Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 100 peserta menerima pingat i-Envex, MIYIO 2013
- Seminar pupuk kesedaran halal kepada masyarakat
- Sup Berkat di Gerai Kambing Golek BMX jadi tumpuan
100 peserta menerima pingat i-Envex, MIYIO 2013 Posted: 100 peserta menerima pingat i-Envex, MIYIO 2013
TAHNIAH. Kira-kira 100 peserta telah menerima pingat dan hadiah masing-masing setelah mencipta kejayaan sempena International Engineering Invention dan Innovation Exhibition (i-Envex) dan Malaysia Young International Young Inventors Olympiad (MIYIO) 2013 di Kangar, Perlis baru-baru ini. Pada majlis penutupan program itu yang diadakan di Dewan Kapitol, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu, sebanyak 26 pingat emas, perak dan gangsa termasuk lapan anugerah khas diberikan kepada para pemenang tersebut. i-Envex merupakan pertandingan dan pameran bagi mengasah bakat inovasi mahasiswa di negara ini dan antarabangsa manakala MIYIO pula merupakan anugerah inovasi bagi kategori peringkat sekolah menengah. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menghadiri majlis penutupan tersebut. Turut hadir Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin. | |
Seminar pupuk kesedaran halal kepada masyarakat Posted: Seminar pupuk kesedaran halal kepada masyarakatZABIDAH (lima dari kanan), Nordin (kiri) beramah mesra bersama sebahagian peserta Seminar Keusahawanan Kepenggunaan dan Penguatkuasaan Halal Negeri Selangor 2013 di UPM, Serdang, Selangor kelmarin. KEUTAMAAN. Sebanyak 500 peserta telah menghadiri Seminar Keusahawanan, Kepenggunaan dan Penguatkuasaan Halal Negeri Selangor anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Institut Pembangunan Pengurusan Johor di UPM, Serdang, Selangor kelmarin. Pengarah Urusan AIM, Datuk Zabidah Ismail berkata, tujuan utama seminar itu adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan kepenggunaan serta keperluan sijil halal Malaysia. "Apabila kita bercakap mengenai halal dan haram, persepsi masyarakat kini sudah berubah. Ia bukan saja hanya merangkumi keperluan diri tetapi merangkumi keseluruhan aspek kehidupan. "Perkara ini turut disokong dengan trend umat Islam kini yang semakin sedar tentang pengambilan makanan dan produk halal dengan ketara," katanya. Turut hadir Pengarah Pusat Transformasi Komuniti UPM, Prof. Madya Dr. Nordin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Marzuki Husin dan Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor, Azizan Ariffin. | |
Sup Berkat di Gerai Kambing Golek BMX jadi tumpuan Posted: Sup Berkat di Gerai Kambing Golek BMX jadi tumpuanYON NOR (kiri) bersama sebahagian pelanggannya di Gerai Kambing Golek BMX, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini. TERBAIK. Jika anda ingin menikmati sup kambing bakar percuma, anda boleh mengunjungi Gerai Kambing Golek BMX pada setiap hari Ahad di Jalan Bangsawan, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Menurut pengusaha gerai tersebut, Yon Nor Azman Bidin, sup percuma itu diberikan kepada orang ramai selagi dia berkemampuan sebagai tanda syukur dengan rezeki yang diperoleh sejak dia memulakan perniagaan tersebut. "Sebab itu, saya panggil ia Sup Berkat kerana tulang-tulang daging kambing golek yang sudah diperap dengan ramuan rempah ratus istimewa dijadikan sup telah memberikan satu rasa yang cukup unik," katanya. Tambah beliau, sambutan dan permintaan kambing golek yang diusahakan sejak beberapa bulan lalu semakin bertambah apabila menerima pelbagai tempahan untuk majlis kenduri kahwin dan kesyukuran. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |