Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Mangsa bunuh dicampak ke sungai Posted: 25 Apr 2013 04:52 AM PDT MELAKA: Mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh, ditemui di sebatang sungai berhampiran tapak meletak kenderaan berat di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh di sini hari ini. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Melaka Supt P.R. Gunarajan berkata mangsa berusia lingkungan 40-an itu dijumpai tersangkut di celah pokok tumbang dan sampah di sungai berkenaan oleh seorang pengawal keselamatan kira-kira 7.15 pagi ini. "Pemeriksaan awal mendapati mayat lelaki tanpa dokumen pengenalan diri itu mempunyai kesan kecederaan di kepala dan tangan kirinya dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul," katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, polis percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke dalam sungai berkenaan dalam tempoh 24 jam. Katanya mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sehubungan itu, Gunarajan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau kehilangan anggota keluarga supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/25 |
Pengarah syarikat didakwa tipu kakitangan Kementerian Pertahan Posted: 25 Apr 2013 01:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap enam pertuduhan menipu pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan berhubung khidmat pembaikan pelancar peluru berpandu enam tahun lepas. Ab. Rahim Ghalim, 55, pengarah Syarikat ARG Sdn Bhd, didakwa menipu pegawai dan kakitangan kementerian itu dengan memperdaya mereka untuk mempercayai syarikat itu telah melaksanakan khidmat pembaikan enam pelancar peluru berpandu. Perbuatan itu telah mendorong pegawai dan kakitangan kementerian itu membuat pembayaran yang kesemuanya berjumlah RM888,000 ke dalam akaun Affin Bank milik syarikat itu, yang mana mereka tidak akan membuat pembayaran itu sekiranya tidak diperdayakan. Ab. Rahim yang ditangkap hari ini, didakwa melakukan kesalahan itu di Cawangan Urusan Bil, Unit Pertahanan Ruang Udara, Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak di sini pada 5 Mac 2007. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/25 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |