Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Ashraf dibenarkan bertanding pilihan raya Pakistan Posted: 22 Apr 2013 11:00 AM PDT LAHORE, Pakistan 23 April - Sebuah mahkamah di sini membenarkan bekas Perdana Menteri, Raja Pervez Ashraf untuk menyertai pilihan raya yang dijadualkan berlangsung 11 Mei ini. Ashraf merupakan calon Parti Rakyat Pakistan, telah dihalang berada di kampung asalnya, di daerah Gojar Khan di tengah wilayah Punjab selepas lawannya menuduh beliau terlibat dengan jenayah rasuah. "Mahkamah Tinggi Lahore hari ini membatalkan perintah tribunal pilihan raya mengenai rayuan dan Ashraf dibenarkan untuk bertanding pilihan raya," kata peguamnya, Sardar Latif Khosa kepada AFP. |
Lima maut lelaki mengamuk di Belgord Posted: 22 Apr 2013 10:30 AM PDT MOSCOW 23 April - Seorang lelaki bersenjata menembak mati lima orang termasuk seorang remaja perempuan sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta. Kejadian yang berlaku di bandar Belgord, di barat negara ini, semalam, turut menyebabkan enam lagi cedera. Gambar kejadian berdasarkan rakaman amatur yang disebarkan secara dalam talian menunjukkan mayat remaja tersebut dibalut dengan plastik biru di tepi jalan dan dikerumuni orang ramai berdekatan sebuah sekolah. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |