Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Mayat gadis ditemui dengan kesan tusukan di leher
- Esther juara Kejohanan Boling Antara Negeri Ke-26
- Polis kenal pasti 8 Parlimen, 13 DUN panas di Sabah
Mayat gadis ditemui dengan kesan tusukan di leher Posted: Mayat gadis ditemui dengan kesan tusukan di leher16/04/2013 11:12pm KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan berumur 18 tahun ditemui dengan kesan tikaman di leher di dalam sebuah longkang berhampiran padang bola di Jalan Tiong 7, Bandar Puchong Jaya, dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Abd. Razak Elias berkata, polis menerima laporan daripada seorang lelaki pada 6.50 petang tadi yang menemui mayat tersebut. "Mayat itu ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kesan luka kecil berlubang di leher," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata berdasarkan dokumen yang ditemui pada mayat itu, mangsa dikenali sebagai Parhwine Lucia Mejia Kaur. Beliau berkata, punca kematian masih belum dikenal pasti dan bedah siasat akan dilakukan di Hospital Serdang esok, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA |
Esther juara Kejohanan Boling Antara Negeri Ke-26 Posted: Esther juara Kejohanan Boling Antara Negeri Ke-2616/04/2013 11:09pm PETALING JAYA - Pemain boling wanita negara, Esther Cheah, yang mewakili Pulau Pinang, muncul juara Kejohanan Boling Antara Negeri ke-26. Beliau melakukan 1,309 jatuhan pin pada pertandingan yang berlangsung di Sunway Mega Lanes, Bandar Sunway di sini hari ini. Pingat perak dimenangi pemain Selangor Zandra Aziela Ibrahim Hakimi dengan 1,238 jatuhan pin manakala gangsa milik Sharon Koh dari Kuala Lumpur dengan 1,223 jatuhan pin. Esther berkata beliau amat berpuas hati dengan permainannya hari ini walaupun menerima saingan sengit daripada Sharon dan Zandra. "Saya gembira kerana momentum permainan saya secara perlahan semakin meningkat," katanya. - BERNAMA |
Polis kenal pasti 8 Parlimen, 13 DUN panas di Sabah Posted: Polis kenal pasti 8 Parlimen, 13 DUN panas di Sabah16/04/2013 10:57pm KOTA KINABALU - Polis Sabah mengenal pasti lapan kawasan Parlimen dan 13 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) panas di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata kawasan Parlimen yang dijangkakan panas ialah Tuaran, Sandakan, Tawau, Kota Kinabalu, Beaufort, Sepanggar, Penampang dan Pensiangan. Bagi DUN pula, kawasan yang dikategorikan sebagai panas ialah Likas, Luyang, Api-Api, Inanam, Kepayan, Sri Tanjong, Klias, Kuala Penyu, Tanjong Papat, Karamunting, Elopura, Binkor dan Merotai. "Kita anggap kawasan ini panas bukan kerana faktor keselamatan, tetapi persaingan yang akan berlaku di situ," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan wakil parti di Ibu Pejabat Kontinjen Polis di sini hari ini. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |