Utusan Online - Johor
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Johor |
Anak Orang Asli berkayak di Sungai Johor Posted: 16 Apr 2013 01:43 PM PDT HALIMAH Mohamed Sadique (tengah) bersama sebahagian daripada peserta yang menyertai Program Ekspresi Belia, Jelajah Sungai Johor' di Jeti Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini. KOTA TINGGI 16 April - Cabaran berkayak sejauh 30 kilometer menyusuri Sungai Johor bermula dari jeti Kampung Orang Asli (KOA) Sayong Pinang ke jeti Lanchara D'Malayos yang pertama kali diadakan di sini baru-baru ini, berjaya menarik penyertaan sebanyak 44 anak Orang Asli. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi, Mohd. Shafik Saprawi berkata, program itu bertujuan mengeratkan hubungan antara peserta sempena program Transformasi Belia Negeri Johor 2013 selain menguji tahap ketahanan serta kecerdasan fizikal para peserta berhadapan cabaran. "Kebanyakan peserta adalah anak Orang Asli yang pertama kali berkayak, meskipun kawasan kampung mereka berhampiran dengan sungai itu. "Setiap peserta dipakaikan jaket keselamatan dan diberi latihan membina keyakinan dalam air terlebih dahulu sebelum dibenarkan berkayak. Peserta juga tahu apa untuk dilakukan untuk sebarang perkara luar jangka," katanya ketika ditemui dalam Program Ekspresi Belia, Jelajah Sungai Johor di Jeti KOA Sayong Pinang, dekat sini. Program anjuran Persatuan Belia Persisiran Sungai Johor dengan kerjasama Majlis Belia Daerah (MBD) Kota Tinggi itu turut disertai pegawai belia dan ahli Persatuan Kayak Kota Tinggi serta dirasmikan oleh penyandang kerusi Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique. Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Datuk Baderi Dasuki; Timbalan Pengerusi MBD Kota Tinggi, Mahadir Mohd Tahar dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan (JKKK) KOA Sungai Sayong, Jasni Amat. Peserta, Norhidayu Ayub, 25, berkata, dia teruja dapat menyertai cabaran tersebut yang merupakan kali pertama disertainya. "Sepanjang mengikuti program ini saya dapat mempelajari cara mendayung dan mengawal kayak dengan betul selain semangat kerjasama berpasukan," kata ibu kepada dua anak dari KOA Kempas Menang. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |