Kosmo Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Sukan |
Posted: Zolkples naik anginOleh SHANIKA ABDULLATIB
MAJLIS Sukan negara (MSN) pening.Selepas menerima berita pemain No.1 dunia, Datuk Nicol David enggan menyertai Kejohanan Skuasy Asia di Pakistan, terbaharu, jurulatih skuasy negara, Peter Genever pula membuat keputusan tidak akan menyertai skuad negara ke kejohanan tersebut. Untuk menambahkan lagi kekecewaan MSN, keputusan tersebut tidak dimaklumkan kepada mereka. Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong naik angin apabila dia tidak mengetahui keputusan yang diambil oleh jurulatih dari England itu. "Saya tidak tahu dia (Genever) tidak akan menyertai skuad negara ke kejohanan tersebut. Seharusnya kami dimaklumkan terlebih dulu. "Saya akan mendapatkan penjelasan daripada Persatuan Skuasy Raket Malaysia (SRAM) mengenai hal ini," ujar Zolkples ketika dihubungi Kosmo! semalam. "Kita tahu Nicol tidak ke sana (Pakistan) kerana isu keselamatan, tetapi tidak menjangka pula jurulatih mereka turut mengambil keputusan yang sama," tambah Zolkples. Genever mula berkhidmat dengan skuad negara sejak Januari 2012. Untuk rekod, jurulatih berusia 29 tahun itu pernah membimbing bekas pemain No. 1 negara, Mohd. Azlan Iskandar selama lima tahun di London. Bukan itu sahaja, Genever turut membimbing Mohd. Nafiizwan Adnan secara persendirian sehingga pemain itu berjaya memperbaiki kedudukan untuk berada di ranking ke-36 dunia pada ketika itu. Genever yang membuat keputusan itu kelmarin menyatakan, dia tidak mahu menyertai kejohanan di Pakistan itu yang berlangsung pada 1 hingga 4 Mei nanti atas alasan keselamatan selain tidak mahu menjadi tumpuan di Pakistan memandangkan dia seorang berketurunan Caucasian yang sememangnya dibenci oleh masyarakat Pakistan. Biarpun sebelum ini membuat keputusan mahu mengiringi skuad negara, Genever akhirnya menarik diri selepas dipujuk oleh ahli exco SRAM untuk tidak menyertainya. Bagaimanapun, alasan Genever itu menimbulkan tanda tanya kerana pegawai Institut Sukan Negara (ISN), Ronald Fauvel yang juga berketurunan Caucasian turut menyertai rombongan skuad negara ke Islamabad. Malah gempa bumi dengan 7.8 skala Ritcher yang melanda Iran baru-baru ini, yang meragut lebih 30 nyawa di sempadan Pakistan, turut dijadikan alasan oleh Genever untuk tidak 'menemani' skuad negara ke kejohanan tersebut. Pada aksi tersebut, bintang skuasy negara, Low Wee Wern akan beraksi selaku pemain pilihan pertama manakala Delia Arnold dan Zulhijjah Azan akan melengkapkan saingan pemain dalam kategori wanita. "Saya akan teruskan saingan walaupun sedar ancaman yang ada. Untuk itu, saya akan lebih berhati-hati. Memang agak risau, tetapi jurulatih (Aaron Soyaz) ada mengiringi kami di Islamabad. Saya percaya dia tidak akan membiarkan perkara buruk berlaku pada atletnya," ujar Wee Wern. Dalam aksi lelaki, Mohd. Nafiizwan akan tetap terbang ke Islamabad untuk mempertahankan gelaran juara bersama juara empat kali, Ong Beng Hee dan Muhammad Asyraf Azan. | |
Posted: 'Jangan mudah rasa selesa'Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE IRFAN (tiga dari kanan) bersama rakan sejawatnya, Morgan pada sidang akhbar menjelang aksi Kumpulan H kempen Piala AFC 2013 di Stadium Shah Alam semalam. ADA mesej positif yang mahu disampaikan pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim kepada anak-anak buahnya ketika melayan kunjungan kelab India, East Bengal dalam aksi Kumpulan H kempen Piala AFC 2013 di Stadium Shah Alam malam ini. Berdepan 'misi hidup dan mati' memandangkan hanya kemenangan yang mampu menghidupkan sisa-sisa peluang pasukannya mara ke pusingan kedua, Irfan menuntut anak-anak buahnya supaya mengikis sikap sambil lewa terutama ketika mendahului lawan dalam mana- mana perlawanan. Menurut beliau, 'penyakit lama' itu dilihat menyelubungi segelintir pemain Gergasi Merah terutama ketika ditunjukkan jalan keluar oleh Johor Darul Takzim pada suku akhir Piala FA baru-baru ini. "Saya perhatikan ada pemain yang tidak memberikan sepenuh komitmen terutama ketika mendahului lawan dalam beberapa perlawanan sebelum ini. "Tuhan marah jika kita riak, justeru ia tidak sepatutnya berlaku terutama ketika berdepan pasukan yang kuat seperti East Bengal," katanya pada sidang akhbar di Stadium Shah Alam semalam. Irfan memberitahu, beliau optimis moral anak-anak buahnya berada pada tahap terbaik dan telah pun melupakan kekecewaan tersingkir dalam saingan Piala FA sebelum ini. Pada masa yang sama katanya, beliau kekal mempercayai polisi penggiliran pemain memandangkan memiliki tugas getir melayan kunjungan peneraju Liga Super, Lions XII di stadium yang sama Sabtu ini. "Pemain tampak keletihan ekoran jadual perlawanan yang cukup padat, segala-galanya dilihat serba tidak menjadi dalam beberapa perlawa- nan sebelum ini. Justeru, saya perlu melakukan penggiliran pemain bagi mengelak sebarang kesulitan. "Esok (malam ini), saya hanya boleh menurunkan seorang pemain import iaitu Michel Kubala ketika berdepan East Bengal memandangkan Peter Chrappan digantung perlawanan manakala Francis Forkey Doe pula masih di- belenggu kecederaan. "Selain itu, Nasriq Baharom, Mohd. Afiq Azmi serta penjaga gol, Norazlan Razali juga kurang cergas dan belum pasti dapat diturunkan (malam ini)," katanya. Dengan ketiadaan Forkey Doe, Irfan juga tidak menolak kemungkinan menggandingkan Amri Yahyah dan Mohd. Ramzul Zahini Adnan bagi merobek gawang East Bengal malam ini. "Saya juga berharap beberapa pemain yang baru pulih daripada kecederaan seperti Mohd. Raimi Mohd. Nor dan Mohd. Fitri Shazwan Radu- wan mampu membantu kami membawa pulang tiga mata," katanya. Untuk rekod, Selangor yang tumpas 0-1 kepada East Bengal dalam aksi pembuka tirai kumpulan pada 27 Februari lalu kini mengutip empat mata selepas empat perlawanan. Mereka bakal menutup tirai kumpulan berdepan pasukan tercorot, Tampines Rovers di Stadium Jalan Besar, Singapura pada 30 April ini. | |
Posted: Griffiths milik SelangorBEKAS pemain Newcastle Jets, Adam Griffiths sah menjadi pemain import baharu Selangor sejurus sebelum jendela pendaftaran pemain Liga Malaysia (Liga M) ditutup semalam, lapor NAN HIDAYAT NAN AZMIE. Adam, 33, yang pernah beraksi dengan kelab England, Brentford itu bakal menggantikan Peter Chrappan dari Slovakia. Namun, Adam tidak akan beraksi bersama Selangor ketika berdepan East Bengal dalam aksi Kumpulan H kempen Piala AFC 2013 di Stadium Shah Alam malam ini. Sebaliknya, pemain tinggi lampai dari Sydney, Australia itu hanya akan membuat penampilan sulungnya bersama Selangor ketika melayan kunjungan peneraju Liga Super, Lions XII di stadium sama, Sabtu ini. "Kami telah memperoleh sijil perpindahan antarabangsa (ITC) hari ini (semalam) dan jika tiada aral, Adam akan diturunkan ketika berdepan Lions XII nanti," kata pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim. Semalam Kosmo! melaporkan, khidmat Adam hanya boleh digunakan Selangor dalam saingan Liga M memandangkan status dua pemain import dalam kempen Piala AFC kekal menjadi milik Chrappan bersama rakan senegaranya, Michel Kubala. Mengulas lanjut, Irfan memberitahu, Adam tidak didaftarkan dalam saingan Piala AFC kerana ia termaktub dalam syarat pendaftaran pemain yang ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebelum ini. "Berdasarkan pengalamannya yang pernah mengawal penyerang prolifik seperti Emile Heskey sebelum ini, saya percaya Adam mampu membantu benteng pertahanan Selangor mengharu- ngi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia," kata Irfan. Untuk rekod, Chrappan sebelum ini diserap masuk bagi menggantikan Ramez Dayoub yang digugurkan selepas didapati bersalah oleh Persatuan Bola Sepak Lebanon (LFA) gara-gara mengatur keputu- san perlawanan, Februari lalu. Namun, Chrappan gagal memberikan impak yang memuaskan apabila sering membuat kesilapan mudah selain dikata- kan dibelenggu masalah kecederaan. Ketika ini, seorang lagi pemain import Selangor ialah pemenang kasut emas Liga Super musim lalu, Francis Forkey Doe dari Liberia. Selepas berdepan Lions XII, Gergasi Merah bakal menyambung perjuangan dalam kempen Piala AFC berdepan Tampines Rovers di tempat lawan pada 30 April ini. Dalam pada itu, Irfan dilihat seolah-olah kekal mempercayai kredibiliti skuad Merah Kuning sedia ada apabila tidak mendapatkan khidmat tiga pemain tempatan baharu meskipun ia dibenarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) buat julung-julung kalinya pada musim perpindahan kali ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |