Kosmo Online - Pemotoran
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Pemotoran |
Realistik atau sekadar kempen populis? Posted: Realistik atau sekadar kempen populis?Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN ISU penurunan harga kereta sebenarnya sudah lama. Jika diimbas kembali pada tahun 2006, kerajaan sudah pun melakukannya buat pertama kali. Isu turunkan harga atau lebih senang penghapusan cukai sebenarnya merupakan agenda ekonomi global atau yang selalu kita dengar sebagai globalisasi. Matlamat utama globalisasi ekonomi adalah untuk menghapuskan sebarang halangan bagi kemasukan produk atau perkhidmatan ke sesebuah negara. Halangan ekonomi tidak terhad kepada cukai sahaja. Ia turut hadir dalam pelbagai bentuk seperti kuota import, standard atau birokrasi. Harus tahu bahawa halangan adalah perkara biasa dalam pelaksanaan ekonomi globalisasi. Sekiranya di Malaysia perlindungan diberi kepada industri automotif, di negara lain berbeza pula industri yang ingin dilindunginya. Melindungi industri Di peringkat negara-negara ASEAN, ada satu perjanjian bebas yang dikenali sebagai Zon Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). Objektif utama AFTA adalah untuk mewujudkan suasana kompetitif dan menarik lebih banyak pelaburan asing ke negara ASEAN. Negara-negara ASEAN yang terlibat sudah pun mematuhi apa yang patut dipersetujui melalui perjanjian tersebut sementara Malaysia telah memohon penangguhan dalam sektor automotif. Sebab itu ada orang kita yang pulang melancong dari Indonesia mengadu harga kereta di sana lebih murah. Mereka yang ke luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom atau Jepun juga biasanya akan merungut benda yang sama. Tidak perlu contoh jauh sebenarnya, jika disemak harga kereta di Pulau Langkawi pun rakyat sudah boleh lihat perbezaan struktur cukai yang dikenakan. Hakikatnya, kerajaan mengenakan cukai yang lebih kerana mengikut pendapat mereka, industri automotif tempatan perlu dilindungi. Selain itu, cukai kenderaan merupakan hasil pendapatan negara. Walau bagaimanapun, kerajaan tetap harus menurunkan cukai dalam masa beberapa tahun lagi bagi mematuhi perjanjian AFTA sepenuhnya. Dalam sektor automotif, Thailand dilihat lebih ke hadapan dalam menarik pelabur asing hingga digelar sebagai Detroit of the Asia. Ini boleh dilihat dengan kehadiran pengeluar utama dunia seperti Ford dan Toyota yang menjadikan negara itu sebagai pangkalan penting dalam mengeksport model-model mereka. Liberalisasi harga Namun, matlamat utama AFTA ialah untuk berkongsi kekayaan, jika semuanya tertumpu kepada Thailand sahaja maka itu adalah suatu yang tidak seimbang. Mujur, Honda menjadikan Malaysia sebagai pangkalan untuk mengeksport kereta penumpang seperti Honda City dan Honda Accord ke Thailand. JIKA harga kereta baharu diturunkan secara mendadak, nilai kereta terpakai akan menerima kesan paling teruk. Ironinya, Malaysia adalah peneraju industri automotif dengan pengenalan Proton, Perodua dan Modenas. Malangnya sekarang Thailand lebih mendahului. Tidak dinafikan kos murah antara faktor kenapa pelabur asing suka ke Thailand. Tidak duduk diam, kerajaan dikatakan telah menyemak semula Dasar Automotif Nasional dan khabarnya tumpuan akan diberikan kepada industri kenderaan cekap tenaga. Ini boleh dilihat dengan cukai kenderaan hibrid yang rendah serta program pemasangan Honda Jazz Hybrid di Melaka. Kerajaan juga dilihat sudah lebih berkompromi dalam isu harga kereta. Kita boleh lihat bagaimana segmen kereta bandar diliberalkan. Harga Nissan Almera misalnya bermula daripada RM66,000. Itu sebenarnya sudah memasuki lingkungan harga kereta nasional. Kia juga agresif, lihat bagaimana mereka meletakkan harga produk-produk mereka. Jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kereta Jepun. Harus tahu, Forte ialah antara pesaing utama Proton Inspira. Untuk pilihan raya ke-13, Pakatan Pembangkang telah membuat hantaran bulu tangkis dengan janjinya untuk menurunkan cukai sebanyak 100 peratus dengan kadar 20 peratus setiap tahun selama lima tahun. Sedikit lambat untuk menyambut bola tangkis tersebut, kerajaan mengumumkan penurunan cukai sebanyak 20 hingga 30 peratus secara beransur-ansur. Tidak kira apa pun keputusannya, hasil akhirnya nanti sama ada 100 peratus atau 30 peratus yang turun, rakyat tetap akan menikmati penurunan cukai kereta. Nampak dan rasa seperti seronok, tetapi apa yang sebaliknya bakal berlaku ialah kereta yang anda miliki sekarang ini akan mempunyai nilai hangus. Nilai kereta anda akan jatuh akibat daripada penurunan harga kereta baharu. Senarionya mudah. Jika sebuah Honda Jazz baharu kelak berharga RM70,000 tidak mungkin Honda Jazz yang sudah anda guna selama tiga tahun dengan harga belian lebih mahal mempunyai nilai yang sama. Secara automatiknya nilai Honda Jazz anda akan turut jatuh. Bayangkan jika baki pinjaman bank masih lagi ada RM70,000 sedangkan nilai semasa sekitar RM60,000. Secara langsungnya, baki pinjaman lebih tinggi daripada nilai semasa dan anda harus menunggu hingga nilai pinjaman berkurangan atau pun pandu sampai reput sahaja! ISU harga kereta yang mahal sudah lama menjadi topik hangat dalam kalangan rakyat negara ini. Semak kembali syarat pinjaman Menikmati harga kereta yang murah memang indah. Namun kesannya harus difikirkan juga. Walau bagaimanapun, contoh yang saya nyatakan itu hanyalah kesan sementara atau untuk satu kitaran sahaja. Selepas cukai habis diturunkan mengikut apa yang dijanjikan oleh kerajaan dan hutang pula telah dilangsaikan, barulah anda boleh menikmati harga baharu kereta dengan senyuman. Namun begitu, untuk mengekang kesan melampau akibat penurunan harga secara mendadak, kerajaan boleh mengambil model negara jiran seperti Indonesia atau Thailand. Di sana, walaupun harga kereta murah, tetapi akses kepada kereta adalah sukar. Di negara kita, jumlah pinjaman adalah 90 peratus, kadar faedah pinjaman bank rendah dan tempoh pinjaman pula panjang. Jadi dengan akses sedemikian tidak hairanlah ramai sungguh yang membeli kereta baharu. Faktanya pula ramai juga yang bankrap dek kerana gagal membayar pinjaman kereta. Di negara jiran, rakyatnya tidak menikmati kemudahan tersebut walaupun harga kereta murah. Apa yang boleh kerajaan lakukan adalah dengan menyemak kembali syarat pinjaman. Misalnya mengurangkan jumlah pinjaman kepada 80 hingga 70 peratus. Selain mengurangkan tempoh pinjaman dari sembilan tahun kepada tujuh atau enam tahun sahaja. Lebih rigid, kereta kedua atau ketiga dihadkan jumlah pinjamannya sebanyak 50 peratus sahaja. Ada satu cara lagi ialah dengan mengekalkan harga sedia ada, tetapi dengan penambahan nilai. Misalnya Proton Preve CFE yang berharga RM73,000 dibesarkan lagi pakej standardnya seperti penambahan beg udara, kit badan, insurans, servis percuma dan waranti yang lebih lama tanpa sebarang penambahan harga. Cara-cara tersebut boleh dibuat dalam tempoh sehingga pasaran stabil. Ia juga dilihat dapat mengekang kebanjiran pembelian baharu. Pada masa yang sama memelihara harga kereta semasa dan industri kereta terpakai. |
Posted: Nissan X-Trail semakin sportyNISSAN X-Trail tampil maskulin dengan rekaan bampar hadapan dan lampu baharu. EDARAN Tan Chong Motor (ETCM) baru-baru ini memperkenalkan model Nissan X-Trail 2.0 yang lebih segar dan sporty. SUV ini menawarkan rakyat Malaysia sebuah kenderaan penumpang yang mewah dan kemampuan menyusuri laluan off-road. Nissan X-Trail baharu yang diimport sepenuhnya ini menawarkan keselesaan premium yang sewajarnya ada pada sebuah SUV. Penampilannya sporty menerusi gril dan bampar hadapan, lampu utama baharu, rekaan lampu cerah, lampu belakang LED serta lampu brek. ETCM turut meningkatkan keselesaan premium Nissan X-Trail baharu dengan tona dalaman gelap bagi menambah baik ambien kabin. Stereng, brek parkir dan tuil gearnya kini dibalut kulit. Di samping rekaan meter visi dengan gegelung krom, sistem audio baharu bersama skrin sentuh navigasi multimedia 6 inci, kamera undur dan fungsi pemanas/penyejuk pada ruang penyimpanan barang hadapan. RUANG kabin menggunakan warna hitam sebagai latarnya. Ketika X-Trail terus memberikan praktikaliti inovatif bersama kehalusan mengagumkan dan penjimatan bahan api, Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk David Chen berkata, "Dengan pengenalan semua perubahan terkini ini, Nissan X- Trail akan terus berpegang sifatnya yang fleksibel, sekali gus menjanjikan pemiliknya dengan kelasakan di jalan biasa dan laluan off-road. X-Trail telah dibandingkan dengan kenderaan segmen D kerana prestasi mengagumkan, keselesaan dan memberikan pengalaman yang mewah." Nissan X-Trail mengekalkan ruang kargo yang terbaik dalam kelasnya. Papan bagasi yang boleh dibuka dan dibasuh, ruang penyimpanan barang dengan bilah boleh ubah dan kapasiti VDA sehingga 603 liter sememangnya diterima baik oleh para pemilik X-Trail. Jentera itu ditawarkan pada harga di atas jalan RM149,530 bersama pengenalan warna baharu, putih solid. Sempena pengenalan Nissan X-Trail 2.0 baharu, ETCM akan mengadakan kempen promosi dikenali sebagai 'Which Road X-Cites You?' dan 'X-travaganza'. Kempen Which Road X-Cites You?" turut membawa tiga lagi model Nissan yang berkongsi sifat sama - Pengembaraan. Kempen ini mengajak rakyat Malaysia untuk menikmati pengalaman (X-Perience) Nissan X-Trail, meneroka (X-Plore) Nissan Navara dan teruja (X-CITED) dengan Nissan X-Gear! Untuk tempoh terhad, promosi 'X-travaganza' pula menawarkan rebat menarik sehingga RM10,000 (dalam bentuk nilai) dan pelbagai hadiah untuk model-model Nissan terpilih. BAHAGIAN belakang diserlahkan dengan rekaan lampu LED baharu dan spoiler. Maklumat lanjut mengenai Nissan X-Trail 2.0 baharu, kempen atau promosi "X-travaganza", sila hubungi Hotline Khidmat Pelanggan ETCM di talian Toll percuma: 1800-88-8368 atau layari laman web: www.nissan.com.my |
Posted: Motosikal untuk rakyatOleh SHAWKATH AZDE MR1 menawarkan penggunaan bahan api yang boleh dikelaskan sebagai efisien dan tidak membebankan. SESI tunggang uji minggu ini membabitkan Modenas Kriss MR1 yang menjengah pasaran pada akhir tahun 2011. MR1 mendokong maksud Motosikal Rakyat 1. Produk Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) itu dilihat sebagai pelaksanaan satu tanggungjawab sosial untuk menawarkan produk mampu milik berkualiti kepada para pengguna. Sejak diperkenalkan sehingga 31 Januari 2013, jumlah jualan produk buatan Malaysia itu telah mencecah paras 32,000 unit. Baru-baru ini, saya berpeluang menunggang uji Kriss MR1. Sesi ujian diadakan di sekitar ibu negara dan Selangor. Untuk menghidupkannya, anda boleh memilih sama ada menggunakan butang penghidup elektrik atau penendang kaki. Saya mendapati kedudukan penendang kaki MR1 terkeluar sedikit sehingga bersentuhan dengan betis kaki kanan. MR1 memberi tindak balas kuasa yang amat bersesuaian dengan kapasiti enjinnya iaitu jenis empat lejang silinder tunggal SOHC. Jimat minyak Sistem karburator SPACO AV18-P dan kotak gear empat kelajuan dengan sistem putaran (rotary) didatangkan sebagai pelengkap kepada rangkaian kuasa MR1. METER model MR1 sememangnya cukup ringkas dengan paparan maklumat semasa. Sistem operasi gearnya lancar, cuma pedal belakang sedikit lembut sewaktu menurunkan gear. Kadar kekerasannya berbeza dengan pedal gear hadapan. MR1 dilengkapi sebuah tangki petrol berukuran 4.3 liter. Jika mengisi penuh tangki itu dengan RON95, belanja yang diperlukan adalah sebanyak RM8.20. Saya mengadakan tiga siri ujian untuk mengukur aspek penjimatan petrol. Setiap ujian membabitkan nilai pengisian sebanyak RM5 (2.63 liter). Jarak diperoleh pada sesi tunggangan pertama adalah sejauh 96 kilometer (km). Kadar kelajuan pada ketika itu antara 100km sejam (km/j) hingga 120km/j. Kelajuan tunggangan dikurangkan kepada 80km/j hingga 100km/j bagi sesi kedua. Catatan diperoleh ialah 130km sebelum jarum petunjuk minyak jatuh di bawah paras E (kosong). Tunggangan ketiga yang lebih santai dan berjaya merekod jarak perjalanan sejauh 142km dengan purata kelajuan antara 60-100km/j. Tugas memperlahankan dan memberhentikan MR1 diserahkan kepada brek jenis gelendong pada kedua-dua roda. Saya mendapati pelana tebal MR1 menawarkan keselesaan pada bahagian punggung dan pinggang sepanjang sesi tunggang uji diadakan. Motosikal seberat 98 kilogram itu sememangnya cukup mudah untuk mengharung kesesakan lalu lintas. Kestabilan tunggangan dibantu oleh fork hadapa n dan suspensi kembar belakang. PENCAHAYAAN set lampu belakang cukup cerah dan jelas kelihatan ketika tunggangan malam. Kedua-dua komponen itu tidaklah terlalu keras atau lembut. Bagaimanapun, gegaran masih boleh dirasai apabila terpaksa menyusuri laluan tidak rata atau berlubang. Biarpun jarak perjalanan pada meter jentera tunggang uji sudah mencecah paras 3,300km, saya menyedari bahawa tiada sebarang bunyi atau getaran daripada mana-mana bahagian cover set. Menyentuh soal pencahayaan ketika tunggangan malam, suluhan lampu utamanya boleh disifatkan sebagai memuaskan. Prestasi kedua-dua lampu isyarat membelok dan lampu brek belakang juga cukup cerah. Modenas MR1 ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu biru putih, merah putih dan oren putih. Harga jualan asas ialah RM2,948 seunit. Harga itu tidak termasuk insurans, cukai jalan dan lain-lain caj. Jaminan yang diberikan adalah selama satu tahun atau jarak perbatuan 10,000km (mana-mana tiba dulu). |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |