Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 21 Apr 2013 11:56 AM PDT Kuala Lumpur: Calon Barisan Nasional (BN) DUN Lembah Jaya, Datuk Baderisham Jolly kecewa dengan masalah banjir di kawasannya yang tidak selesai walaupun banyak kali dilaporkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT). Justeru, beliau berjanji menyelesaikan masalah yang sering dihadapi penduduk itu secepat mungkin sekiranya diberi kepercayaan untuk menjadi wakil rakyat.
"Justeru saya akan memastikan semua mangsa menerima bantuan secepat mungkin dan masalah banjir ini segera diselesaikan," katanya ketika melawat beberapa rumah di Kampung Tasik Permai, di sini, yang ditenggelami air petang semalam.
BADERISHAM melawat mangsa banjir di Kampung Tasik Permai, semalam. Sebelum itu, Baderisham yang juga calon muka baru bertemu penduduk bagi sesi suai kenal dan minum petang.
"Saya menyeru penduduk di Lembah Jaya membuka mata dan memilih pemerintah yang lebih berkaliber untuk mentadbir kawasan ini," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/22 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |