{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Anak mati, ibu parah ditembak

Posted: 26 Apr 2013 02:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mati manakala ibunya cedera parah ditembak di hadapan lampu isyarat di bulatan Taman Billion, Cheras di sini hari ini.

R. Karikaalan, 29, mati ketika dalam perjalanan ke hospital setelah terkena
dua dari 10 das tembakan yang dilepaskan dua lelaki yang menaiki sebuah

motosikal.

Kejadian pada pukul 11.30 pagi itu turut menyebabkan ibu Karikaalan yang

berusia 60 tahun cedera di lengan kanan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata ketika
kejadian, Karikaalan bersama ibunya dalam perjalanan dari Ampang untuk ke
rumahnya di Taman Puchong Hartamas.

"Ketika berhenti di lampu isyarat itu, sebuah motosikal yang dinaiki dua
lelaki memakai topi keledar bercermin gelap menutup muka menghampiri kenderaan
jenis Nissan Livina berwarna hitam yang dinaiki mangsa dan ibunya dan melepaskan
tembakan," katanya kepada pemberita di sini.

Ku berkata berdasarkan siasatan awal, polis percaya kemungkinan mangsa
dibunuh kerana terlibat dalam pergaduhan dengan satu kumpulan di Puchong sebelum
ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/26

Suspek baling bom petrol diburu

Posted: 26 Apr 2013 12:51 AM PDT

Ipoh: Polis sedang memburu tiga remaja yang dipercayai membaling dua bom petrol ke arah Bilik Gerakan Barisan Nasional di Jelapang semalam.

Jurucakap media pilihan raya umum ke-13 kontinjen polis Perak, Supt Maszely Minhad berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil atau menghubungi balai polis terdekat.

"Kita sedang menjejaki suspek melalui maklumat yang kita perolehi setakat ini.

Namun ia belum mencukupi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Akta Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api yang boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun," katanya di sini, hari ini.

Beliau turut mengingatkan semua penyokong parti agar mematuhi undang-undang dan tidak sengaja melakukan kerosakan atau khianat terhadap mana-mana parti bertanding.

Dalam pada itu, Maszely berkata polis menerima 11 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya dan telah membuka tiga kertas siasatan semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/26

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat