Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Vettel juarai GP Bahrain buat kali kedua berturut-turut
- Manchester City tersungkur di White Hart Lane
- Suspek pengebom Maraton Boston ditahan dan kini kritikal
Vettel juarai GP Bahrain buat kali kedua berturut-turut Posted: Vettel juarai GP Bahrain buat kali kedua berturut-turut21/04/2013 11:06pm MANAMA - Juara Formula One Dunia, Sebastian Vettel hari ini sekali lagi berjaya menawan Litar Lumba Antarabangsa Bahrain bagi memberikan pasukan Red Bull buat tahun kedua berturut-turut. Kejayaan pelumba dari Jerman yang berusia 25 tahun itu berada 9.1 saat di hadapan pemandu pasukan Lotus, Kimi Raikkonen untuk memberikan beliau kemenangan kedua musim ini. Sepuluh mata yang diperoleh daripada kejayaan itu turut membolehkan juara dunia tiga kali itu mempertahankan kedudukannya sebagai pendahulu pendahulu keseluruhan setakat ini. - Reuters |
Manchester City tersungkur di White Hart Lane Posted: Manchester City tersungkur di White Hart Lane21/04/2013 10:47pm LONDON - Misi Manchester City untuk mempertahankan trofi Liga Perdana England semakin mustahil apabila ditewaskan Tottenham Hotspur (Spurs) 1-3 di White Hart Lane malam tadi. Meskipun terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi jaringan Samir Nasri seawal minit kelima, skuad kendalian Roberto Mancini gagal mengekang kebangkitan tuan rumah pada babak kedua. Selepas melancarkan serangan bertali-arus, penyerang Spurs, Clint Dempsey akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-79 sebelum Jermaine Defoe menjadikan kedudukan 2-1 empat minit kemudian. Arkitek Spurs, Gareth Bale melengkapkan derita The Citizens apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-82. Dengan keputusan itu, City yang mengutip 68 mata kini ketinggalan 13 mata di belakang seteru utama, Manchester United yang hanya akan melayan kunjungan Aston Villa di Old Trafford, awal pagi Selasa ini. Kemenangan itu juga mencerahkan peluang Spurs memburu slot Liga Juara-Juara musim depan apabila mengutip 61 mata ketika saingan liga hanya berbaki lima perlawanan. - KOSMO! |
Suspek pengebom Maraton Boston ditahan dan kini kritikal Posted: Suspek pengebom Maraton Boston ditahan dan kini kritikal21/04/2013 10:41pm BOSTON - Gabenor Massachusetts, Deval Patrick semalam mengumumkan, seorang lelaki yang disyaki pengebom Maraton Boston, Dzhokhar Tsarnaev, 19, telah berjaya ditahan. Bagaimanapun, Tsarnaev kini sedang dalam keadaan kritikal di sebuah hospital dan tidak mungkin dapat berkomunikasi. Suspek dirawat di Pusat Perubatan Beth Israel Deaconess, tempat yang sama di mana 11 orang mangsa pengeboman masih dirawat. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |