Harian Metro: Rap
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Rap |
Ingin berjaya sampai Paris, New York Posted: 19 Apr 2013 07:25 AM PDT Amat jarang industri seni tanah air memiliki pelakon lelaki yang mempunyai ketinggian melebihi enam kaki. Itulah kelebihan yang dimiliki pendatang baru dalam bidang lakonan, Ahya Alumuddin Rosli yang berdiri setinggi 189sm dengan berat badan 76 kilogram. Dengan ketinggiannya itu maka tidak hairanlah dia terlebih dulu bergelar model atau peragawan sebelum menceburi dunia lakonan. Dikenali dengan nama pentasnya, Ahya U Rosli, jejaka ini pastinya membanggakan ibunya, aktres handalan Normah Damanhuri. Mengimbas kemaraannya dalam dunia glamor, Ahya, 26 akui perubahan hidupnya bermula apabila dia meletakkan gambarnya dalam laman sosial myspace.com suatu ketika dulu. Kagum dengan ketinggian yang jarang ada pada lelaki Melayu berserta senyumannya yang manis, seorang wartawan daripada majalah tempatan lantas menghubunginya bagi mengadakan satu sesi fotografi.
Setahun selepas itu saya menyertai pertandingan Ford Supermodel Search anjuran Supermodel Amber Chia dan saya menang tempat kedua," katanya. Pada 2011, Ahya mewakili negara ke pertandingan Mr Asia di Hong Kong dan dia berjaya tersenarai dalam 16 finalis. Meskipun tidak berjaya meraih gelaran juara, Ahya tetap berbangga dengan pencapaian itu kerana dia satu-satunya lelaki Melayu dan rakyat Malaysia yang bertanding. Terbaru dan menambahkan lagi profil dirinya selaku anak Malaysia yang berjaya di pentas peragaan, dia memenangi trofi Model of The Year 2013 Malaysia. Mengiring kejayaannya itu, Ahya bukan saja berjaya mencipta nama antara model yang sedang laris kini malah dia banyak menerima undangan memperagakan jenama antarabangsa di rantau Asia khususnya Hong Kong. "Memasuki pertandingan model antara platform terbaik untuk saya memahat nama dalam dunia peragaan. Kini saya berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Hong Kong. Impian saya ingin menakluki pentas peragaan di kota fesyen yang lain pula seperti di London, Milan, Paris dan New York. "Untuk mencapai hasrat itu, agensi modeling Wu yang berpengkalan di Malaysia sedang merangka strategi mempromosikan saya di peringkat dunia," katanya. Petua jaga bentuk badan Sebaik saja bergelar model, bukan saja rutin harian Ahya berubah, tetapi menu makannya juga tidak seperti dulu. Malah Ahya tidak lagi menyentuh nasi, makanan berlemak, bergula, berkanji atau bergoreng. Bukan itu saja, Sushi yang paling disukainya pun kini sudah terkeluar daripada senarai menu hariannya. Kata Ahya, dia sekarang lebih banyak mengambil makanan yang tinggi kandungan protein. "Kalau saya makan telur, hanya ambil yang putih saja. Saya mesti kena kekalkan bentuk tubuh yang baik. Untuk bina badan, seorang model mesti mempunyai kandungan lemak yang rendah di dalam badan. Sekarang kandungan lemak dalam tubuh saya adalah sebanyak lima peratus saja. Kalau banyak lemak, ia tidak akan membentuk otot terutama pada bahagian perut. "Di jimnasium saya dilatih oleh jurulatih peribadi iaitu Izuddin Anuar yang juga juara bina badan Mr KL. Dia juga menyediakan senarai makanan yang perlu diambil dan yang mana pula terpaksa dielakkan. Saya minum air tanpa gula. Bukan senang untuk bersaing dengan model bangsa asing terutama orang kulit putih kerana mereka dikurniakan pakej lengkap sebagai seorang model - tinggi dan kacak. "Saya pula berwajah Melayu asli dan terpaksa mengatasi kehebatan mereka dengan memiliki tubuh badan yang menarik. Model kulit putih tidak begitu menjaga bentuk badan kerana mereka tahu aset semula jadi yang ada pada mereka sudah cukup memadai untuk 'berjalan' di pentas 'catwalk'," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/20 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |