{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Stailo

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Stailo


Asia di pentas peragaan antarabangsa

Posted:

Asia di pentas peragaan antarabangsa

Asia di pentas peragaan antarabangsa

Susunan HAFIZ AHMAD

NAMA Thakoon Panichgul, 39, mula dikenali dalam persada fesyen antarabangsa apabila Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Michelle Obama menyarungkan busana kimono Radzimir pada tahun 2008. Busana paras lutut itu sangat cantik dengan kombinasi rona hitam dan merah serta cetakan flora.

"Pada awal pembabitan, saya tidak mendapat sebarang pekerjaan di rumah fesyen kerana tidak mempunyai pengalaman sebagai seorang pereka.

"Oleh itu, saya mula berusaha untuk membuktikan kemampuan dan kebolehan diri," ujar Thakoon ketika diwawancara oleh media antarabangsa.

Mengimbas kembali perjalanan kerjayanya, Thakoon beranggapan tidak mampu bertahan lama kerana kerjaya itu memerlukan kekentalan yang tinggi.

"Setiap hari selepas bangun tidur, saya hanya berfikir membeli fabrik untuk dijahit keesokan harinya," kata Thakoon.

Bagaimanapun, pada hari ini busana pereka kelahiran wilayah Nakhon Phanom, Thailand itu telah menjadi pilihan ramai selebriti terkenal. Antaranya, Demi Moore, Charlize Theron dan Sarah Jessica Parker.

Dia berpindah bersama keluarga ketika berusia 11 tahun ke bandar Omaha, Nebraska, AS. Ketika itu, dia menghadapi kesukaran menguasai bahasa Inggeris.

Begitupun, dia minat membaca majalah-majalah fesyen terutamanya Vogue.

Menceburi dunia Fesyen

Selepas menamatkan pelajaran dan menggenggam ijazah perniagaan dari Universiti Boston, Thakoon berpindah ke New York untuk mencuba nasib dalam dunia fesyen.

Dia bermula sebagai penulis fesyen dan pada masa sama belajar membuat rekaan sendiri. Pada tahun 2001, Thakoon melanjutkan pelajaran dalam bidang itu di institusi fesyen terkenal, Parsons School of Design.

Tiga tahun kemudian, Thakoon mengeluarkan koleksi sedia pakai pertamanya yang mendapat respons positif daripada media dan penggiat fesyen. Tuah menyebelahi Thakoon apabila ketua editor majalah Vogue Amerika, Anna Wintour turut melahirkan rasa kagum dengan rekaan kreatifnya.

"Ketika mempamerkan lakaran koleksi musim luruh pada tahun 2004 kepada media, beberapa staf majalah Vogue menemui saya. Mereka meminta saya membawa lakaran tersebut kepada Anna.

"Ketika bertemu Anna, dia tidak bercakap langsung dengan saya. Hanya 'Hi' dan 'Bye', tumpuannya terarah kepada penerangan saya selama hampir 15 minit. Walaupun gugup, saya fokus kepada butiran-butiran dan perincian koleksi itu," imbas Thakoon.


MODEL dari Afrika Selatan, Candice Swanepoel menggayakan koleksi musim bunga 2012 rekaan Prabal.


Perubahan hidup

Pertemuan tersebut mengubah hidup Thakoon secara total. Malah, Anna turut mencadangkan kepada syarikat pakaian kasual, Gap, untuk mengeluarkan koleksi edisi terhad jenama tersebut.

Walaupun sudah mencipta nama di peringkat antarabangsa, dia tidak pernah melupakan kepayahan ibunya membesarkan dia dan abangnya.

"Ibu saya bekerja sebagai tukang jahit di sebuah syarikat bulu yang membuat baju kot. Dia berkhidmat lebih 20 tahun semata-mata mencari rezeki membesarkan kami dua beradik. Kerjaya tersebut langsung tidak glamor tetapi saya tetap berbangga dengan ibu," jelas Thakoon.

Berbicara mengenai penglibatan orang Asia dalam industri fesyen, Thakoon melihat situasi tersebut sebagai satu persaingan sihat.

"Pada saya, orang Asia sudah lama berada dalam industri fesyen antarabangsa. Jika anda pergi ke rumah fesyen di New York, London, Paris atau Milan, mereka bekerja di belakang tabir. Ada yang menjadi tukang jahit dan membuat corak. Mereka membantu industri tersebut berkembang setapak ke hadapan.

"Ketika saya baru menapak dahulu, pereka Derek Lam melancarkan koleksinya. Saya berpendapat, jika seorang berbangsa Asia berjaya menempa nama, saya juga boleh melakukan perkara sama, " katanya.

Seorang lagi pereka fesyen kelahiran Asia, Prabal Gurung, 39, turut berkongsi bibit kejayaan yang hampir sama dengan Thakoon. Busana Prabal turut membaluti Michelle.

Prabal yang dilahirkan di Singapura dan membesar di Kathmandu, Nepal telah menceburi dunia fesyen sejak empat tahun lalu.

Bantu masyarakat

Penglibatannya bukan sekadar mengejar impian semata-mata malah membantu masyarakat setempat memperoleh pekerjaan.

"Industri ini menyumbang pendapatan yang tinggi kepada ekonomi sesebuah negara selain membuka peluang pekerjaan.

"Sebanyak 98 peratus koleksi rekaan saya dicipta di New York. Justeru, ia membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat," ujarnya ketika ditemu bual oleh majalah Times beberapa tahun lepas.

Tambah Prabal, biarpun harga busananya mencecah puluhan ribu dollar, nilai itu perlu dilihat secara menyeluruh tanpa melihat pada luaran sahaja.

"Ia bermula dengan pemilihan fabrik yang dibawa dari Paris atau Itali. Kebanyakan material itu dihasilkan dengan cara tradisi untuk mengekalkan warisan dan keasliannya.


BUSANA Thakoon sentiasa mendapat perhatian selebriti antarabangsa.


Selain itu, ia turut melibatkan kajian selama berbulan-bulan dan kerja-kerja pembuatan daripada tukang jahit berpengalaman lebih 40 tahun. Kesemua itu memelihara dan menjaga adibusana negara," jelasnya.

Sewaktu mahu mengeluarkan koleksi pertamanya, Prabal bercadang memulakan perniagaan secara keci-kecilan dan sederhana.

"Saya mahu orang mengenali jenama saya melalui rekaan-rekaan busana yang cantik," jelasnya.

Minggu Fesyen New York pada Februari 2009 menjadi lokasi untuk melancarkan jenama menggunakan namanya. Sebelum itu, Prabal mengembangkan bakatnya bersama pereka, Cynthia Rowley selama dua tahun setelah menamatkan pelajaran di Parson. Seterusnya, dia dilantik sebagai Pengarah Rekaan jenama Bill Blass dan berkhidmat selama lima tahun.

Usaha Prabal dalam kerjaya tersebut tidak sia-sia apabila mendapat pengiktirafan daripada beberapa organisasi fesyen antarabangsa. Salah satu momen terbaik Prabal ketika mendapat anugerah Swarovski Council of Fashion Designers of America (CFDA) untuk kategori pakaian wanita pada tahun 2011.

Tahun ini, Prabal berkolaborasi bersama pusat beli-belah Target untuk keluaran edisi terhad yang berada pasaran Februari lalu.

Untuk jejaka arif bergaya

Posted:

Untuk jejaka arif bergaya

Untuk jejaka arif bergaya

SELUAR tema Hawaii memberi keselesaan ketika bersantai di tepi pantai.


SEMPENA meraikan ulang tahun ke-40, Pepe Jeans London menampilkan koleksi terbaharu musim bunga khas untuk kaum Adam.

Koleksi terbaharu itu diilham berdasarkan busana pakaian moden Amerika Syarikat dengan reka bentuk estetik. Ia memberi tumpuan kepada ketelitian perincian dan kekemasan untuk jejaka yang arif bergaya. Ia ditampilkan melalui empat pilihan berbeza.

Buat mereka yang meminati gaya lasak, koleksi Active pasti menepati cita rasa anda. Seluar kargo tirus bertema pemburuan menjadi pilihan utama. Gaya ini dilengkapkan dengan pilihan kasut derbi bertumit getah berwarna khaki dan mustard.

Koleksi Portobello pula menggabungkan fesyen jalanan dengan serapan moden seperti corak jalur, jaket berhud dan baju-T grafik. Seluar jean dengan pilihan warna pelbagai digayakan bersama kasut kapas lusuh atau dicelup warna.

Imej lelaki dewasa

Bersesuaian dengan cuaca tempatan, koleksi Beach direka bersahaja dalam corak vintaj ala Aloha. Cetakan kesan air dan variasi warna cerah menjadi perlambangan kepada imej lelaki dewasa. Bagi memudahkan pergerakan, sarungkan kaki anda dengan kasut mokasin bertali yang selesa dengan corak vintaj luncur ombak Hawaii atau kasut kanvas pantai dalam dua tona warna.

Koleksi Essentials memberikan pilihan pakaian yang mudah disuaipadankan seperti baju Oxford, blazer kapas dan seluar chino berpotongan ketat sebagai pelengkap gaya formal terkini.


MELANGKAH berani dengan seluar kuning terang bercorak simbol duit dollar daripada koleksi Andy Warhol.


Lupakan pakaian konvensional ke pejabat dan hadir dengan peribadi baharu melalui koleksi ini.

Selain empat pilihan utama, Pepe Jeans London turut menampilkan koleksi Andy Warhol dengan penataan segar menerusi warna-warna terang dan corak yang menonjol. Antara item yang boleh dimiliki seperti seluar jean berpotongan ketat dalam rona pudar dengan kemasan buatan tangan gaya koyak dan tampal.

Meriahkan gerobok fesyen anda dengan warna-warna terang biru Perancis, hijau kebiruan dan kuning. Ia digabungkan dengan rona pudar merah jambu, biru dan denim lusuh biru nila dalam corak Warhol yang ikonik. Ilham pelukis terkenal itu diadaptasikan melalui corak seperti bunga, simbol dolar dan grafik sup terkemuka, Campbell. - HAFIZ AHMAD

Regim baharu Olay

Posted:

Regim baharu Olay

Regim baharu Olay

Oleh HAFIZ AHMAD

KAUM wanita pasti tidak kecewa dengan produk penjagaan kulit antipenuaan daripada Olay.


PRODUK dibeli mencecah ratusan ringgit tetapi kulit wajah tetap tiada perubahan. Itulah antara hasil tinjauan yang dilakukan syarikat produk penjagaan wajah, Olay dalam laman sosial Facebook. Dalam tinjauan tersebut juga mendapati seramai 63 juta wanita di Amerika Syarikat (AS) mengabaikan produk kecantikan yang dibeli selepas tidak mendapat keputusan memberangsangkan.

Sehubungan itu, para saintis Olay telah mengaplikasikan penemuan terbaharu dalam bidang Cellular Bioenergetics untuk memahami proses penuaan kulit dan penjagaannya. Ia memberikan penyelesaian kepada wanita yang kecewa dengan produk penjagaan kulit antipenuaan.

Menurut Saintis Senior Olay, David Khoo, melalui kajian itu, mereka menemui Teori Kelemahan Kulit yang menyatakan bahawa bahan antipenuaan kurang responsif kepada kulit tua ekoran kurangnya tenaga dalam sel.

"Ia disebabkan sel tidak mempunyai metabolisme yang baik untuk bertindak balas terhadap rawatan antipenuaan. Maka, tanggapan mengenai produk tidak berkesan adalah tidak benar sama sekali," ujar David yang merujuk kepada kenyataan Saintis Kecantikan Kanan P&G, Mary Johnson.

Melawan kelemahan kulit

Tambahnya, kaedah efektif untuk melawan kelemahan kulit adalah dengan meningkatkan keupayaan sel bagi menghasilkan tenaga dan keupayaan menangani tekanan.

Diperkayakan dengan Skin Energizing Technology, Olay Regenerist Generasi Baharu terbukti berjaya mengatasi keadaan kulit lemah tidak bermaya, melembapkan kulit dan mengatasi proses penuaan dengan lebih pantas.

Ia mengandungi gabungan tiga bahan antipenuaan berkuasa tinggi iaitu Niacinamide yang membantu mengekalkan kelembapan kulit dan meningkatkan kadar pengelupasan semula jadi permukaan kulit. Selain itu, Palonitoyl Pentapeptide - 4 membantu mengurangkan garis halus dan kedutan manakala Olivem dapat meningkatkan penyerapan bahan antipenuaan ke dalam kulit.


PENJAGAAN bulu mata sama penting dengan kulit wajah yang bersih dan sekata.


Tidak hanya memberi fokus kepada kulit wajah, produk baharu Olay turut mengeluarkan item istimewa untuk mata yang cantik.

Lingkaran hitam dan kesembapan mata sering menjadi masalah kepada sesetengah wanita. Selain itu, tekstur bulu mata yang jarang dan tidak rapi mengakibatkan penampilan seseorang terjejas.

Regenerist Micro Sculpting Eye & Lash Duo menggabungkan dua kebaikan secara terus iaitu untuk merawat bawah mata dan kesihatan bulu mata.

Menurut Pengurus Latihan dan Keupayaan Serantau Olay, Susan Park, produk tersebut didatangkan dalam satu bungkusan yang mengandungi kedua-dua produk berkenaan.

"Pengguna hanya perlu memasang kedua-duanya ketika mengaplikasikan ke bahagian yang bermasalah," ujarnya ketika menunjukkan demonstrasi penggunaan produk-produk Olay kepada media, baru-baru ini.

Ujarnya, produk pertama digunakan sebagai krim merawat bawah mata. Ia mampu mengurangkan garisan halus dan membaiki tekstur kulit sekitar mata.

Produk kedua mengandungi Glycerin bertindak sebagai serum dan membantu merapikan bulu mata sehingga ke akarnya. Ia boleh mengurangkan kerosakan selain menebalkan bulu mata.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat