Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- 13 akan didakwa atas kesalahan berkaitan PRU13 esok
- PBSNT hilang khidmat Owona
- PNB sasar pelaburan bernilai RM500 bilion menjelang tahun 2020
13 akan didakwa atas kesalahan berkaitan PRU13 esok Posted: 13 akan didakwa atas kesalahan berkaitan PRU13 esok22/04/2013 10:26pm PUTRAJAYA - Seramai 13 lelaki akan dihadapkan ke mahkamah esok atas pelbagai pertuduhan membabitkan lima kes yang berkaitan dengan pilihan raya umum ke-13. Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara Abdul Wahab Mohamed berkata tujuh daripada lelaki itu akan didakwa berkaitan satu kes gaduh di tempat awam sehingga mengganggu ketenteraman awam di Mantin, Negeri Sembilan, pada 7 April lepas, mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan. Beliau menambah, dua lagi akan didakwa kerana melakukan kesalahan yang sama dengan membaling kerusi dan memegang besi dalam satu kes di Pasir Puteh, Kelantan, pada 20 April lepas. Jelas beliau, dua yang lain, masing-masing didakwa bagi kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menumbuk serta menyepak mengikut Seksyen 323 kanun Keseksaan; dan menakutkan secara jenayah dengan menunjukkan parang ke arah pengadu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan; dalam satu kes di Gemas, Negeri Sembilan pada 19 April lepas. Pada sidang media di lobi pejabat Peguam Negara di sini, Abdul Wahab berkata, seorang lagi didakwa kerana melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah dengan menghayun parang ke arah pengadu dalam satu kes di Kuala Kangsar, Perak pada 18 April lepas. Kes akan dibicara mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, manakala satu lagi kerana melakukan khianat dengan mencabut bendera parti politik di Padang Serai, Kedah, pada 8 April lepas mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Abdul Wahab berkata dalam tempoh dari 19 April sehingga pukul 2 petang ini, jumlah kes yang diarah untuk siasatan lanjut ialah 135, manakala kes yang diputuskan supaya tidak diteruskan berjumlah 113. — BERNAMA |
Posted: PBSNT hilang khidmat Owona22/04/2013 8:44pm KUALA TERENGGANU - Terengganu menerima tamparan hebat apabila pemain importnya Jean-Emmanuel Effa Owona terkeluar daripada baki saingan Liga Super dan Piala FA ekoran kecederaan pergelangan tangan kanan. Penyerang berbisa kelahiran Cameroon itu disahkan memerlukan rehat selama tiga bulan untuk pulih sepenuhnya dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sedang mencari pengantinya. Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh berkata pihaknya telah menghubungi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk merisik sama ada mereka boleh menggantikan Owona berikutan jendela pendaftaran pemain pertengahan musim berakhir hari ini. "Saya memohon pihak FAM agar dapat mengkaji isu ini di bawah pendaftaran khas pemain import bagi membolehkan skuad Peteh mendaftar pemain lain," katanya selepas melawat Owona di Hospital Pakar Kuala Terengganu, Terengganu, di sini hari ini. Menurutnya kehilangan khidmat Owona sedikit merencatkan percaturan yang telah dilakukan oleh skuad bagi meneruskan cabaran dalam Liga Super dan separuh akhir Piala FA. - Bernama |
PNB sasar pelaburan bernilai RM500 bilion menjelang tahun 2020 Posted: PNB sasar pelaburan bernilai RM500 bilion menjelang tahun 202022/04/2013 8:41pm KANGAR - Permodalan Nasional Bhd (PNB) menyasar untuk mencapai nilai pelaburan sebanyak RM500 bilion menjelang tahun 2020, kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. Menurutnya, setakat ini, nilai pelaburan PNB ialah RM239 bilion. "PNB telah menyusun beberapa langkah untuk memastikan sasaran itu dicapai," kata beliau kepada media pada hari ketiga Minggu Saham Amanah Malaysia 2013 (MSAM) di sini hari ini. "Sehingga kini, sasaran kami berjaya dicapai. Ini dapat dilihat dengan kepercayaan yang diberi masyarakat melalui program MSAM ini," kata beliau sambil menambah yang PNB menganggarkan seramai 150,000 pengunjung MSAM tahun ini. "Kami akan terus mengadakan aktiviti kepada semua peringkat umur dengan harapan setiap pendekatan yang diambil akan melahirkan masyarakat yang bijak membuat keputusan dan melabur demi masa depan," katanya. Setakat ini, PNB telah mengagihkan sebanyak RM103 bilion kepada pelaburnya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |