felda sungai tengi - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda sungai tengi - Google Blog Search |
Transkrip penuh mesyuarat <b>Felda Sg Tengi</b> nak buat huru-hara <b>...</b> Posted: 14 Feb 2013 06:39 AM PST BERIKUT trankripsi rakaman video selama 14:22 saat Mesyuarat Perbincangan Menghalang Program "Jamuan Rakyat dan Penerangan" di Felda Sungai Tengi, malam 4 Februari lalu sehingga mencetuskan kekecohan. Rakan video ini boleh dilayari di http://www.youtube.com/watch?v=NEwQ_zaKPQw&feature=share. Ia telah dimuat naik ke Youtube sejak 7 Februari lalu dengan tajuk "Umno Dalang Felda Sungai Tengi" SUARA 1: Tuan-tuan dan puan-puan datang ke Rancangan Felda Sungai Tengi. So... Saya tak dapat nak gambarkanlah berapa sayangnya saya kepada tuan-tuan yang sanggup datang ke rancangan saya untuk membantu masyarakat di rancangan kita ini. Saya rasa tuan-tuan dan puan-puan dah tahu sedikit sebanyak tujuan tuan-tuan datang ke rancangan ini. So untuk makluman saya ingin memberi gambaran sedikitlah. Pada Jumaat lepas ada lapan aduan laporan polis kita dah buat dekat balai polis Gedangsa ekoran daripada bantahan masyarakat di sinilah tidak setuju supaya majlis jamuan dan ceramah diadakan oleh Mazlan Aliman dan juga Syed Joned, bekas CEO Felda Plantation. So Mazlan Aliman Pengerusi Anak. Saudara sedia maklum Anak ini satu pertubuhan haram yang belum didaftarkan. So saya minta tuan-tuan dan puan-puan membantu sebab kita tidak cukup kakitangan. So kita minta bantuan daripada Perkasa, daripada MJFM, daripada Glokose dan banyak lagilah yang saya tidak sebutkan di sini. So kita tidak nak perkara seperti ini berlaku di negara kita. Buat macam-macam... fitnah dan andaian supaya memburuk-burukkan Felda. Jadi sampai masanya hingga ke peringkat atasan dia pergi ke Jengka dan pergi ke kawasan Perak... kawasan Terengganu pun dihalang masyarakat di sana. Bermakna orang tidak setuju dia masuk memberikan ceramah di rancangan dan kampung. Sampailah jadual dia sampai ke Rancangan Felda Sungai Tengi. So gerak kerja kita, kita hendak halang. Ada dua pintu masuk. Yang pertama menghala Bukit Tagar dekat dengan pintu gerbang dan satu lagi jalan masuk menghala Felda Soeharto. Kita minta kat situ dah tunggu. Kita tidak tahu pukul berapa dia sampai. Kalau dia dah sampai pun kita tahan dia, mungkin tuan-tuan dan puan-puan kenal dengan Mazlan Aliman kan? Kenal dak? SUARA 2: Kenal... SUARA 1: Gerak kerja kita, kita tahan di situ. Kalau dia terlepas juga masuk, sebagaimana yang pegawai polis cakap tadi, kita buat seolah-olah membantahlah. Kita buat huru hara. Tapi jangan bergaduh. Saya minta sangat lah jangan bergaduh. MENYAMPUK: Kalau dah huru hara... (diiringi dengan ketawa ahli mesyuarat yang lain)! SUARA 1: Kalau masuk-masuk buat huru hara... tengah ceramah tu kita buat bisinglah. Itu yang apa nama... pegawai polis daerah pesan kat saya tadi. Semasa berjumpa dengan saya pagi tadi. Supaya kita buat gangguan. Supaya batal... kita bising semuanya. Seolah kita hendak membatalkan program dia orang. Yelah dia cakap macam-macma kat kita. Takkan kita hendak tahan lagi. So dalam perkara ini, jadualnya pukul 9 sampai pukul 12 malam. Saya tanya polis tadi, sampai pukul 10 lebih tidak ada permohonan permit dibuat dengan polis. Maknanya dia tidak ada dapat permitlah. Tapi dia orang redah aje. Untuk makluman dia pun tidak buat permohonan dengan Pengurus untuk buat program tu. Tadi pun dah banyak aduan, banner sudah pun diruntuhkan. Biasalah. Nak buat macam manakan? Takkan saya nak duduk dekat situ, hendak halang satu-satu banner dia orang tegak lagi. Kita pun ada juga banner yang diruntuhkan mereka itu. Tapi saya minta malam ini kalau boleh jangan bergaduh apa lah. Sebenarnya tugas kita nak suruh halau mereka balik je. Itu je. Kita suruh halau balik. Ok lah. Kami tidak nak orang luar berceramah di rancangan kami. Cukuplah. Kami dah faham dah, tindak tanduk dia orang ni. So kalau dia dah balik, kita pun bolehlah beransur balik kan? Suara ramai ahli mesyuarat... SUARA 1: Ok itu serba ringkas daripada saya. Ada yang hendak tanya soalan? SUARA 4: Orang tengah jamuan tidak elok diganggu. Biar dia makan... RAMAI: (ketawa dan tepuk tangan sambil bersorak). SUARA 1: Siapa nama saudara? SUARA 5: Nama saya Suhaimi bin Haji Adnan. SUARA 1: Encik Suhaimi sebgai leaderlah. Kita ramai backup kat belakang ni. Jangan bimbang. Jangan takut. SUARA 1: Semangat tu... SUARA 5: Saya punya cadangan kita toksah bergaduh. Tapi seandainya dia terlepas... dia berceramah. Kita bagi dia mulakan majlis. Tapi saya pun akan keluarlah ke depan. Itu jelah. Dan saya minta kepada yang kenal muka saya, tidak kira apa saya bercakap, tentang ikan ke, tentang burung ke, menyampuk aje... SUARA 1: Ikut sedap mulut lah... SUARA 5: Haa... ikut sedap mulut lah... SUARA 6: Minta maaf. Saya tolong Pok Nikki (ayat kurang jelas...). Saya nak tanya apa motif peneroka menolak kehadiran Anak yang diterajui Mazlan Aliman datang ke penempatan ini? Kita nak dapatkan kenyataan rasmi. SUARA 1: Ok. Dia ginilah. Dia satu pertubuhan yang tidak didaftarkan. Jadi banyak benda-benda yang diperkatakan. Jadi ketua-ketua peneroka tidak bersetuju menerima. Itu sahaja. Saya tidak boleh sambung lagi. Sebab ketua-ketua peneroka dalam Mesyuarat JKKR tidak bersetuju. Ok? SUARA 7: Bagi kita anak-anak peneroka di sini, dia masuk rumah kita, buat kacau, kita memang tidak setuju. Itu aje (diiringi tepukan ahli mesyuarat). Kalau dia datang hendak bersahabat. Itu tidak ada masalah. Datang buat kacau. Itu ini. Buat fitnah dan sebagainya. SUARA 8: Saya tambah sikit. Dulu masa keempat-empat rancangan keluar daripada Felda. Tidak ada sorang pun yang nak menjadi hero. Tapi 10 tahun lebih, bila sudah senang masa itu, tiba-tiba muncul orang seperti Mazlan Aliman ni, nak jadi hero. Bila dah senang ni dia nak jadi hero. Kita tidak mahu di Rancangan Felda ini dengan susunan yang cukup baik, penyatuan masyarakat, tiba-tiba ada dua tiga orang nak buat kacau. Jadi susah kita. Sebelum benda ini jadi melarat, kita halang mereka. Sekian terima kasih. SUARA 9: Assalamualaikum. Saya Azizi Mohd Daud. Apa yang kita menolak En Mazlan Aliman hadir ke Felda di Selangor memandangkan di negeri Johor... Mazlan Aliman asal Johor...negeri Johor pun menolak dia, apatah lagi Selangor. Bermakna apa yang dia cuba timbulkan adalah isu politik. Sebab bila dia berkecimpung dalam politik, dia mainkan pelbagai isu dalam Felda. Sebelum dia masuk dalam politik, kenapa tidak mengikuti untuk membina kerajaan? Di situ dah boleh bina kerajaan, bina Felda. SUARA 1: Ok. Itu sahaja. Jika ada apa-apa masalah boleh jumpa dengan Encik Azhar. Terima kasih kepada tuan puan yang sudi datang ke Felda Sungai Tengi dan berkhidmat malam ini. Setakat inilah perjumpaan kita kali ini. |
Video Mazlan Aliman Dihalau Peneroka <b>Felda Sungai Tengi</b> | Cucu <b>...</b> Posted: 06 Feb 2013 05:00 PM PST Orang Felda Sungai Tengi menolak kehadiran Mazlan Aliman, Presiden ANAK untuk memecah belahkan masyarakat FELDA. Rakyat Sabak Bernam, Selangor menolak lidah penyambung bicara Pakatan Haram. Mazlan Aliman tidak diterima di tanahairnya sendiri di Johor. Bagaimana beliau boleh merasakan Rakyat Selangor akan menerima kehadirannya di Felda bertuah ini. Felda Sungai Tengi terletak di Sungai Tengi, Sabak Bernam, Selangor. Ia bersebelahan dengan sempadan negeri Perak. Felda ini telah wujud lebih 30 tahun. Masa kewujudan Felda ini, Mazlan Aliman masih mentah. Oleh itu, janganlah cuba menunjuk pandai dengan orang-rang lama yang telah lama bergelumang dengan susah senang sebagai peneroka. Saksikan video penolakan peneroka Felda Singai Tengi ke atas kehadiran Mazlan Aliman. Panas beb! |
You are subscribed to email updates from felda sungai tengi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |