{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Hati

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Hati


Lirikan mata, senyuman menggoda

Posted: 17 Apr 2013 01:28 PM PDT

Jemputan menghadiri majlis makan malam berkonsepkan gaya glamor tentunya menimbulkan keresahan apatah lagi bagi wanita yang jarang bersolek. Ini kerana, menampilkan sisi berbeza bukan hanya menjurus kepada pemilihan pakaian sebaliknya solekan memainkan peranan penting kerana mampu menyerlahkan keanggunan wanita dalam apa juga situasi.

Walaupun solekan gaya glamor memerlukan masa lebih panjang berbanding solekan ke pejabat atau santai, ia menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa sekiranya seseorang itu mengetahui teknik solekan serta pemilihan warna alat solek agar bersesuaian dengan warna kulit wanita.

Menurut jurusolek profesional Farmasi Colour Cosmetic (FCC) yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul, untuk solekan glamor, mata dan bibir perlu diberi perhatian. Ini kerana perkataan glamor itu sendiri memberikan makna berbeza dan biasanya dikaitkan menerusi lirikan mata serta senyuman menggoda.

"Pada bahagian mata, biasanya tiga maksimum rona pembayang mata diperlukan kerana satu warna saja tidak mencukupi. Bagi menyerlahkan keanggunan, campuran rona terang dan pastel digunakan bagi menarik perhatian. Misalnya gabungan coklat dan ungu menampilkan keserasian, begitu juga perak dan merah jambu akan memberikan sentuhan menawan dan semula jadi," katanya yang menggalakkan wanita menggunakan pembayang mata FCC Terracotta empat warna yang lengkap tanpa perlu menggunakan warna lain lagi.

Foto

WAJAH model sebelum disolek. Memiliki kulit cerah tanpa sebarang cela.

Foto

SAPUAN bedak asas High Performance mampu menjadikan warna kulit lebih sekata.

Foto

BAYANGAN pada tulang pipi membentuk muka menjadi lebih bujur.

Foto

PEMAKAIAN celak untuk solekan glamor asas penting menyerlahkan keanggunan.

Foto

MASKARA Cat Walk membentuk bulu mata lebih panjang dan lentik.

Foto

PEMERAH pipi untuk kekal menawan.

Foto

PENGILAT bibir, asas solekan untuk gaya glamor.

Foto

SELAIN solekan, pemilihan pakaian turut mempengaruhi penampilan ketika menghadiri majlis glamor.


Bagi menimbulkan seri, penggunaan celak dan penggaris mata warna semula jadi seperti hitam dan coklat gelap lebih sesuai berbanding menggunakan celak berwarna terang. Di pasaran terdapat pelbagai jenis celak, namun jenis cecair mampu membuatkan mata lebih galak bersinar. Kemudian, menyudahi solekan gaya glamor dengan calitan celak berkilat pada bahagian bawah mata serta maskara Cat Walk yang mempunyai pelbagai fungsi.


"Ramai tidak tahu teknik solekan yang cepat dan mudah adalah dengan memastikan wanita memakai celak pada bahagian atas kelopak mata sama ada tebal atau nipis bergantung kepada jenis mata masing-masing. Kemudian, sapu celak berkilat bagi menyerlahkan keanggunan ketika menghadiri majlis glamor," katanya.

Jangan lupa pada pemakaian bulu mata palsu kerana ia memberikan kesan berbeza terutama sekiranya menghadiri majlis makan malam bertema.

Nurul menjelaskan, selain pembayang mata dan celak, penggunaan gincu dengan warna menggoda seperti merah jambu atau merah bata membuatkan penampilan lebih menyerlah. Tidak ketinggalan pemilihan bedak asas yang mampu menutup cela sekali gus menjadikan kulit lebih lembut dan licin. Penggunaan bedak asas High Performance Foundation dilapisi bedak debu kering dan basah FCC menjadikan rona kulit lebih sekata.

"Apa yang penting, pemakaian bedak asas jenis cecair kemudian lapis dengan sapuan bedak debu Wet & Dry 2 Way Foundation-Powder yang memberikan hasil diinginkan," ujarnya.

Bagi wanita yang tampil bertudung, inilah masa mengenakan pakaian berwarna terang kerana warna gelap seperti hitam, coklat atau kelabu sudah terlalu biasa. Pemilihan rona merah jambu, biru dan ungu pasti menepati tema untuk gaya glamor.

Panduan solekan:

  • Penyamar cela perlu dipakai dengan jari dan tekap di kawasan diperlukan bagi melindungi wajah daripada kesan jerawat atau parut kekal.
  • Pakai bedak asas jenis cecair terlebih dulu sebelum bedak padat bagi memastikan solekan tampak lebih tebal dan lembut.
  • Solekan makan malam perlu kekal lama dan untuk itu, pemakaian satu jenis bedak asas saja tidak mencukupi tanpa bedak padat dan bedak debu.
  • Untuk tampil glamor, pilih pembayang mata berkilat kerana ia membuatkan anda lebih cantik terutama apabila disinari cahaya.
  • Pilih warna sesuai terutama untuk pembayang mata dan warna gincu. Pastikan gincu tidak terlalu terang kerana ia akan menenggelamkan keaslian wajah anda.
  • Pastikan sentiasa membawa pengilat bibir kerana ia dapat membaiki penampilan biarpun selepas mengambil makanan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/18
  • Resipi asli Baba Nyonya

    Posted: 17 Apr 2013 10:13 AM PDT

    Keenakan dan keunikan rasa di dalam setiap hidangan yang disajikan cukup mengujakan. Mengetengahkan resipi asli kaum Baba Nyonya, Restoran Big Nyonya pastinya menjanjikan pengalaman menarik untuk anda.

    Restoran itu beroperasi sejak tiga tahun lalu menggunakan nama Kenny Delight sebelum menukar kepada Restoran Big Nyonya selepas pindah ke Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, Melaka.

    Keaslian hidangan istimewa serta makanan Baba Nyonya yang disajikan membuatkan sesiapa saja terutama si pencinta makanan akan teringat untuk datang lagi.

    Kesempatan merasai sendiri beberapa hidangan istimewa termasuklah Ikan Goreng Cili Garam, Ayam Pong Teh, Telur Dadar Cencaluk, Udang Lemak Nanas saat berkunjung ke Melaka baru-baru ini benar-benar mengujakan.


    Diasaskan oleh chef selebriti yang juga dikenali sebagai Bibik Kim Neo dalam sitcom Baba dan Nyonya satu ketika dulu, Datuk Kenny Chan, semua hidangan yang disajikan menggunakan resipi asli Baba Nyonya.


    Kenny yang juga berketurunan Baba Nyonya berkata, resipi yang digunakannya daripada nenek moyang.

    "Menu Ikan Goreng Cili Garam adalah salah satu menu paling istimewa di Big Nyonya ini kerana ia adalah resipi arwah ibu saya sendiri dan sangat disukai ramai di samping berlainan daripada apa yang dihidangkan di sini.

    "Hidangan ini memang menu asli Baba Nyonya tetapi rasanya berlainan, membuatkan ia menjadi salah satu hidangan yang digemari pelanggan," katanya.

    Ikan Goreng Cili Garam ini dipenuhi cili dan keenakan sehingga menjilat jari.

    Selain rasa pedas, anda juga dapat menikmati rasa masam dengan perahan limau, menjadikan rasa lebih nikmat.

    Menurutnya, menu lain yang istimewa ialah Ayam Pong Teh.

    "Hidangan ini juga adalah makanan asli Baba Nyonya dengan menggunakan taucu, bawang putih dan bawang merah sebagai bahan utama.

    "Udang lemak nanas serta telur dadar cencaluk juga resipi yang memperlihatkan keaslian makanan Baba Nyonya yang dihidangkan di Restoran Big Nyonya ini, katanya.

    Menu lain di restoran itu ialah Nyonya Chiken Roll dan hidangan pencuci mulut Cendol Nyonya yang pasti mengujakan.

    Cendol memang sesuatu yang biasa dan boleh didapati di mana-mana, tetapi ia berlainan dengan Cendol Nyonya di Big Nyonya ini kerana santan yang digunakan pekat serta keaslian gula melaka memberikan rasa yang sedap.

    Bercakap mengenai tempahan, Restoran Big Nyonya menerima tempahan tetapi perlu melihat kuantitinya.

    Ini bagi menjaga keaslian serta keunikan rasa setiap menu yang dihidangkan.

    Restoran Big Nyonya terletak di 33 Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya.

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/18

    Leave a Reply

    Raja Alias

    Segamat

    Kuantan

    G. Musang

    Trolak

    J. Bahru

    Terengganu

    Mempaga

    A. Setar

    Jengka

    Sahabat