{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online


Proses penamaan calon berjalan lancar - KP Kedah

Posted:

Proses penamaan calon berjalan lancar - KP Kedah

Proses penamaan calon berjalan lancar - KP Kedah

20/04/2013 6:58pm

ALOR SETAR - Proses penamaan calon di seluruh Kedah hari ini berjalan lancar tanpa berlaku sebarang perkara tidak diingini, kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim.

Beliau berkata semua parti politik mengikut arahan yang telah diberikan oleh pihak polis beberapa hari sebelum penamaan calon.

"Sebelum ini kami telah membuat perjumpaan dengan semua parti dan memberi peraturan dan mereka akur. Jadi semuanya berjalan lancar dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku di semua pusat penamaan calon," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pegawai dan anggotanya sudah berada di pusat penamaan calon sejak 6.30 pagi bagi memastikan proses penamaan calon berlangsung dengan baik. - Bernama

Tekong, dua awak-awak antara 50 PATI ditahan APMM

Posted:

Tekong, dua awak-awak antara 50 PATI ditahan APMM

Tekong, dua awak-awak antara 50 PATI ditahan APMM

20/04/2013 6:04pm

JOHOR BAHRU - Seorang tekong bersama dua pembantu antara 50 orang pendatang tanpa izin (PATI) ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) daerah Tanjung Sedili, Wilayah Selatan kerana dipercayai cuba keluar dari negara ini melalui laluan haram.

Penahanan itu juga melibatkan 37 orang lelaki, lapan orang perempuan dan dua kanak-kanak lelaki.

Pengarah Operasi Daerah Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mustafa Kamal Abas berkata, operasi yang dijalankan pada pukul 3.50 pagi semalam di Tanjung Pengelih, Kota Tinggi berjaya mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.

"Apabila dihampiri, bot tersebut terus memecut laju ke arah perairan Tanjung Pengelih namun pihak APMM berjaya memintas," katanya.

Hasil pemeriksaan terhadap kapal tersebut, pihak APMM berjaya merampas sebuah bot fiber berukuran 13 x 3 meter dan tiga buah jenis enjin Yamaha 200 kuasa kuda setiap satu.

Kes tersebut disiasat mengikut Akta Anti Pemerdangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010) dan Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155). - KOSMO!

Pertarungan menarik di Lembah Pantai, Putrajaya dan Labuan

Posted:

Pertarungan menarik di Lembah Pantai, Putrajaya dan Labuan

Pertarungan menarik di Lembah Pantai, Putrajaya dan Labuan

20/04/2013 5:58pm

KUALA LUMPUR - Parlimen Lembah Pantai, Putrajaya dan Labuan adalah antara 13 kerusi di Wilayah Persekutuan yang bakal menyaksikan pertarungan menarik tokoh-tokoh politik bagi penentuan wakil-wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.

Di Lembah Pantai, penyandang kerusi Nurul Izzah Anwar, yang juga anak tokoh pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan ditentang Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan calon Bebas Rusli Baba.

Sementara itu, penyandang dua penggal kerusi parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN) pula bakal dicabar Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

Dua calon pakatan pembangkang iaitu calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Ibrahim Menudin dan Hadnan Mohamad (Pas) pula 'bertembung' di kerusi Parlimen Labuan dan mereka bakal bertarung dengan calon muka baharu BN, Rosman Isli.

Proses penamaan calon bagi kerusi Parlimen Bukit Bintang diwarnai dengan gelagat M. Maniarasu yang berhasrat bertanding sebagai calon Bebas namun tidak kesampaian apabila permohonannya ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akibat kegagalannya membawa pencadang, penyokong serta wang deposit.

Kawasan parlimen itu yang dianggap kubu kuat DAP, menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara penyandangnya Fong Kui Lun dan Frankie Gan Joon Zin (BN).

Bagi Parlimen Setiawangsa, calon muka baharu BN, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berharap pertandingan satu lawan satu dengan calon PKR, Ibrahim Yaacob berlangsung dalam suasana yang sihat dan harmoni.

"Kalau ada masalah yang timbul, saya harap biarlah calon berjumpa calon untuk selesaikan masalah yang berlaku, selepas kempen, kita serahkan pada rakyat untuk buat keputusan dan Alhamdullilah, Ibrahim bersetuju," katanya.

Di Wangsa Maju pula, calon PKR, Datuk Dr. Tan Kee Kwong yang menghadapi Datuk Dr. Mohd Shafei Abdullah (BN) memuji semangat muhibah 1Malaysia di kawasan tersebut hasil usaha yang dilakukan kerajaan selama ini.

Proses penamaan calon menimbulkan nostalgia kepada calon BN, Datuk Johari Abdul Ghani yang akan menentang Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (Pas) di Parlimen Titiwangsa, apabila tempat penamaan calon itu diadakan di sekolah lamanya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki.

Parlimen Batu pula menyaksikan pertandingan sengit lima penjuru antara penyandangnya, Chua Tian Chang (PKR), Dr. Dominic Lau Hoe Chai (BN), Brig Jen (B) Datuk Hashim Abdul Karim (Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia) dan dua calon Bebas, Nazariah Abbas dan Atan Jasin.

Di Kepong pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN yang merupakan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan, Datuk A. Chandrakumanan, Dr. Tan Seng Giaw (DAP) dan Yee Poh Ping (Bebas).

Tan Kok Eng (BN), pula berdepan Menteri Besar Selangor dan penyandang kerusi Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR) dan dua calon bebas Mokhtar Salahudin dan Mohamad Sukeri Abdul Samat bagi kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.

Tan percaya pendedahan awal dalam dunia politik melalui bapanya, Datuk Tan Chai Ho sebagai bekas wakil rakyat di kawasan itu memberi kelebihan kepadanya bagi menguasai semula kerusi kawasan itu daripada pembangkang. - Bernama

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat