Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Pondan didakwa menyamar doktor Posted: Pondan didakwa menyamar doktorOleh ROSLI HASSAN
MELAKA – Seorang pondan berdepan hukuman penjara tujuh tahun atau denda selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan menyamar sebagai doktor sejak Januari lalu. Hasni Jamal Aripin, 26, atau dikenali dengan gelaran Dr. Ika bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif. Mengikut pertuduhan, Hasni didakwa menipu Norman Mohd. Norawai, 41, dengan menyamar sebagai Doktor Norzulaikha Jamaluddin dan menyerahkan dokumen sijil Perakuan Amalan Tahunan yang diketahui tertuduh sebagai palsu. Perbuatan itu mendorong Norman menyerahkan RM8,280 sebagai gaji dan dia tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdaya tertuduh. Kesalahan itu didakwa berlaku antara 15 Januari hingga 11 April lalu di Dr. Norman Clinic Sdn. Bhd., No. 28, Jalan MJ1, Teman Merdeka Jaya, Batu Berendam di sini. Klinik itu dimiliki oleh Norman. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Amirbahar hadapi hukuman matiKUALA LUMPUR – Anak saudara kepada Jamalul Kiram yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram semalam didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, Sabah atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas. Datu Amirbahar, (gambar) bakal berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan iaitu melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Dia yang dianggap sebagai Menteri Pertahanan Kerajaan Kesultanan Sulu juga didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan. Amirbahar, 49, dari Jolo, selatan Filipina didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kampung Tanduo, Lahad Datu antara 9 Februari dan 23 Mac lalu. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang ditangkap pada 23 Mac lepas ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Suluk di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S.Maniam yang bersidang sebagai Majistret. Pendakwaan diketuai Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Datuk Nordin Hassan dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar, kedua-duanya dari Pejabat Peguam Negara, Putrajaya dan Timbalan Pendakwa Raya Lahad Datu, Shukor Abu Bakar. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Kehilangan besar buat negaraOleh SHAHERMAN SHAMSURI, RAFIDAH MOHD. NAZARI dan NURUL NAFISAH MAZLAN NAJIB menyampaikan piala Anugerah Mutiara Pertiwi kepada Aishah (tengah) di Kuala Lumpur pada tahun 2007. KUALA LUMPUR – Pemergian veteran UMNO, Allahyarham Tan Sri Aishah Ghani, 90, semalam merupakan kehilangan besar kepada perjuangan wanita dan politik di negara ini. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Allahyarham merupakan seorang wanita yang istimewa kerana komited dalam perjuangan politik. "Sifat yang ada pada diri Aishah dalam mengekalkan perpaduan dalam parti amat berbeza dengan wanita yang ada pada zaman ini. "Ini terbukti semasa saya datang melawatnya sekitar bulan lalu, beliau masih lagi membincangkan mengenai politik walaupun keadaannya ketika itu tidak sihat," katanya selepas menziarah jenazah Allahyarham di Damansara di sini semalam. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Najib dalam satu kenyataan berkata, pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar kepada negara dan jasanya akan sentiasa dikenang. "Bagi ahli UMNO, Allahyarham patut dijadikan contoh atas kesetiaannya kepada parti apabila mengabdikan hayatnya bagi perjuangan UMNO," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |