Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: Lahad Datu: Kerjasama kukuh ditunjukkan penduduk di gugusan Labian termasuk mereka yang berbangsa Suluk membolehkan pihak keselamatan melumpuhkan pergerakan pengganas Sulu dalam masa singkat selain tertumpasnya beberapa orang kanan termasuk beberapa individu dipercayai tali barut yang dicekup untuk siasatan. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, kebanyakan penduduk tempatan tidak 'merestui' pencerobohan itu dan sanggup menjadi 'mata-mata' pihak keselamatan memantau pergerakan pengganas. "Penduduk bukan sahaja patuh arahan pasukan keselamatan supaya berpindah, malah sanggup menjadi 'mata dan telinga' supaya kejadian ini berakhir segera. "Sikap penduduk yang antikeganasan ini terbukti apabila hasil maklumat mereka membawa kepada penangkapan beberapa individu berpengaruh, sekali gus melumpuhkan pergerakan pengganas sejak pencerobohan mereka lebih sebulan lalu di Kampung Tanduo," katanya, di sini, semalam. PENGARAH Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid (kanan) memberi kata-kata semangat kepada anggota keselamatan yang mengawal pintu masuk Kampung Tanjung Labian, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/02 |
Posted: Asajaya: "Kami seolah-olah dilibas sesuatu dan pada masa sama kelibat Hiswandi hilang," kata Mohd Iwan Majid, 14, rakan kepada Mohamad Hiswadi Dollia yang dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di Sungai Samarahan, dekat sini, kelmarin. Mohamad Hiswandi, 15, yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muara Tuang dilaporkan hilang selepas tidak muncul di permukaan air ketika membersihkan tubuh sebaik selesai memancing bersama seorang lagi rakan, Mohd Yusuf Nuri, 15, jam 12.30 tengah hari. Menceritakan kejadian itu, Mohd Iwan berkata, seperti biasa mereka ke sungai terletak satu kilometer dari rumahnya itu untuk memancing pada jam 11 pagi sebelum membuat keputusan pulang sebelum azan Zuhur. "Saya dan Hiswandi turun ke sungai membersihkan diri, manakala Mohd Yusuf menunggu di tebing dan ketika berenang, Hiswandi berada di sebelah saya sebelum tiba-tiba kaki kanan saya tersentuh objek bersisik. DOLLIA sugul menunggu berita nasib anaknya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/02 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |