Utusan Online - Kota
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kota |
Bakti derma RM20,000 kepada Yayasan Gurpuri Posted: 23 Apr 2013 12:45 PM PDT KUALA LUMPUR 23 April - Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) hari ini buat kali ke-10 menyumbang RM20,000 kepada Rumah Perlindungan Kanak-kanak Yayasan Gurpuri bersempena perayaan Vasakhi. Pengerusi Kebajikannya, Toh Puan Dr. Aishah Ong berkata, selain sumbangan derma, kunjungan Bakti turut menyampaikan bantuan alat tulis, makanan dan keperluan asas dalam bentuk hamper kepada 70 kanak-kanak di rumah itu. "Yayasan Gurpuri merupakan satu-satunya rumah perlindungan penganut agama Sikh di Malaysia dan Bakti sentiasa berusaha mencari peluang supaya bantuan dapat dihulurkan kepada rumah kebajikan ini terutama ketika musim perayaan," katanya di sini. Sumbangan itu disampaikan oleh isteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Seri Kanagam Palanivel. Sementara itu, Pengetua Yayasan Gurpuri, Giani Sukhdaiv Singh bersyukur di atas keprihatinan ahli-ahli Bakti yang komited menghulurkan bantuan kepada penghuni rumah kebajikan itu. "Saya menghargai pengorbanan ahli Bakti, walaupun sibuk membantu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 tetapi mereka masih sudi meluangkan sedikit masa untuk menceriakan kanak-kanak di rumah ini," katanya. Rumah Perlindungan Kanak-kanak Yayasan Gurpuri ditubuhkan sejak tahun 2000 dan kini mempunyai 70 penghuni berusia antara lima hingga 22 tahun. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kota To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |