Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Selangor A julang Piala Tan Sri Murad Ahmad
- SPAD hargai sumbangan ahli persatuan teksi
- Majlis amal kutip bantuan untuk rakyat Palestin
Selangor A julang Piala Tan Sri Murad Ahmad Posted: Selangor A julang Piala Tan Sri Murad AhmadZULKIFLI (berdiri, tiga dari kiri) bersama pasukan Selangor A yang memenangi Kejohanan Bola Sepak Piala Tan Sri Murad Ahmad Kali ke-30 di Taiping, Perak baru-baru ini. MENANG. Pasukan Selangor A menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Tan Sri Murad Ahmad Kali ke-30 Jabatan Penjara Malaysia 2013 yang berlangsung di Taiping, Perak baru-baru ini. Naib juara pula disandang pasukan Negeri Sembilan manakala tempat ketiga dikongsi Kedah A dan Pahang A. Kejohanan tersebut melibatkan 20 pasukan dari Jabatan Penjara seluruh negara dan hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar. |
SPAD hargai sumbangan ahli persatuan teksi Posted: SPAD hargai sumbangan ahli persatuan teksiSYED HAMID (tengah), Mohd. Nur (dua dari kiri) bersama sebahagian daripada ahli persatuan-persatuan teksi pada Malam Penghargaan Industri Teksi 2013 di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. RAI. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) meraikan ahli persatuan-persatuan teksi pada Malam Penghargaan Industri Teksi 2013 yang berlangsung di Royale Bintang Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Majlis itu bertujuan bagi menghargai ahli persatuan tersebut yang bernaung di bawah SPAD sepanjang tempoh perkhidmatan dan berkhidmat mengerakkan nadi sistem pengangkutan negara. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar merakamkan penghargaan kepada pengusaha teksi yang sentiasa memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Turut hadir pada majlis yang sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Kamal. |
Majlis amal kutip bantuan untuk rakyat Palestin Posted: Majlis amal kutip bantuan untuk rakyat PalestinSYEIKH ABDUL RAHMAN (empat dari kanan), Abdul Aziz (lima dari kanan) menerima BANTUAN. Bahagian Perkhidmatan Klinikal Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Bertam, Pulau Pinang menganjurkan Hari Tanah Palestin di kampus institut itu baru-baru ini. Majlis yang dianjurkan bersama dengan Unit Hal Ehwal Islam Universiti Sains Malaysia (USM) itu dihadiri kira-kira 100 warga IPPT bagi memperingati 28 Mac yang merupakan tarikh tanah Palestin dijajah rejim Zionis. Pada majlis itu, orang ramai diberi gambaran sebenar mengenai situasi terkini di Gaza oleh pensyarah di Muasasah Dar al-Quran Al Karim Wa Sunnah Gaza, Syeikh Abdul Rahman Ajjamal. Turut hadir Pengarah IPPT, Prof. Abdul Aziz Tajuddin dan Timbalan Pengarah Klinikal IPPT, Dr. Muhamad Yusri Musa. Sebanyak RM2,300 berjaya dikumpul pada program tersebut untuk disumbangkan kepada umat Islam Palestin. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |