{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pahang

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pahang


Persatuan Sahabat 60-an Pahang sokong BN

Posted: 19 Apr 2013 01:34 PM PDT

MARAN 19 April - Lebih 500 ahli Persatuan Sahabat 60-an Pahang berikrar akan memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei ini.

Pengerusinya, Ramli@Kadir Mamat berkata, ketetapan itu dipersetujui dalam agenda khas sempena Mesyuarat Agung persatuan tersebut yang diadakan di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Cempaka Jengka 2 di sini baru-baru ini.

Menurutnya, ahli persatuan yang terdiri daripada latar belakang pendidikan dan kerjaya menyokong semua calon BN yang ditampilkan oleh pucuk pimpinan parti dan pastinya tokoh dipilih itu adalah berwibawa dan penuh kredibiliti.

"Menyedari perlunya sebuah kerajaan yang kuat dan kukuh, ahli sebulat suara mengambil ketetapan menyokong UMNO dan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ini kerana kerajaan yang kukuh akan membawa kestabilan politik dan ekonomi sekali gus membolehkan semua aktiviti harian dapat berjalan dengan aman tanpa rasa bimbang berlakunya pergaduhan seperti negara luar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Ramli menegaskan, ahli persatuan itu yang kebanyakan penyokong tegar UMNO akan turun padang bersama pasukan gerak gempur parti itu dan BN berkempen untuk calon terbabit.

"Rakyat telah menikmati kemakmuran, keamanan dan kemajuan yang lebih baik berbanding negara luar tetapi penyokong pembangkang masih tidak bersyukur dengan apa yang ada ketika ini," ujarnya.

Dalam pada itu, ahli jawatankuasa persatuan tersebut, Zainuddin Imam Noh berkata, persatuan tersebut tidak mudah terpedaya dengan janji pembangkang yang boleh menghancurkan ekonomi negara ini.

2,200 kes penyakit kencing manis dikesan di Jerantut

Posted: 19 Apr 2013 01:34 PM PDT

DR. Muhd. Azhar Merican Abdullah (tiga dari kanan) bertanyakan sesuatu kepada seorang penderma darah dalam Program Pemeriksaan Kesihatan anjuran bersama Kelab Lions Jerantut di Sungai Jan, Jerantut, Pahang, semalam.

JERANTUT 19 April - Sebanyak 2,200 kes penyakit kencing manis dicatatkan di daerah ini pada tahun lalu dan dijangka meningkat setiap tahun sekiranya tiada langkah kesedaran dalam mencegah penyakit itu dari peringkat awal.

Pengarah Hospital Jerantut, Dr. Muhd. Azhar Merican Abdullah berkata, pihak hospital dan klinik kesihatan daerah ini mengesan peningkatan penghidap penyakit itu kerana mereka tidak mengamalkan gaya hidup sihat di samping kurang menitikberatkan aspek rawatan berkala.

"Golongan itu sewajarnya menjadikan pemeriksaan dan rawatan kesihatan percuma lebih kerap, menjaga pemakanan di samping amalan bersenam antara gaya hidup sihat yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

"Pemeriksaan kesihatan perlu dibuat menerusi kempen kesihatan anjuran hospital, jabatan kesihatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengesan penyakit ini sejak awal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Program Pemeriksaan Kesihatan anjuran Hospital Jerantut dengan kerjasama Kelab Lions Jerantut di Sungai Jan di sini baru-baru ini.

Pada majlis berkenaan, Muhd. Azhar juga beramah mesra dengan 30 penduduk yang menderma darah anjuran kelab tersebut bagi mengisi tabung daerah hospital berkenaan.

Selain aktiviti itu, para penduduk di sekitar daerah ini tidak melepaskan peluang menjalani rawatan pergigian, mengesan katarak, tekanan darah, ujian kandungan gula dan beberapa rawatan lain secara percuma.

Menurut Muhd. Azhar, jumlah peningkatan penyakit kencing manis amat serius dan penduduk yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat lebih mudah mengalami komplikasi berkenaan.

Terdahulu, beliau memuji usaha NGO itu yang aktif setiap tahun menyelenggarakan kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan secara percuma dalam kalangan penduduk di bandar ini.

"Pihak hospital sentiasa memberi kerjasama kepada NGO lain yang ingin menyelenggarakan kempen berkenaan kerana program secara kerjasama ini dapat membantu peningkatan taraf kesihatan penduduk di sini," ujarnya.

Kata Muhd. Azhar, pihak hospital juga akan mengadakan kempen seumpama itu dalam kalangan penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Kiol dan Kuala Tahan bagi memantau kesihatan masyarakat terbabit selain merealisasikan transformasi pembangunan kesihatan di luar bandar.

TF Value buka 8 cawangan

Posted: 19 Apr 2013 01:34 PM PDT

JERANTUT 19 April - Sebanyak lapan pasar raya TF Value Mart akan dibuka di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun ini bagi membolehkan orang ramai membeli barangan di situ pada harga berpatutan.

Pengarahnya, Datuk Low Long Yang berkata, daripada jumlah tersebut, tiga pasar raya akan memulakan operasinya tahun ini iaitu dua di Pahang dan satu lagi di Negeri Sembilan.

"Pasar raya kami yang kedua di Bentong akan dibuka pada bulan depan dan Kuala Lipis pula Julai ini manakala di Gemas, Negeri Sembilan dijadual memulakan operasi hujung tahun ini.

"Lima lagi akan dibuka pada 2014 dan 2015 masing-masing di Bera, Pahang, Sungai Besar, Selangor, Teluk Intan dan Gerik, Perak serta Muar, Johor," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis pengumuman pemenang Cabutan Bonanza 2012 sempena ulang tahun pasar raya berkenaan ke-55 di sini baru-baru ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat