Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 08 Apr 2013 04:22 PM PDT Kuala Lumpur: Lima penjenayah bersenjatakan pistol dan parang dicekup selepas 'bermain sorok-sorok' dalam tiga rumah teres selama tujuh jam dalam cubaan mereka merompak satu daripada rumah itu di Persiaran Damansara Endah, Bukit Damansara, di sini, semalam. Kejadian dilaporkan bermula pada jam 4.30 pagi apabila lima lelaki terbabit menceroboh dan meletakkan kenderaan pacuan empat roda (4x4) di pekarangan sebuah rumah tidak berpenghuni. Bagaimanapun, kehadiran kumpulan itu dikesan seorang penduduk pada jam 6.30 pagi lalu memaklumkannya kepada pengawal keselamatan di kawasan perumahan berkenaan sebelum dilaporkan kepada polis. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, sepasukan polis diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Brickfields, Deputi Superintendan Baharin Mohd Rose kemudian bergegas ke tempat kejadian. PENJENAYAH memecah masuk kediaman mangsa melalui rumah jiran yang tidak berpenghuni.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/09 |
Posted: 08 Apr 2013 04:22 PM PDT Kota Kinabalu: Penyamaran 32 individu bersenjata api dipercayai pengganas yang cuba memasuki negara ini menggunakan bot kumpit gagal apabila kehadiran mereka berjaya dikesan pasukan keselamatan ketika berada kira-kira 12 batu nautika dari Tambisan, dipercayai dalam perjalanan ke Lahad Datu. Dalam kejadian jam 2 pagi semalam, sepasukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesan kehadiran sebuah bot kumpit cuba memasuki perairan negara sebelum berjaya dipintas dan pemeriksaan lanjut menemui senjata api termasuk M-16, parang dan kapak selain beberapa dokumen lain. Difahamkan, ketika ditahan semua mereka berpakaian biasa dan tidak mengenakan pakaian celoreng. Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, bot kumpit itu dipercayai dari negara jiran dan cuba memasuki perairan negara sebelum ditahan pasukan keselamatan. PASUKAN keselamatan mengawal 32 individu dipercayai anggota kumpulan pengganas.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/09 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |