Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
23 pegawai polis Brazil dipenjara 156 tahun Posted: 21 Apr 2013 11:17 AM PDT SAO PAULO 22 April - Sebanyak 23 pegawai polis Brazil dijatuhi hukuman penjara sehingga 156 tahun setiap seorang semalam atas peranan mereka dalam pembunuhan sebanyak 111 penghuni penjara dalam rusuhan berdarah di dalam fasiliti itu pada 1992. Kesemua mereka merupakan antara 26 pegawai yang dibicarakan oleh sebuah tribunal di Sao Paulo manakala tiga lagi bebas daripada tuduhan itu. Pegawai itu, yang kebanyakannya kini telah bersara, didakwa membunuh 15 banduan di penjara Carandiru, Sao Paulo semasa operasi mematahkan pemberontakan pada 2 Oktober 1992 yang kemudiannya dikenali sebagai 'pembunuhan beramai-ramai Carandiru'. - AFP |
China dakwa AS langgar hak asasi rakyatnya Posted: 21 Apr 2013 11:09 AM PDT BEIJING 22 April - China semalam mendakwa Amerika Syarikat (AS) melanggar hak asasi manusia kerana gagal melindungi rakyatnya daripada keganasan bersenjata tetapi melebihkan operasi ketenteraan di luar negara. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Majlis Negara yang merupakan Kabinet China, Washington dikatakan 'menutup mata dengan situasi menyedihkan ke atas hak asasi manusia di negara itu', meskipun menganggap diri mereka sebagai 'hakim dunia bagi hak asasi'. China mengeluarkan laporan itu sebagai membalas laporan AS yang disiarkan kelmarin yang menyatakan rekod hak asasi Beijing adalah buruk sepanjang tahun lalu. Laporan AS itu mengetengahkan tindakan kekerasan China terhadap etnik minoriti, termasuk Tibet, penahanan penentang politik, selain pemantauan berleluasa ke atas penduduk dengan peralatan keselamatan domestik. Namun Beijing membalasnya dengan mengecam pengawasan Washington ke atas rakyat dan menyatakan derma ahli-ahli politik AS telah merosakkan demokrasi di negara itu. Laporan China yang diperoleh daripada pelbagai sumber, termasuk media AS itu turut menuduh perang AS di Iraq dan Afghanistan menyebabkan 'banyak kematian orang awam'. Laporan itu turut memetik angka korban 'mengejutkan' akibat insiden amukan bersenjata di sebuah panggung wayang di Colorado pada Julai tahun lalu dan di sebuah sekolah rendah di Connecticut pada Disember lalu. "Rakyat AS adalah penduduk yang paling banyak memiliki senjata mengikut per kapita dunia. Negara itu juga mempunyai isu 'serius' dengan diskriminasi seksual, bangsa dan agama. "Penduduk bukan berkulit putih tidak menikmati politik, ekonomi dan hak sosial yang sama dengan mereka yang berkulit putih, selain diskriminasi dalam pasaran kerja," kata laporan itu. Salinan laporan itu disiarkan oleh agensi berita rasmi China, Xinhua. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |