{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Sukan


Felda serius mahukan Safiq

Posted:

Felda serius mahukan Safiq

Felda serius mahukan Safiq

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

SAFIQ kini berada dalam senarai pemain yang menjadi buruan Felda United.


FELDA United nampaknya semakin serius untuk mendapatkan khidmat kapten skuad Harimau Malaya, Safiq Rahim yang kini beraksi dengan Johor Darul Takzim (Johor DT).

Jika kedua-dua belah pihak, Johor DT dan Felda United mencapai kata sepakat, perpindahan itu bakal menjadi kenyataan sebelum musim perpindahan pemain ditutup Isnin depan.

Berita tentang perpindahan itu yang sebelum ini dikatakan sekadar khabar angin, tidak dinafikan Setiausaha Kehormat Felda United, Kamarruddin Mohamad (gambar kecil) yang mengesahkan keputusan untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Johor DT itu, kini hanya menunggu persetujuan daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Jelasnya, proses untuk mendapatkan khidmat Safiq masih dalam proses rundingan dan berharap ia dapat diselesaikan sebelum Isnin depan.

"Buat masa ini, Felda yang menduduki tangga ke-10 liga dan Johor DT masih belum mencapai kata sepakat. Kami masih dalam proses rundingan dan saya yakin ia dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Kita tunggu dan lihat sahaja apa kesudahannya nanti," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bagi jurulatih Felda United, K. Devan, dia tanpa berselindung mendedahkan kehadiran Safiq sangat dialu-alukan yang dilihat mampu menambah sengat di bahagian tengah skuad kendaliannya itu.

Safiq pemain bukan asing buat Devan kerana kapten skuad Harimau Malaya itu pernah bekerjasama dengannya ketika mengendalikan Selangor pada musim-musim 2009, 2010 dan 2011.

Sebelum ini, Safiq turut dikaitkan dengan Sime Darby selepas dikatakan bakal dilepaskan oleh Johor DT sejak jendela perpindahan pemain mula dibuka pada 1 April lalu.

Safiq yang telah mempamerkan aksi cemerlang bersama skuad kebangsaan dan Selangor sepanjang tahun lalu telah dilamar Johor DT awal tahun ini dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan.

Begitupun, kelibatnya bersama Johor DT tidak begitu menyerlah sehingga menyaksikan Safiq agak kerap memanaskan bangku simpanan dalam beberapa perlawanan penting skuad dari selatan tanah air itu.

"Kita tunggu sahaja perkembangannya nanti, namun saya yakin kami mampu mendapatkan khidmat Safiq," jelas Kamarruddin.

Misi KOM di Sukan SEA sukar

Posted:

Misi KOM di Sukan SEA sukar

Misi KOM di Sukan SEA sukar

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my

MISI Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk memenangi tujuh pingat emas pada Sukan SEA 2013 di Myanmar hujung tahun ini, mungkin terjejas berikutan kekurangan fasiliti dan ketiadaan peralatan sukan yang sempurna buat atlet negara dalam latihan mahu pun kejohanan.

Presiden KOM, Datuk Zainal Abidin Ahmad (gambar) menjelaskan, kekurangan dana yang diperuntukkan selain penganjuran larian marathon daripada syarikat swasta tanpa kelulusan pihaknya, telah memburukkan lagi kantung kewangan dan reputasi badan utama sukan olahraga negara itu.

Sebagai contoh, jelasnya, Kejohanan Olahraga Grand Prix (GP) Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil hari ini, sepatutnya berlangsung tanpa catatan masa elektronik kerana KOM tidak mampu membeli peralatan penting tersebut.

Namun, KOM bernasib baik selepas Majlis Sukan Negara (MSN) bersedia meminjamkan peralatan elektronik tersebut kepada mereka bagi kejohanan yang turut menjadi medan melepasi had kelayakan ke Sukan SEA 2013 bagi 157 atlet olahraga negara.

"Kami diibaratkan persatuan sukan yang miskin di Malaysia kerana ketiadaan peruntukkan dan fasiliti mencukupi bagi atlet kita berlatih," kata Zainal baru-baru ini.

"Bajet yang diperoleh pun terpaksa digunakan sebaik mungkin bagi menganjurkan kejohanan-kejohanan olahraga, sehingga catatan masa elektronik pun kami tak mampu beli dan terpaksa pinjam daripada MSN bagi GP Malaysia nanti.

"Kemudahan lain yang ada di sekitar Wilayah Persekutuan pun tidak begitu sempurna bagi atlet kita menjalani latihan.

"Kompleks Sukan Kampung Pandan tidak sesuai digunakan kerana ia terbuka kepada orang ramai, begitu juga dengan balapan MSN yang turut menjadi pusat latihan kepada atlet sukan lain," jelasnya lagi.

Mengenai penganjuran marathon yang tidak mendapat kelulusan KOM, Zainal menjelaskan, perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia dilihat membelakangi fungsi persatuannya dan juga membahayakan keselamatan peserta.

"Semua peserta yang menyertai larian itu tidak akan dilindungi insurans, malah keselamatan mereka juga tidak terjamin daripada segi jarak larian dan kawalan daripada pihak keselamatan.

"Andai berlaku apa-apa seperti letupan di Marathon Boston tempoh hari, atau ada peserta yang pengsan atau mati, siapa yang akan bertanggungjawab? KOM tidak akan bertanggungjawab.

"Malah, catatan masa peserta juga tidak akan diiktiraf tanpa kelulusan KOM, kalau ada atlet negara menyertainya pun, ia hanya sia-sia sahaja," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan GP Malaysia hari ini, seramai 157 atlet elit dan pelapis negara akan cuba melepasi had kelayakan Sukan SEA 2013 dalam 17 acara yang dipertandingkan.

Setakat ini hanya empat atlet sudah melepasi had kelayakan masing-masing iaitu atlet jalan kaki lelaki negara, Lo Choon Seang dan Mohd. Khairil Harith, atlet lompat tinggi lelaki, S. Navinraj serta Iskandar Alwi yang akan beraksi dalam acara 4x400 meter serta lompat bergalah.

Sarawak kembali fokus

Posted:

Sarawak kembali fokus

Sarawak kembali fokus

Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my


BARISAN pemain Sarawak kini mengalihkan tumpuan mereka untuk tampil lebih cemerlang dalam saingan Liga Premier.


SELEPAS dikecewakan Kelantan dalam saingan suku akhir Piala FA 2013 Selasa lalu, skuad Sarawak kini kembali memberi tumpuan penuh terhadap aksi Liga Premier terutamanya perlawanan menentang Perlis di Stadium Negeri, Petra Jaya malam ini.

Ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts mengingatkan para pemainnya agar melupakan episod kekalahan 0-2 kepada skuad The Red Warriors dengan memberi fokus penuh terhadap perlawanan selain berusaha mengembalikan rentak kemenangan.

Menurutnya, setiap pemain yang bakal diturunkan juga diingatkan supaya tidak gentar dan terlalu menghormati lawan, kerana ia dikhuatiri menjejaskan strategi dan persembahan pasukan.

"Dalam bola sepak, tiada perkara yang mustahil, pasti ada yang kalah dan menang. Selasa lalu ternyata bukan malam kita, dan kita harus menerima kekalahan itu dengan hati terbuka.

"Jadi, saya berharap pemain yang menggalas tugas pada perlawanan esok (malam ini) tidak terlalu memikirkan kekalahan lalu, sebaliknya berfikiran positif bagi memastikan pasukan meraih tiga mata penuh dan memberi cabaran kepada pendahulu liga Sime Darby," katanya kepada pemberita di Kuching semalam.

Mengenai cabaran untuk merampas kedudukan pendahulu liga daripada pasukan Sime Darby, Alberts mahu skuad kendaliannya itu mengelak daripada menampilkan prestasi ala 'yo yo'.

Katanya, jika mahu merangkul kejuaraan liga, para pemain harus bangkit daripada kekalahan dan mencipta kemenangan demi kemenangan.

"Pemain perlu fokus menjalani latihan dan menghadapi perlawanan penting selepas ini untuk memenangi liga.

"Kalau kita selalu menang, penyokong pun akan semakin ramai datang ke stadium. Susah kalau sekejap menang, selepas itu kalah atau seri," tegasnya.

Sarawak kini berada di kedudukan kedua liga dengan mengutip 28 mata untuk berada di belakang Sime Darby yang mengumpul 30 mata.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat