Harian Metro: Global
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Global |
'Saya tidak akan berhenti menari' Posted: 23 Apr 2013 11:36 AM PDT Boston: Seorang guru tari yang hilang sebelah kaki dalam serangan bom Maraton Boston berikrar untuk menari lagi dan lari dalam acara itu tahun depan. Doktor gagal menyelamatkan kaki kiri Adrianne Haslet-Davis selepas dia terkena bom kedua ketika menonton perlumbaan itu minggu lalu. Mereka terpaksa memotong kakinya sebanyak lima inci dari bawah lutut.
"Ketika menari, saya merasakan tidak perlu melakukan apa-apa lagi. Saya mencapai kegembiraan sepenuhnya," kata Adrianne kepada media.
Adrianne menari di Pusat Tarian Arthur Murray. Adrianne bersama suami, Adam Davis. Perasaan kehilangan kakinya jelas pada fikiran Adrianne apabila dia dan suami, Kapten Tentera Udara Adam Davis, merasai kesan letupan itu. "Saya masih ingat letupan bom pertama. Ketika itu saya memegang Adam, suami saya dan terfikir, pasti ada bom kedua.
Dia bangkit dan menyangka semuanya berjalan dengan baik sehingga suaminya menunjukkan ke arah kakinya. - Dailymail Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/24 |
Tamara rebut Lamborghini dengan bekas kekasih Posted: 23 Apr 2013 11:32 AM PDT London: Pewaris F1, Tamara Ecclestone semalam terbabit dalam perbicaraan untuk mendapatkan semula kereta Lamborghini model Aventado yang berharga RM1.9 juta daripada bekas kekasihnya. Model berusia 28 tahun itu, anak bilionair F1, Bernie Ecclestone, hadir di Mahkamah Tinggi untuk menuntut kenderaan itu daripada bekas kekasihnya, Omar Khyami.
Tamara yang meninggalkan bekas broker saham berkenaan Julai lalu selepas kemunculan pita seks yang menunjukkan Omar curang terhadapnya bertegas menyatakan dia adalah pemilik kereta itu. Bagaimanapun, Omar mendakwa, Tamara menghadiahkan kereta berkenaan sempena hari jadinya yang ke 38 pada April tahun lalu.
Dia membeli kereta itu daripada Elite Performance Cars Ltd. Omar yang mendakwa video itu dirakam beberapa tahun lalu tidak memberitahu Tamara bahawa dia menggunakan kereta itu sebagai jaminan untuk meminjam wang berjumlah RM1.25 juta daripada Elite, syarikat yang dimiliki rakannya dengan kadar faedah 70 peratus. Peguam Tamara, Andreas Gledhill berkata, kereta itu didaftarkan atas nama Omar semata-mata untuk membolehkannya mendapat permit parkir di kediaman mereka di Chelsea. Kereta itu dirampas dari sebuah garaj oleh pegawai mahkamah selepas Tamara membawanya untuk penyelenggaraan. Omar dilapor berusaha memujuk kakitangan mahkamah supaya melepaskan kereta berkenaan. Apabila dia membawanya ke Elite, Tamara mendapat perintah mahkamah untuk menghalangnya daripada dijual. Tetapi perintah itu dilanggar dan Elite menjualnya kepada Four Seasons Autos. - The Sun Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/24 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |