maklumat. Walaupun terdapat ura-ura akan berlaku serangan dari pihak NGO pro-Umno berikutan antara penceramahnya ialah Tian Chua, namun di atas persediaan yang sangat rapi oleh SAMM dan warga setempat maka keadaan terkawal sepanjang program. Keselamatan hadirin adalah menjadi keutamaan. Malah aktivis Umno setempat yang turut hadir mendengar ceramah menyatakan kekesalannya di atas sebarang gangguan dan menyifatkan ia sebagai pengacau dari luar. Rata-rata rakyat yang hadir ingin mendengar sendiri penjelasan Tian Chua berhubung isu Lahad Datu di mana kenyataan beliau telah dimanipulasi media yang berat sebelah. Jelaslah betapa rakyat hari ini semakin celik untuk menilai sesuatu perkara dari pelbagai sumber, bukan dari satu sumber semata-mata. Justeru itu, SAMM terus mengambil tanggungjawab membawa Tian Chua ke negeri Perak pula selepas ini pada tarikh 16 April bertempat Tapak Pekan Rabu, Batu 5 Parit Buntar. SAMM Kebangsaan juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah buat komrad SAMM yang bekerja keras menjayakan program ini khususnya SAMM zon Palong dan SAMM zon Muadzam Shah. Dengan keberjayaan ini, SAMM meneruskan rekod bersih penganjuran tanpa gangguan. Sekian, Edy Noor Reduan Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48609 |
2,000 Warga <b>Felda Palong</b> 2 Sambut TIAN CHUA: Ini pastinya <b>...</b> Posted: 29 Mar 2013 11:37 AM PDT Ini pastinya mimpi ngeri umno! 2,000 Warga Felda Palong 2 Sambut Tian Chua PETALING JAYA: Hampir 2,000 warga Felda hadir pada majlis ceramah perdana di gagasan Felda Palong 2, Bahau, Negeri Sembilan semalam bagi menyatakan sokongan padu kepada penceramah utama Ahli Parlimen Batu dari PKR, Tian Chua. Ceramah berkisar 'genre' isu Lahad Datu yang turut menampilkan Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) dan juga Ustaz Noor Azman Mohamad dianjurkan oleh PKR dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan. Pengarah propaganda SAMM Edy Noor Redzuan dalam satu kenyataannya hari ini berkata, kehadiran dan kebangkitan penduduk Felda ini merupakan satu suasana yang sangat ngeri buat Umno dan Barisan Nasional (BN). "Walaupun terdapat ura-ura akan berlaku serangan dari pihak NGO pro-Umno berikutan antara penceramahnya ialah Tian Chua, namun di atas persediaan yang sangat rapi oleh SAMM dan warga setempat maka keadaan terkawal sepanjang program. "Keselamatan hadirin adalah menjadi keutamaan. Malah aktivis Umno setempat yang turut hadir mendengar ceramah menyatakan kekesalannya di atas sebarang gangguan dan menyifatkan ia sebagai pengacau dari luar," katanya. Beliau menjelaskan rata-rata rakyat yang hadir ingin mendengar sendiri penjelasan Tian Chua berhubung isu Lahad Datu di mana kenyataan beliau telah dimanipulasi media yang berat sebelah. Jelaslah betapa rakyat hari ini semakin celik untuk menilai sesuatu perkara dari pelbagai sumber, bukan dari satu sumber semata-mata. Sementara itu, dalam perkembangan lain, Edy Noor berkata pihaknya menolak tawaran 10 minit Kementerian Penerangan untuk Pakatan Rakyat membentangkan manisfesto pilihan raya. "Tawaran 10 minit berbentuk rakaman di atas nama 'transformasi' kononnya memulihkan demokrasi adalah sebenarnya memberi gambaran jelas sejauh mana keikhlasan kerajaan yang memerintah. "Sudahlah masa yang diberi 10 minit itu jauh dari mencukupi, ditayangkan pula dalam bentuk rakaman yang menjadikan tayangan tersebut boleh diedit dan dimanipulasi mengikut acuan media milik kerajaan," katanya. Ujar beliau, "BN umumnya telah berkempen dan berpropaganda sepanjang penggal melalui media arus perdana. Di sebelah pihak lagi, Pakatan Rakyat terpaksa jelajah seluruh negara menyampai maklumat dalam bentuk ceramah demi menepis segala tohmahan yang dilempar." Beliau percaya ceramah tidak perlu diadakan jika media perdana benar-benar bertindak adil dengan memberi ruang sama rata. at 3/29/2013 11:41:00 PTG |
You are subscribed to email updates from Felda palong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |