Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Tahanan Guantanamo mogok lapar terus meningkat Posted: 20 Apr 2013 11:43 AM PDT WASHINGTON 21 April - Jumlah tahanan yang mengambil bahagian dalam satu mogok lapar di penjara tentera Guantanamo yang dikendalikan Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 77 orang semalam, peningkatan sebanyak 25 kes dalam tempoh beberapa hari lalu. Leftenan Kolonel Samuel House dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah tahanan yang enggan menerima makanan itu, sebanyak 17 orang diberikan 'makanan secara paksa menerusi saluran tiub. Sebanyak lima penghuni penjara telah dimasukkan ke hospital walaupun tidak seorang daripada mereka berada dalam 'keadaan kritikal. Penjara yang menempatkan seramai 166 tahanan dilanda mogok lapar sejak 6 Februari lalu selepas penghuni itu mendakwa pegawai penjara mencari al-Quran mereka untuk diseludup namun dinafikan pegawai pusat berkenaan. - AFP |
Tentera China diri khemah di wilayah bertindih di Himalaya Posted: 20 Apr 2013 10:35 AM PDT NEW DELHI 21 April - Berpuluh-puluh tentera China mendirikan khemah di sebuah daerah Himalaya yang dituntut India, tindakan yang mampu membangkitkan semula ketegangan di antara negara kuasa nuklear berjiran, kata sumber kerajaan negara ini, semalam Menurutnya, Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) mula memasuki kawasan yang dituntut oleh India di timur Ladakh dan mendirikan sebuah khemah pada malam 15 April lalu. Pada masa sama katanya, tentera daripada Polis Sempadan Indo-Tibet juga telah mendirikan sebuah khemah 300 meter bertentangan dengan khemah yang dibina tentera China. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |