Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: KUALA LUMPUR: Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) menjadi milik Shaheizy Sam sekali lagi selepas menang untuk tahun 2010 lalu. Berserta dengan kemenangan itu, Sam membawa pulang hadiah Nissan 370Z Coupe dan barang kemas Habib Jewel bernilai RM150,000. Sementara itu, anugerah Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Baru Wanita Popular masing-masing menjadi milik Aiman Hakim dan Wawa Zainal. Black dan RJ pula menang kategori Artis Duo/Berkumpulan Popular dan penyanyi kontroversi, Shila Amzah membawa pulang trofi Penyanyi Wanita Popular. Manakala Hafiz Suip pula menang Penyanyi Lelaki Popular. Anugerah Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular pula diberikan kepada Aaron Aziz dan Nabila Huda. Untuk kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular, kemenangan berpihak kepada Shaheizy Sam dan Yana Samsudin.
Malam tadi juga, ABPBH2012 mengangkat legenda muzik rock negara, Search sebagai penerima Anugerah Sepanjang Hayat. Majlis anugerah berprestij yang bertemakan Ledakan Geometri itu diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil dan bersiaran langsung di TV3. ABPBH2012 dihoskan Zizan Razak dan Fara Fauzana. Antara artis yang membuat persembahan ialah Datuk M Nasir, Ziana Zain, Najwa Latif, Ainan Tasneem dan Sham Kamarul. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/08 |
Posted: Gaza (Palestin): Dia sudah diisytiharkan mati berikutan kecederaan parah yang dialami, namun kira-kira enam jam selepas itu iaitu ketika 'jenazahnya' dituntut keluarga untuk urusan pengebumian, tiba-tiba jantungnya berdegup semula, sekali gus mengejutkan semua pihak. Itu keajaiban dan kekuasaan Allah yang diperlihatkan ke atas Ketua Tentera al-Qassam kawasan Zaitun, Muhammad al-Hasanad, 32, yang dikongsikan dengan wartawan Harian Metro pada pertemuan dengannya di sini. Muhammad berkata, kejadian itu berlaku selepas dia diserang puluhan pesawat tanpa juruterbang (drone) milik Israel pada 2008 menyebabkan dia cedera teruk termasuk kedua-dua kakinya terpaksa dipotong hingga paras paha. "Nyata, kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya. Saya sudah disahkan meninggal dunia namun selepas enam jam, jantung saya tiba-tiba berdenyut semula. MUHAMMAD menunjukkan kedua-dua kakinya yang dipotong.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/08 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |