{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Rencana

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Rencana


Misi menang di Selangor

Posted: 26 Apr 2013 12:38 PM PDT

TIMBALAN Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor, DATUK SERI IR. MOHD. ZIN MOHAMED bertekad mengembalikan negeri maju ini ke pangkuan BN.

Manifesto BN Selangor yang mengutarakan 56 janji untuk rakyat negeri ini akan dijayakan dalam bulan pertama sebaik-baik sahaja parti itu diberi mandat untuk memerintah 5 Mei ini.

Mohd. Zin yang menjadi calon Parlimen Sepang menjelaskan kepada wartawan Utusan Malaysia HELMI MOHD. FOAD bahawa sama ada aku janji ini boleh ditunaikan atau tidak bergantung kepada sokongan rakyat kepada BN pada pilihan raya umum nanti."

Mohd. Zin Mohamed menyerahkan borang keahlian kepada bekas ahli PKR, Kannalan Kuppu Samy (baju oren) dan Mohd. Noor Kamari (dua dari kiri) pada Program Menyertai BN, Sayangi Selangor di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang baru-baru ini. Turut hadir calon N56 Sungai Pelek, Ng Chok Sin (BN) (kanan), calon N55 Dengkil, Shahrum Mohd. Sharif (BN) (dua dari kanan) dan calon N54 Tanjong Sepat, Nisman Yusof (BN).

UTUSAN: Sebagai Timbalan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor, setakat enam hari berkempen, bagaimanakah keadaan jentera parti?

MOHD. ZIN: Alhamdulillah, semua kempen berjalan baik dan lancar. Kita memasuki fasa pertengahan, nampaknya segala jentera berfungsi dengan baik, cuma biasalah ketika mula-mula ada sedikit masalah tetapi segalanya dapat diatasi. Dalam pilihan raya umum kali ini tidak ada masalah besar iaitu tidak ada masalah serius dari segi struktural.

Kesemua jentera di seluruh 894 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan jentera di keseluruhan 22 Parlimen dan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala dari segi jentera arus perdana iaitu bahagian dan sayap parti semuanya berjalan dengan baik.

Sekarang pula dari segi pengurusan kempen calon. Mereka melaksanakan aktiviti walkabout dan lawatan berjumpa dengan para pengundi di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.

Bagi calon-calon baharu bagaimana pendekatan dilakukan supaya para pengundi dapat mengenali mereka?

Mereka perlu berusaha dua kali ganda dengan melakukan kunjungan dari rumah ke rumah dan pergi ke kawasan tumpuan seperti pasar malam dan tempat orang ramai bersantai selepas waktu bekerja.

Calon-calon membawa sekali profil mereka dan manifesto atau aku janji BN di peringkat Pusat dan manifesto tambahan Selangor dengan memberikan pengenalan bahawa mereka adalah pasukan transformasi di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini bagi memberikan keyakinan rakyat terhadap BN yang perlu kembali memerintah Selangor.

Selain itu, kita tingkatkan tahap pendedahan calon-calon melalui poster, kain rentang, risalah dan papan iklan.

Bagaimana dengan sambutan terhadap manifesto atau aku janji BN Selangor?

Maklum balas diterima cukup baik sehingga ada yang menghubungi Pusat Khidmat Rakyat (Pakar) BN Selangor bertanya bila dapat ambil borang bantuan RM250 bagi warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) serta orang miskin yang layak. Itu kena tunggu kita menang dahululah.

Penilaian terhadap peluang BN dalam PRU-13 setakat ini, adakah BN mampu menang?

Saya amat yakin kita boleh membentuk kerajaan negeri tetapi tidak sampai ke tahap mendapat majoriti dua pertiga dan kita sedang bekerja ke arah itu. Keyakinan itu dapat dilihat daripada mood rakyat yang bertambah baik termasuk mereka yang merasai manfaat daripada 200 produk 1Malaysia dan rakyat melihat kita bergerak di atas satu landasan yang kuat dan kukuh.

Perdana Menteri terlibat secara hands on dalam kempen. Sebenarnya kehadiran Perdana Menteri sendiri ke Selangor sangat diterima oleh rakyat.

Perkara itu dapat kita rasai sebagaimana kita hayati senikata dalam lagu Sayangi Selangor, Yakini BN,

Manifesto yang mengandungi 56 janji dan jaminan yang diberikan oleh Perdana Menteri untuk melaksanakannya. Tidak payah tunggu tukar Menteri Besar baru hendak tengok dasarnya.

Ini orang kata satu harapan di Selangor. Sepanjang lima tahun di bawah pentadbiran parti pembangkang, kita lihat berlaku ketidakberkesanan perkhidmatan di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) walaupun cukai pintu dinaikkan. Dari segi menyelenggaraan infrastruktur dan sistem pungutan sampah dan sisa pepejal, timbul banjir kilat dan perlombongan pasir haram.

Bagaimana sentimen pengundi sekarang, dikatakan orang Melayu bersama BN dan pengundi berketurunan India pun kembali kepada BN?

Kita ukur sentimen awal, Pas sebenarnya tidak boleh menggantikan peranan UMNO di Selangor. Kes pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali telah menunjukkan kegagalan perkongsian kuasa dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kuasa yang ada pada Pas dipertikaikan kerana apabila berada bersama DAP dan PKR, mereka tidak boleh menentukan apa yang diperjuangkan.

Banyak isu yang ada hubung kait dengan perjuangan Hasan Ali dalam Jalur Tiga (Jati), iaitu institusi agama Islam, Raja-raja Melayu dan orang Melayu. Hasan bukan tokoh kecil, beliau bekas Pesuruhjaya Pas negeri yang dipecat kerana beberapa isu berkaitan Islam, selama ini tidak ada bezanya perjuangan UMNO dengan apa yang dibawa oleh Jati.

Rakyat kecewa tentang apa yang berlaku seperti perbuatan yang mencemarkan institusi raja melibatkan kes pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Mereka gunakan sidang DUN untuk dapat sokongan dua pertiga bagi menentukan kuasa pelantikan SUK merupakan hak mutlak pentadbir.

Orang Cina pula mereka lebih mengambil perhatian soal jaminan keselamatan dan ekonomi. Mereka menganggap kerajaan hari ini berjaya mengekalkan keamanan dengan beberapa tindakan awal diambil. Selain itu, masyarakat Cina terutama peniaga mementingkan pertumbuhan ekonomi yang akan memberikan manfaat kepada negara.

Pembangkang cuba main sentimen Arab Spring sedangkan kena lihat jumlah peratusan penggangguran di negara-negara Arab. Kita di Malaysia hampir sepenuhnya rakyat mendapat peluang pekerjaan dan memenuhi permintaan sehinggakan warga asing sanggup datang bekerja di negara ini.

Masyarakat Cina melihat kepada siapa yang boleh mereka percaya dalam melaksanakan pelan dan struktur pembangunan. Pengundi kaum India pula kita lihat kembali semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor sebelum ini. Dengan sokongan aliran sokongan orang Melayu, India dan mendapat peluang daripada sokongan masyarakat Cina - kita akan menang cemerlang.

Saya tidak terkejut kalau kita dapat kemenangan land slide, itu indikatornya. Malah pemain industri juga menunjukkan sokongan kepada BN.

Semua pencapaian ini adalah hasil sentuhan BN kepada setiap rakyat. Ini termasuk kita melakukan kempen dan penilaian melalui telefon dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Daripada maklum balas, kalau kita boleh kuasai 35 kerusi yang ditandingi oleh UMNO, kita sudah dapat tubuh kerajaan. Bila tanya calon siapa yakin menang, semua angkat tangan kata menang.

Dalam kesibukan kempen pilihan raya umum, macam mana dengan waktu tidur?

Biasalah kalau pilihan raya kita memang tidak cukup tidur. Gaya jidup ahli politik ini kelakar kerana semasa pilihan raya mereka macam ada tenaga yang luar biasa, tekanan adrenalin dia lain macam. Saya jenis boleh kawal - bila saya perlu switch off minda, kalau dalam kereta saya ambil masa untuk tidur seketika.

Dalam keadaan penuh dengan tekanan sewaktu kempen ini apa yang Datuk lakukan untuk melegakan seketika tekanan itu?

Saya ambil masa lebih sedikit ketika solat dan wirid. Masa itulah tiada gangguan. Selain itu, saya sentiasa amalkan senaman pernafasan. Bagaimana cara kita sedut nafas dan keluarkan semula nafas. Kaedah ini dapat membantu melegakan stress kita.

Jangan ‘terpikat’ hanya kerana nama, populariti

Posted: 26 Apr 2013 12:38 PM PDT

Oleh Luqman Haziq

NAMA mereka memang popular dan tiada siapa mampu menafikannya. Malah, ke mana sahaja pergi, mereka sentiasa dikerumuni, terutamanya oleh golongan wartawan yang inginkan cerita terbaharu atau komen tentang sesuatu isu politik semasa.

Itulah yang mewarnai kehidupan ahli politik termasuk dua selebriti politik pembangkang yang mencuba nasib di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Siapa tidak kenal Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub. Dua nama besar dalam pakatan pembangkang itu sering dikejar wartawan ke mana sahaja mereka berceramah atau berkempen.

Tetapi cukupkah menjadi seorang pemimpin hanya kerana jual nama yang popular?

Seorang pemimpin yang ditemui semalam meminta supaya rakyat khususnya pengundi di kawasan yang ditandingi dua pemimpin pakatan pembangkang tersebut tidak terus terpikat tanpa menilai sejauh mana mereka mampu berkhidmat untuk rakyat.

Cuba risik dulu pengundi di tempat yang mereka wakili sebelum ini. Adakah pemimpin berkenaan telah berkhidmat dengan baik atau mereka lari kerana sudah takut dengan bayang-bayang sendiri sebab tak dapat beri perkhidmatan yang diharapkan di tempat lama," katanya.

Apabila difikirkan, betul juga katanya itu. Seorang pemimpin bukan hanya bersandarkan nama yang popular, tetapi yang paling penting khidmatnya kepada masyarakat.

Pakej yang baik apabila seseorang pemimpin itu senang dan mudah didekati serta sentiasa mengambil berat dan mampu menyelesaikan masalah rakyat yang disampaikan kepadanya.

Jelas, rakyat dan pengundi di Parlimen Gelang Patah yang menyaksikan pertembungan Kit Siang dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman perlu berfikir sejenak menilai kelebihan dan kekurangan kedua-dua calon berkenaan.

Adakah Abdul Ghani tidak popular? Jawapannya - Menteri Besar Johor itu bukan sahaja popular, tetapi beliau mempunyai pakej jauh lebih baik kerana amat disenangi oleh semua lapisan masyarakat.

Orang Melayu, Cina, India dan termasuk beberapa etnik dari Sabah dan Sarawak yang ramai bekerja dan menetap di sini turut menyenangi Menteri Besar Johor itu.

Malah, Abdul Ghani boleh dianggap sebagai arkitek Johor dengan mewujudkan koridor ekonomi paling pesat membangun di negara ini iaitu Iskandar Malaysia. Sejak Iskandar Malaysia diwujudkan kira-kira enam tahun lalu, ia berjaya menarik RM106.31 bilion pelaburan sehingga Disember tahun lalu.

Lebih signifikan, kawasan Parlimen Gelang Patah terletak di Iskandar Malaysia. Malah pusat pentadbiran baharu kerajaan negeri, Kota Iskandar turut berada di Nusajaya yang merupakan salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berada di bawah kawasan Parlimen berkenaan.

Begitu juga Parlimen Pulai yang menjadi rebutan antara Salahuddin dan penyandangnya, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang kini pesat membangun di bawah kerajaan BN.

Benar seperti kata Nur Jazlan semasa ditemui kelmarin, buat apa ubah benda yang baik menjadi tak elok". Sepatutnya, pemimpin dan kerajaan sedia ada yang telah membawa kemajuan harus terus disokong dan diberi kepercayaan.

Buat apa pilih pemimpin dan parti yang belum pasti mampu berkhidmat dan hanya bermodalkan nama yang popular. Nur jazlan juga apa kurang popular dan hebat serta kini menyambung legasi perjuangan politik ayahanda beliau, Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat yang merupakan bekas Setiausaha Agung UMNO dan BN serta Menteri Penerangan.

Hakikatnya, seseorang yang popular tidak semestinya hebat dan mampu jadi pemimpin yang baik.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat