{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Dunia

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Dunia


Jerebu: Jakarta, Singapura ‘panas’

Posted: 20 Jun 2013 03:54 PM PDT

Indonesia enggan terima bantuan kota Singa jika jumlah terlalu kecil

Jakarta: Indonesia semalam menuduh Singapura bersikap seperti budak kecil dengan menggembar-gemburkan masalah jerebu teruk akibat pembakaran hutan di Sumatera yang menyelubungi republik itu.

"Singapura tidak sepatutnya bersikap macam budak-budak dan membuat gempar. Ini bukan apa yang dikehendaki Indonesia, ia semula jadi," kata menteri yang menyelaras reaksi Indonesia kepada krisis jerebu, Agung Laksono, kepada wartawan di Jakarta.

Beliau berkata, Jakarta akan menolak sebarang tawaran bantuan kewangan daripada Singapura kecuali jumlahnya besar.

"Kecuali Singapura mahu memberikan kami sejumlah besar wang, kami tidak mahu menerimanya.

"Jika ia cuma setengah juta atau sejuta dolar, kami tidak perlukan ia. Lebih baik gunakan bajet sendiri," katanya.

Kenyataan dibuat ketika negara jiran Indonesia bersedia mengadakan rundingan mengejut di Jakarta untuk mengurangkan jerebu teruk yang menyelubungi Singapura.

Pada paras bahaya
Indeks pencemaran udara Singapura sekali lagi berada pada paras bahaya dengan bacaan 301 tengah hari, menghampiri rekod 321 yang dicatatkan malam sebelumnya. Sebarang bacaan melebihi 200 dianggap bahaya kepada kesihatan.

Laksono berkata, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti syarikat bertanggungjawab menyebabkan jerebu.

"Ada syarikat Indonesia, Singapura dan Malaysia di situ," katanya, mengulangi komen terdahulu daripada pegawai di Jakarta yang tidak mahu firma Indonesia dipersalahkan sepenuhnya.

Gesa tindakan berkesan

Singapura semalam menggesa tindakan lebih berkesan daripada Indonesia ketika kualiti udara kekal pada paras tidak sihat untuk hari kedua kerana pembakaran hutan di negara jirannya itu, mengganggu perniagaan di republik berkenaan.

Pekerjaan di beberapa kawasan pembinaan di Singapura perlahan dengan tidak ramai pekerja dilihat dan restoran makanan segera McDonald's menggantung perkhidmatan penghantaran.

Tentera Singapura turut menggantung latihan di luar.

"Tiada negara atau perbadanan mempunyai hak mencemarkan udara dengan mengorbankan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Singapura," kata Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air, Vivian Balakrishnan pada laman Facebooknya.

Ketua Agensi Alam Sekitar Kebangsaan, Andrew Tan, menghadiri pertemuan yang diadakan di Jakarta, katanya.

"Kami mahukan tindakan muktamad," katanya.

Pembakaran hutan secara haram di Sumatera, barat Singapura, untuk membersihkan ladang bagi penanaman kelapa sawit menjadi masalah kronik terutama ketika musim panas daripada Jun hingga September.

Singapura, yang selalu berbangga dengan persekitarannya yang bersih, melihat kualiti udaranya merosot kepada paras tidak sihat Isnin lalu. - AFP

Amerika ‘jatuhkan’ Russia, China

Posted: 20 Jun 2013 03:52 PM PDT

Washington: Satu laporan tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat, semalam memetik Russia dan China antara negara paling teruk di dunia dalam usaha menangani masalah buruh paksa dan perdagangan seksual yang memaksa kepada sekatan negara itu, selain turut mengundang kemarahan Moscow dan Beijing.

Laporan itu berkata, Russia gagal menyediakan keselamatan sistematik untuk mangsa penyeludupan manusia. Manakala China berdasarkan laporan itu tidak banyak bertindak untuk menghalang semua bentuk pemerdagangan dan menghukum pesalahnya.

Tindakan Amerika Syarikat itu menjatuhkan Russia dan China yang sudah sedia bermasalah dengan Washington, dalam kategori sama dengan Korea Utara dan Iran.

Jabatan negara itu meletakkan negara terbabit berdasarkan usaha mereka dalam menentang pemerdagangan manusia. Russia, China dan Uzbekistan berada di kedudukan paling rendah.

Russia dakwa tak tepat

Kementerian Luar Russia mengeluarkan satu kenyataan mengatakan bahawa laporan terbabit menggunakan metodologi yang tidak dapat diterima dalam meletakkan negara terbabit berdasarkan darjah simpati mereka dengan Washington.

"Dalam menentang jenayah terancang termasuk menangani pemerdagangan orang, pihak berkuasa Russia tidak pernah mengikut panduan bekerjasama dengan negara lain, selain tidak memenuhi syarat ditetapkan," katanya.
Russia berkata, mereka akan bertindak balas terhadap sebarang bentuk sekatan.

China tepis dakwaan

Di Beijing, jurucakap Kementerian Luar, Hua Chunying, berkata Washington sepatutnya mengambil satu langkah objektif dan pandangan berkecuali terhadap usaha China dan berhenti membuat penghakiman berat sebelah dan melulu.

China katanya, mencapai perkembangan positif dalam usaha menangani penyeludupan manusia di dalam dan luar negara.

Laporan Amerika Syarikat itu turut mengakui bahawa China mengambil beberapa langkah, termasuk berikrar untuk bekerjasama dengan pertubuhan antarabangsa dan meningkatkan kesedaran umum tetapi berkata, ia tetap bermasalah dengan beratus-ratus institusinya sendiri.

Laporan itu turut menjejaskan lagi hubungan antara Amerika Syarikat dengan kedua-dua negara, yang sudah terjejas dengan cara menangani perang saudara di Syria dan isu lain, termasuk keselamatan siber. - REUTERS

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat