{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: BeritaUtama

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: BeritaUtama


Kita undi 5 Mei

Posted: 10 Apr 2013 12:13 AM PDT

PUTRAJAYA: Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) ditetapkan pada 5 Mei (Ahad), manakala tarikh penamaan calon pada 20 April, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, hari ini.

Pengundian awal ditetapkan pada 30 April.

Tempoh berkempen ialah 15 hari. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.

Ketika mengumumkan semua tarikh itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan esok (11 April).

Foto

GAYA Abdul Aziz selepas mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pembuangan undi di pejabat SPR, Putrajaya. FOTO Fariz Iswadi


Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).


Abdul Aziz membuat pengumuman itu pada pukul 12.30 tengah hari di ibu pejabat SPR di Putrajaya, yang disiarkan secara langsung oleh RTM dan TV3.

SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU13 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lalu.

Sebelum dibubarkan, komposisi Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai 137 kerusi, selebihnya DAP (29), PAS (23), PKR (23), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi. Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas.

Abdul Aziz berkata, SPR sudah menerima pengisytiharan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 3 April 2013 berhubung pembubaran Dewan Rakyat.

Semua Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak telah dibubarkan setakat 5 April dan menurut Fasal 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran.

Sarawak sudah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011.

Abdul Aziz berkata, SPR menetapkan writ pilihan raya dikeluarkan esok dan notis pilihan raya pada Jumaat, 12 April.

Beliau berkata berdasarkan daftar pemilih, terdapat 12,992,661 pemilih biasa dan 275,341 pengundi awal.

Pengundi awal terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan; 111,136 anggota polis dan pasangan; serta 2,954 pengundi tidak hadir (pengundi di luar negara).

Abdul Aziz berkata, RM400 juta diperuntukkan untuk pengendalian
PRU13 melibatkan 234,905 petugas pilihan raya.

Untuk tujuan pengundian keseluruhan, SPR menyediakan 8,789 pusat mengundi dengan 26,219 tempat/saluran mengundi.

Bagi pengundian biasa, 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi akan disediakan, manakala pengundian awal membabitkan 544 pusat mengundi dengan 882 tempat/saluran mengundi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/10

Serangan malam

Posted: 09 Apr 2013 02:52 PM PDT

Petaling Jaya: Berpantang ajal sebelum maut. Itu dialami seorang lelaki yang terselamat biarpun ditetak lebih 30 kali dengan parang oleh empat lelaki bertopeng yang memecah masuk kedai motosikal miliknya di Jalan PJS 1/26, di sini.

Akibat kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam Sabtu lalu, mangsa yang berusia 40 tahun menerima 27 jahitan di kepala, tangan kanannya hampir putus, selain kecederaan teruk di belakang badan akibat tetakan bertubi-tubi.

Selepas mangsa rebah dan tidak sedarkan diri, kumpulan penjenayah terbabit melarikan wang tunai dan barangan berharga dianggarkan bernilai RM50,000.

Seorang pekerja mangsa yang dikenali sebagai Low, 33, berkata majikannya kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan akan menjalani pembedahan susulan dalam masa terdekat.

Foto

RAKAMAN CCTV menunjukkan keadaan kedai mangsa yang berselerak selepas dipecah masuk.

Foto

KEPALA mangsa yang terkena tetakan menerima 27 jahitan.


Menceritakan kejadian, Low berkata, keempat-empat penjenayah itu yang menaiki sebuah pacuan empat roda memecah masuk ke dalam kedai tanpa mengetahui mangsa masih berada di situ.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/10

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat