Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 17 Apr 2013 05:04 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pemandu kereta api barang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang membawa muatan simen sempat menyelamatkan diri apabila menyedari enjin lokomotif itu terbakar ketika melalui kawasan Bangsar menuju KL Sentral, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, pemandu terbabit yang terkejut selepas melihat percikan api di bahagian enjin kereta api terbabit bertindak menghentikannya sebelum keluar dan menghubungi bomba. Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian terbabit pada jam 10.32 malam dan terus mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dan Hang Tuah ke lokasi kejadian. Menurutnya, pihaknya berjaya mengawal api di bahagian enjin kereta api terbabit pada jam 10.54 malam dan berjaya memadam api secara keseluruhannya 19 minit kemudian.
Azizan berkata, unit siasatan forensik juga telah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian terbabit. VIDEO: |
Posted: 17 Apr 2013 04:48 PM PDT Kuala Lumpur: Sembilan belas pelajar dan dua guru Sekolah Menengah Dato Lokman, Jalan Kampung Pandan, di sini, dikejarkan ke hospital selepas pening serta muntah akibat terhidu bahan kimia luput tarikh yang dalam proses pemindahan untuk dilupuskan, semalam. Kejadian itu berlaku selepas satu daripada lapan tong mengandungi 229 jenis bahan kimia dari makmal sekolah berkenaan, ada di antaranya tersimpan sejak 28 tahun lalu, tiba-tiba meletup dan terbakar. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.32 pagi sebelum sebuah jentera bomba dibantu pasukan Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dikejarkan ke lokasi kejadian. Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika proses pemindahan 229 jenis bahan kimia berkenaan ke dalam lori untuk dihantar ke tapak pelupusan bahan buangan oleh Kualiti Alam Sekitar di Bukit Nanas, Negeri Sembilan. ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan rapi pada tong bahan kimia yang dipindahkan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/18 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |